Saturday, September 17, 2011

Review Filem : Raya Tak Jadi


Semalam, aku berkesempatan untuk menonton filem Melayu yang baru sahaja ditayangkan, iaitu Raya Tak Jadi.
Niat asalnya hendak menonton filem Jonny English Reborn, malangnya tiket kesemuanya sudah habis dijual.
Jadi, filem Raya Tak Jadi pula menjadi pilihan kami, walaupun tiket-tiketnya juga hampir penuh.




Bagi yang tidak tahu, filem Raya Tak Jadi adalah filem terbaru Lineclear Motion yang diarahkan oleh Prof. Madya A. Razak  Mohaideen.
Ianya dibintangi oleh Saiful Apek, Johan dan juga Datuk Jalaluddin Hassan.
Berikut adalah sedikit sedutan mengenai filem Raya Tak Jadi ini:


  • Filem ini mengisahkan Leo, seorang ahli perniagaan Kurma merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan) atas sebab kontena kurmanya tidak sampai mengikut jadual dan mengalami kerugian. 
  • Leo mengarahkan Ali dan Abu untuk menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).
  • Shuib mempunyai seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) dan mereka terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan.
  • Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. 
Secara peribadi, jujur aku katakan bahawa aku memang tidak berminat untuk menonton filem-filem arahan Prof. Razak Mohaideen.
Mungkin kerana kualiti filem-filemnya yang lepas yang tidak menepati citarasa aku.
Dan kesempatan untuk menonton filem ini pun dibuat setelah filem-filem yang ada di pawagam semuanya sudah kehabisan tiket.

Ternyata filem terbaru arahan Prof. Razak Mohaideen ini agak berlainan dengan filem-filemnya yang lepas.
Di tambah lagi dengan gandingan Saiful Apek dan Johan, memang cukup menghiburkan.
Jalan cerita? Walaupun jalan cerita filem ini agak tidak masuk akal, tetapi tidak mengapalah.
Dah nama pun filem lawak kan?


Johan & Saiful Apek

Meskipun mengangkat tema hari raya dalam filem ini, namun bagi aku tema tersebut macam tidak terlalu kuat.
Kurang terasa perasaan ingin beraya dalam filem ini.
Mungkin ianya adalah disebabkan faktor filem ini ditayangkan hampir selepas setengah bulan kita beraya, membuatkan mood raya ketika menonton filem ini agak berkurangan.
Bagi pendapat aku, adalah sesuatu yang amat merugikan kerana filem Raya Tak Jadi ini tidak ditayangkan pada hari raya pertama.

Secara konklusinya, filem Raya Tak Jadi ini hanyalah sebuah filem 'biasa-biasa saja' yang sesuai ditonton jika anda menginginkan sebuah filem yang santai dan ringan.
Rating: 2.5 / 5 Bintang.


p/s: Confirm filem Raya Tak Jadi ni akan ditayangkan kat TV masa raya tahun 2012 nanti kan? Betul tak?

9 comments!:

J said... BALAS

hahaa..ak kofem tak tgok..

Terkini : Self Check-In AirAsia lagi mudah !

penulisanpena said... BALAS

aku pula suka cerita Prof.A Razak Mohaideen sebelum nie..sebab banyak menceritakan hal kehidupan... tapi kali nie aku rasa kurang..

macam yang ko cakap.. betul.. aku pun rasa benda yang sama juga..

- cerita nie tak berapa nak menarik.. sebab cerita nie x seperti apa yang aku bayangkan..

-tema raya sikit n tak menonjol..

-kekadang ad benda yang x logik

- aku rasa juga akan ditayangkan di tv tahun depan

Namee Roslan said... BALAS

dr dulu smpai skang sy pelik kenapa prof razak tu boleh direct film lg. sbb film dia smua tak best dan jalan cerita pelik. dia buat film pun amik pelakon yg meletup. tp kalau jalan cerita pun tak best...jd x best jugak. bazir duit lah. hehe

ISZA said... BALAS

tak boleh jadi juri penilai ni..
kedekut betul bagi bintang..
;p
len kali bagi bulan pula tau..
:D

Sejam mengepam | Semekar Kasih

Izyan Kaher said... BALAS

rasa takbest maybe sebab niat asal kan nak tgok Jonny English Reborn :)

cerita melayu tgok kat wayang macam wasted 'sikit' la :P

http://supersapienstory.blogspot.com/2011/09/kerakyatan-malaysia-kepada-warga.html

Anyyss Shuhaimi said... BALAS

betul2..tak best..tak berbali beli tiket.

MESEJ KORANG : Jangan hanya bersabar,bersyukurlah!

penyu said... BALAS

rasa cam best jer filem nih...tak sabo tunggu kat astro first...

bidadariMu said... BALAS

ramai kate tk bes wak, malas pulak nk tgk hehe
tgk johnye english jom? hehe

How to keep healty? said... BALAS

xbest.pastu suka interframed.lol