Thursday, September 15, 2011

ISA Dimansuhkan - Ucapan Perdana Menteri Sempena Hari Malaysia 2011


Seperti yang kita sedia maklum, 16 September setiap tahun telah diiktirafkan sebagai Hari Malaysia, bersempena dengan terbentuknya sebuah negara yang diberi nama Malaysia.
Dan pada sebentar tadi, telah disiarkan ucapan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, sempena Hari Malaysia dan telah disiarkan secara langsung di TV1, TV2 dan juga TV3.


Sejak beberapa hari ini, sudah kedengaran bahawa Perdana Menteri akan membuat satu perubahan sempena Hari Malaysia 2011.
Dan baru sebentar tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan  Dalam Negeri 1960 (ISA).


Berikut adaalh sebahagian daripada ucapan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sempena Hari Malaysia 2011:
  • Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. 
  • Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus. 
  • Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
  • Kajian semula komprehensif ini akan membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
  • Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Ucapan penuh: KLIK SINI

Selain itu juga, kerajaan akan menggubal 2 undang-undang baru di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mengawal ketenteraman awam di negara kita.
Semoga undang-undang baru yang akan digubal ini dapat memberi keadilan kepada semua pihak.



p/s: Apa pendapat anda mengenai permansuhan ISA? 

4 comments!:

Namee Roslan said... BALAS

oh ini ke yang gempar sangat tu? kata ucapan surprise dr PM Najib . hehe. Alhamdulillah dah dimansuhkan. lepas ni hope takde siapa yg stuck dah.

btw orang kata ni tactic pilihanraya dah nk dekat.. ehem.

e e e n a n a said... BALAS

ok ini taktik pilihanraya. bye.

Anonymous said... BALAS

haha.janji palsu lagi.satu di bubar, lagi dua di create.takut lagi zalim.never trust najib yg suka maen2 bom.keke.

bidadariMu said... BALAS

alhamdulillah :)