Saturday, August 25, 2012

Aidilfitri 2012



Ramadhan sudahpun melabuhkan tirainya bagi tahun 2012.
Dan pastinya, ramai yang ternanti-nantikan hari raya aidilfitri.
Setelah hampir 2 tahun tidak pulang ke kampung halaman di Kedah, alhamdulillah tahun ini berpeluang juga beraya bersama saudara-mara di Anak Bukit & juga Kuala Kedah.
Oh ya, ini adalah entry raya 2 tahun lepas : Aidilfitri 2010

Monday, August 13, 2012

#TwtupBerbukaUTP


Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi diadakan majlis #TwtupBerbukaUTP seperti pada tahun yang sebelumnya.
Perancangan asalnya adalah hanya ingin mengumpulkan para tweeps tegar UTP dalam skala yang kecil (10-15 orang),
Tapi akhirnya, program kali ini mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 60++ orang tweeps yang hadir.
Tahniah kepada organisers, Neyra Shazeyra & BlogIMBA.

Friday, April 13, 2012

Majlis Perkahwinan Ahli Blogger Perak


Pada minggu yang lepas, aku berkesempatan untuk mengikuti 2 buah majlis perkahwinan warga Blogger Perak.
Ya, rasanya cukup lama aku tidak mengaktifkan diri bersama dengan Blogger Perak.
Alhamdulillah, untuk event mereka yang kali ini dapat juga aku turut serta.

Friday, March 23, 2012

Konvensyen Matematik Malaysia 2012 (KONMAT'12) - UMT

 

Pada cuti pertengahan semester yang lepas, aku telah mengikuti Konvensyen Matematik Malaysia di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sebenarnya, konvensyen selama 2 hari ini (16 & 17 Mac 2012) menumpukan aspek 'Matematik' dan telah mengumpulkan ramai peserta daripada IPT seluruh Malaysia.

Terdapat 3 acara yang dipertandingkan sempena KONMAT 2012, iaitu:
  • Olimpiad 
  • Burumatik (Explorace)
  • Sinematik (Persembahan pentas)

Sunday, March 18, 2012

Seharian Di Bukit Merah Laketown Resort


Pada 2,3 minggu yang lepas, aku & rakan-rakan serumahku telah berpeluang untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.
Pada awalnya, kami merancang untuk ke Pulau Pangkor, tapi entah kenapa, Bukit Merah pula yang menjadi destinasi kami.
Bertolak daripada UTP hampir jam 10 pagi, dan pada pukul 12 tengah hari, tibalah kami di sana.

Thursday, February 2, 2012

EPISOD 16 ATS: ESQ IHT Proton Angkatan 9



LOKASI : Kompleks Sukan Proton, Proton City, Tanjung Malim, Perak.
TARIKH : 28 & 29 Januari 2012
TRAINER : Pak Andi, Pak Firdaus Djamaris, Abang Zulhusni.

Ya... hampir setahun sudah lama aku sudah tidak turrun ke ESQ Training di luar daripada UTP.
Kali terakhir adalah pada bulan Mac 2011, ketika ESQ Training Mahasiswa 15 di UEM Academy.
Dan alhamdulillah, pada minggu lepas aku berkesempatan untuk menjadi ATS di ESQ In-House Training Proton Angkatan 9 di Proton City, Tanjung Malim, Perak.


Saturday, November 12, 2011

Tragedi 12 November 2011


Benar kata orang, malang tidak berbau.
Dan pagi hari ini, 12 November 2011 berlaku 1 kejadian yang paling tidak disangka-sangka olehku.
Entah macam mana, tiba-tiba motosikal yang aku tunggangi terbabas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Friday, November 4, 2011

Sambutan Hari Jadi Ke-20 - Terima Kasih!


Mungkin agak terlewat untuk aku update tentang hal ini, tetapi tidak mengapa.
Bagi yang tidak tahu, 29 Oktober 2011 yang lepas adalah sambutan hari jadiku yang ke-20.
Eh, dah seminggu lewat kan? hahaha

Sunday, September 25, 2011

Review Filem : Nasi Lemak 2.0



Mungkin, entry ini agak lewat sebenarnya kerana filem Nasi Lemak 2.0 ini sudah lama ditayangkan di pawagam.
Aku sebenarnya sudah lama menyaksikan filem ini, cuma disebabkan faktor masa yang agak sibuk, niat untuk update di blog terpaksa ditangguhkan.
Bagimanapun, seperti yang aku sudah janjikan dalam entry yang sebelumnya : Demo Boikot Filem Nasi Lemak 2.0 , aku akan review juga filem ini.



Sunday, September 18, 2011

Demo Boikot Filem Namewee - Nasi Lemak 2.0


Rasanya, Namewee bukanlah satu nama yang asing lagi bagi rakyat Malaysia.
Mesti ramai yang masih ingat akan isu lagu Negaraku yang diremixkan, dan banyak lagi kes-kes beliau yang pernah menggemparkan negara kita.
Dan terbaru, Namewee telah menghasilkan sebuah filem yang berkonsepkan 1 Malaysia, yang bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan penghasilan filem ini.
Dan terbaru, sebuah demo telah diadakan di Ipoh Parade, Perak membantah penayangan filem Nasi Lemak 2.0.

Penyanyi Rap Nelly Kutuk Rakyat Malaysia Selepas Konsert Suara Kami 2011?


Seperti yang kita sedia maklum, sebentar tadi baru sahaja berlangsungnya Konsert Suara Kami 2011.
Konsert yang diadakan di Stadium Merdeka ini membariskan ramai artis daripada dalam dan juga luar negara seperti Yuna, Faizal Tahir, Nelly, Rania dan ramai lagi.

Sebenarnya, sebelum berlangsungnya Konsert Suara Kami 2011 ini, sudah kedengaran cakap-cakap yang ada mengatakan sebahagian para artis tempatan yang tidak berpuas hati dengan penganjuran Konsert Suara Kami 2011 ini.
Ianya adalah kerana penglibatan artis-artis luar negara yang membuatkan artis-artis Malaysia rasa seperti dianak tirikan. (Rujuk Sini)

Saturday, September 17, 2011

Review Filem : Raya Tak Jadi


Semalam, aku berkesempatan untuk menonton filem Melayu yang baru sahaja ditayangkan, iaitu Raya Tak Jadi.
Niat asalnya hendak menonton filem Jonny English Reborn, malangnya tiket kesemuanya sudah habis dijual.
Jadi, filem Raya Tak Jadi pula menjadi pilihan kami, walaupun tiket-tiketnya juga hampir penuh.


Thursday, September 15, 2011

ISA Dimansuhkan - Ucapan Perdana Menteri Sempena Hari Malaysia 2011


Seperti yang kita sedia maklum, 16 September setiap tahun telah diiktirafkan sebagai Hari Malaysia, bersempena dengan terbentuknya sebuah negara yang diberi nama Malaysia.
Dan pada sebentar tadi, telah disiarkan ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, sempena Hari Malaysia dan telah disiarkan secara langsung di TV1, TV2 dan juga TV3.

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #14 - Gambar Artis Kahwin 2011


Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

Maklumat Lanjut: Wordless Wednesday #WW
 Gambar bagi minggu ke-14 adalah:

Wednesday, September 7, 2011

Kontroversi Lagu Malaysian Boy - Ciplak Lagu American Boy milik Estelle & Kanye West ?


Mungkin sudah ramai yang pernah dengar lagu terbaru yang dinyanyikan oleh Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, Rabbit Mac, yang berjudul Malaysian Boy ini.
Lagu yang mula diperdengarkan sempena hari kemerdekaan negara kita yang ke 54 ini memang cukup menarik.

Bagi yang belum pernah mendengar lagu Malaysian Boy, ini adalah video klip lagu tersebut:

Rompakan Di Restoran Mamak Seksyen 15 Shah Alam Ketika Waktu Sahur


Terkejut bila melihat video kes rompakan di sebuah restoran mamak di Shah Alam, Selangor.
Video yang berdurasikan selama 4.11 minit ini memaparkan sekumpulan perompak menyerbu masuk ke sebuah restoran mamak semasa waktu sahur di bulan Ramadan.

Berikut adalah video yang dimaksudkan:

Wordless Wednesday #13 - Tak Nak !


Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

Maklumat Lanjut: Wordless Wednesday #WW
 Gambar bagi minggu ke-13 adalah:

Tuesday, September 6, 2011

Cubaan Radio ERA fm Mencipta Rekod Baru dalam 'Malaysia Book Of Records' !


Terbaca di laman web rasmi ERA. FM, salah satu radio yang masih mendapat tempat di hati pendengar musik tanah air.
Bahawa mereka senang melakukan percubaan untuk mencipta rekod baru dalam 'The Malaysian Book of Records'.
Rekod yang ingin dicipta oleh mereka adalah dalam kategori "Rombongan Jelajah Paling Jauh Oleh Sebuah Stesen Radio".


Friday, September 2, 2011

Kad Raya Jauh Daripada Andyhowtt & Kaizen Shinobi

2 Keping Kad Raya dari Sabah

Meskipun hari ini, 2 September 2011, sudah masuk hari raya yang ke-4, namun aku masih menerima kiriman kad-kad raya daripada rakan blogger.
Rujuk entry ini: Senarai Kad Raya Daripada Rakan Blogger
Dan hari ini, aku menerima 2 keping lagi kad raya daripada rakan blogger yang jauh di Sabah.

Beikut adalah kad yang dimaksudkan:

Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #12 - Merdeka Raya 2011


Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan

Maklumat Lanjut: Wordless Wednesday #WW
 Gambar bagi minggu ke-12 adalah: