Thursday, February 2, 2012

EPISOD 16 ATS: ESQ IHT Proton Angkatan 9



LOKASI : Kompleks Sukan Proton, Proton City, Tanjung Malim, Perak.
TARIKH : 28 & 29 Januari 2012
TRAINER : Pak Andi, Pak Firdaus Djamaris, Abang Zulhusni.

Ya... hampir setahun sudah lama aku sudah tidak turrun ke ESQ Training di luar daripada UTP.
Kali terakhir adalah pada bulan Mac 2011, ketika ESQ Training Mahasiswa 15 di UEM Academy.
Dan alhamdulillah, pada minggu lepas aku berkesempatan untuk menjadi ATS di ESQ In-House Training Proton Angkatan 9 di Proton City, Tanjung Malim, Perak.


Training ini adalah training pertama Proton yang melibatkan warga staff Proton di Tanjung Malim.
Training ini adalah training sesi pertama yang melibatkan hampir 500 orang staff Proton.
Memang cukup ramai. Dan hanya 4 orang daripada jumlah peserta adalah wanita.
Dan training bagi sesi kedua adalah pada hari Rabu & Khamis pada minggu kehadapannya.
Tapi sayangnya kami, para ATS UTP tidak berpeluang untuk pergi kerana ada kelas.
Tapi dengarnya pada training sesi kedua ini, hampir 900 orang peserta. Ramai bukan?


Oh ya. Para ATS yang terlibat pula datang daripada banyak tempat.
Ada yang daripada KL, UTP, malah sebahagian besar ATS kali ini adalah daripada staff-staff Proton Shah Alam yang sudah mengikuti ESQ Training.
Walaupun kebanyakkan mereka boleh dikatakan berpangkat 'ayah & ibu' kepada kami, tapi mereka sangat sporting semuanya.

Sebahagian daripada para ATS perempuan


Training kali ini cukup lain berbanding dengan training ESQ yang pernah aku sertai sebagai ATS.
Kerana aku dapat belajar secara tidak langsung selok belok dan budaya kerja pekerja Proton.
Dan paling seronok bila menyanyikan lagu-lagu Proton.
Antaranya lagu yang menjadi kegemaranku adalah lagu 'Menawan Dunia'.



Dan pada hari terakhir training, Managing Director Proton, Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin turut sama menghadirkan diri di sana.
Memang cukup banyak nasihat dan motovasi yang dikongsikan oleh beliau.
Oh ya, bagi yang tidak tahu, 2 bulan lagi Proton akan melancarkan Kereta Global Pertama di Malaysia, P3 21a.
Agak-agaknya, macam manalah rupa kereta global terbaru Proton ni kan?



Bukan itu sahaja, pengasas ESQ Training sendiri, Pak Ary Gunanjar Agustian juga turut hadir pada hari kedua training.
Malah, beliau sendiri menyampaikan modul penutup bagi ESQ Training.
Dan semestinya, kehadiran beliau cukup membakar semangat para peserta untuk mengamalkan apa yang dipelajari sepanjang 2 hari training.

Ketika Pak Ary menyampaikan training

Alhamdulillah, respond para peserta pada training kali ini memang cukup positif dan membanggakan.
Dan pastinya, aku berharap sangat supaya dapat bertemu lagi dengan mereka pada masa yang akan datang.
InsyaAllah...





p/s: Tak sabar nak tengok macam manalah kereta global Proton, P3 21a tu...
Mesti menarik.

4 comments!:

Syazwan Che Deraman said... BALAS

pernah join ESQ di penang.
yang basicnya.
best.

Adinda Baizura Mazlan said... BALAS

kenapa gambar saya tak ada??

Miss Nadya said... BALAS

bestnyer..:)

fifaz said... BALAS

memang proton tg malim majoriti laki...da penah pg melawat kilang ni...paling best tgk robot2 menari buat kerja...hahaha~