Seperti yang kita sedia maklum, sebentar tadi baru sahaja berlangsungnya Konsert Suara Kami 2011.
Konsert yang diadakan di Stadium Merdeka ini membariskan ramai artis daripada dalam dan juga luar negara seperti Yuna, Faizal Tahir, Nelly, Rania dan ramai lagi.
Sebenarnya, sebelum berlangsungnya Konsert Suara Kami 2011 ini, sudah kedengaran cakap-cakap yang ada mengatakan sebahagian para artis tempatan yang tidak berpuas hati dengan penganjuran Konsert Suara Kami 2011 ini.
Ianya adalah kerana penglibatan artis-artis luar negara yang membuatkan artis-artis Malaysia rasa seperti dianak tirikan. (Rujuk Sini)
Dan pastinya, selepas berlangsungnya Konsert Suara Kami 2011, antara kontroversi yang timbul adalah daripada tweet penyanyi rap, Nelly.
Berikut adalah tweet yang dimaksudkan:
50% orang yang hadir ke Konsert SuaraKami 2011 tidak tahu bercakap bahasa Inggeris?
Mungkin, Nelly sudah tersilap sangka dengan negara kita.
Dan aku percaya, tweet berkenaan bukannya beliau mengutuk negara kita, tetapi mungkin hanyalah sekadar salah paham sahaja.
Mujurlah beliau sudah memohon maaf di Twitter.
Jadi, tidak perlulah diperbesarkan lagi cerita ini. Biasalah, rakyat Malaysia kan ramai yang sensitif kan?
Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran bagi para penganjur dalam menjemput artis-artis daripada luar negara.
Dan secara jujur, aku rasa Konsert Suara Kami 2011 ini memang tidak mempunyai motif dan tujuan yang tersendiri.
Kalau dianjurkan sempena Hari Malaysia, kenapa perlu dipanggil artis luar negara?
Rasanya ramai lagi artis tempatan yang lebih layak untuk membuat persembahan pada konsert ini.
p/s: Korang tengok tak Konsert Suara Kami 2011 tadi? Best?
18 comments!:
aku tengok tadi and it was a blast. diorang jemput artis luar negara sebab it was 1 Malaysia.. ada jugak dari India, Taiwan, Korea and Nelly. and Faizal Tahir panjat sana sini. haha. and ada 4 pengacara. aznil, ian. and lagi 2 x kenal. tapi pompuan. satu pengacara untuk satu races and language. malay, english, cina, india
baca balik 50% of the CROWD la..
patut saman je nelly tu, even di tweet mintak maaf sekalipun, dah berapa org RT dia punya first statement tu. GERAM! Konsert tu kena rename as SUARAMEREKA instead of SUARAKAMI!
ni namanya cakap tak pandang-pandang.
oh, lupa pula yang bahasa inggeris tak ada pepatah macam ni.
Jangan emo2..sabaq bebanyak.. nak buat camna, nelly tu tak tahu yang kita ni mampu cakap omputeh jugak.. try suh dia cakap melayu, konpom xleh ah..saje dia nak wak gimik lelebih.. he3
@pudding pie
even 50% of the crowd pun its reflect the Malaysian, yg g konsert sah2 muda mudi 18-30, Tak kan 50% of them xtahu english kot..ohmy!
Aman x tengok konsert nih but thanks to Admiral for the quick update. Nasib baik dia cepat mintak maaf, next time fikir dulu before tweet. Think first, think twice. Berkaitan dengan penlibatan artis luar negara itu, Aman kurang bersetuju jugak because I think ada lagi artis tempatan yg boleh menggantikan. It's all about 1 malaysia right? *just my opinion...
Sabar2.....bahasa melayu tetap jadi bahasa utama kita...bahasa inggeris kita perkasakan...
Xpyh nak bergaduh bout nelly ni.typical malaysian.dia dah mnntk maaf ryte..maybe betul gak ape yg dia ckp..bukan semua yg power ckp english..mcm aku ni ha..so just pikir baik2..organizer plak..lps ni pikir2la k..nama konsert pun suara kami..means suara remaja malaysian..aku xnmpk kt mane rasionalnya pgl nelly tu.bersepah artis malaysia lg..kt sana drg ad freedom of speech..xmcm kita..tu pandangan dia..chill guys..rkyt malaysia kan penyabar n pemaaf semuanya..dri kita sibk nk marah2 dia..better kita tnjk attitude positif kita :) chill guys!
alahai orang malaysia ni cepat betul butthurt. benda macam ni buat rileks jela. at least dia ada minta maaf. yang sedih kat twitter tu siap ada budak cakap babi lagi kat dia, apa ke bodoh tu? tengok balik diri kita. konon marah bila orang cakap kita tak pandai english padahal tulis bahasa melayu sendiri pun tunggang terbalik. eja "aku" pun boleh jadi "aq". apa jadah? LOL
ala saya minat gila Nelly. i tahu fluent english you know nelly. try me!! :D haha, em tu lah artist, suka naa bg statement kt Twitter, pastu maaf maaf.
benda kecik ni.. takpayah cepat tersinggung.. Typical Malaysian tol la korang..Lagipun dengan pantas dia nak mintak maap..ok la tu.. mungkin dia ingat kita macam Jepun, yg rakyatnya terlalu ramai tak pandai cakap English..(perlu ke aku minta maap kat rakyat Jepun kalau aku tersilap? hehe)
Biasakla bukan orang Malaysia.. tak tau sangat pasal Malaysia.. Kalau nak bg diorang lebih tau,kita rakyat Malaysia ni usahala sungguh2 untuk naikkan Malaysia ni bg terkenal lg k..
Memang tidak betulah untuk Nelly cakap macam itu. Tetapi, kita sebagai orang Malaysia perlu juga bersedia menerima kritikan orang lain. Walaupun masteri bahasa Inggeris kita tidak teruk macam begitu, ia bukan baik sangat juga. Cuba datang negara barat, Inggeris mereka jauh lebih baik. Kalau kita hanya tahu menerima kritikan orang lain secara negatif, susahlah kalau kita nak jadi negara yang maju...
dier bukan mengukutuk cuma pendapat yg owhg malaysia nih pandai ckp BI hanye bape pratus aje i mean sebutan english tu aje..
owhg malaysia ckp BI pown tetap ade slank melayu gak..nama darah melayu..
kira okey lah taw ckp BI nih dr xtaw lgsung kan..
kesedarn utk kte sume k?
belajar rajin2, naikkn negara,
biarlah ape org nk kate, yg pentg kte sume mesti belajar setinggi mane yg boleh :)
Actually this is not new..It is True..According to my consultant who have lived in the US for long time. 90% of the American didnt really go out from their country. It's no surprise...THEY JUST DONT KNOW. As for US....not knowing English is not a SIN or something that we should be ashamed of. It just we are in midst of improving our education by using ENGLISH as one of the platform. With this I understand why Malaysian feel bit offended. Anyway,he already say sorry...so move on!!! No need to rub on it...
huhu..sabor jelah nelly ni..naseb baik dia dah mintak maaf.
ok ler tu. memang padan pun 50% tak reti bahase inggeris. Kan dah dimansuhkan matematik dan sains dalam bahase inggeris. tambah lah bute inggeris rakyat MALAYsia yang dah lama terperuk....
Post a Comment