Sunday, September 25, 2011

Review Filem : Nasi Lemak 2.0



Mungkin, entry ini agak lewat sebenarnya kerana filem Nasi Lemak 2.0 ini sudah lama ditayangkan di pawagam.
Aku sebenarnya sudah lama menyaksikan filem ini, cuma disebabkan faktor masa yang agak sibuk, niat untuk update di blog terpaksa ditangguhkan.
Bagimanapun, seperti yang aku sudah janjikan dalam entry yang sebelumnya : Demo Boikot Filem Nasi Lemak 2.0 , aku akan review juga filem ini.



Filem Nasi Lemak 2.0 adalah sebuah filem terbaru daripada seorang anak muda yang cukup kontroversi di negara kita, iaitu Namewee.
Filem yang bertemakan '1 Malaysia' ini turut juga dibintangi oleh Adibah Nor, Afdlin Shauki, Reshmonu, Pete Teo, Ho Yuhang, David Arumugam dan ramai lagi.
Memang tidak dinafikan, pada awalnya aku juga berfikir 2,3 kali untuk menonton filem ini, kerana belum tahu kualiti filem daripada Namewee.
Tetapi, apa salahnya kalau mencuba bukan?

Mid night movie

Berikut adalah sedikit sinopsis filem Nasi Lemak 2.0:

Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya.
Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.


Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak.

Kredit : nurizspace.com
Ya..aku memang salah. Ternyata, filem arahan Namewee ini memang cukup menghiburkan.
Dan percubaan pertama Namewee ini seharusnya dipuji. Lain daripada filem-filem yang terdapat di Malaysia.
Jalan cerita yang ditampilkan tidak membosankan, ditambah lagi dengan dengan aksi-aksi komedi yang cukup menghiburkan.
Setiap apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah realiti apa yang berlaku di negara kita.

Selepas pemergian Yasmin Ahmad, sudah jarang filem-filem yang mengetengahkan percampuran kaum dan bangsa muncul di negara kita.
Dan pastinya, filem Nasi Lemak 2.0 adalah satu filem yang WAJIB TONTON jika anda memang gemarkan karya-karya yang seperti ini daripada Yasmin Ahmad.

Memang tidak dinafikan, ramai yang masih memberi tanggapan buruk terhadap pengarah filem ini.
Lupakanlah apa yang sudah berlaku. Setiap orang pernah melakukan kesalahan.
Pastinya, memang aku sarankan kepada anda semua untuk menonton filem ini.
Sangat berbaloi!

Lagu Rasa Sayang 2.0

Secara peribadi, filem Nasi Lemak 2.0 adalah satu filem yang memang WAJIB ditonton oleh rakyat Malaysia.Memang cukup berbaloi.
Rating : 4 / 5 Bintang.


p/s: Sudah menonton Nasi Lemak 2.0? Apa komen anda mengenai filem ini?

10 comments!:

Admin said... BALAS

dekat ohartis semua dun balun cite ni cakap tak sedap.. confuse jap. hahah. papepon nak donlod je lah..hihi

Neyra Shazeyra said... BALAS

cite ni mmg best takc aya boleh la jenguk ke blog hahaha

Namee Roslan said... BALAS

hehe, terima kasih. nk tengok lah macam ni. tapi ramai kata tak best. :/ entah.

Unknown said... BALAS

still x tengik lagi.. tapi mcm menarik je plot dier.

anNaqia said... BALAS

ko da jarang-jarang update blog, nape weh?

eqbalzack said... BALAS

salam,
lama betul abg eq tak singgah sini. abg eq ada juga dengar penggemar filem boikot cerita ni.
abg eq belum tengok. 'mungkin' kita boleh ambil yang positif drp cerita ni...

Unknown said... BALAS

ramai yg kata x best~
kne tgk dulu ni ..hehe

KhairulZamanKhobin said... BALAS

cite ni memang best!

: NASI LEMAK 2.0, apa kata MELAYU?

Syazwan said... BALAS

best citer ni. sempat tengok kat youtube hari tu. LOL

Zinedine Zaiddin said... BALAS

awek kening tebal tu..kiutttt