Tuesday, September 6, 2011

Cubaan Radio ERA fm Mencipta Rekod Baru dalam 'Malaysia Book Of Records' !


Terbaca di laman web rasmi ERA. FM, salah satu radio yang masih mendapat tempat di hati pendengar musik tanah air.
Bahawa mereka senang melakukan percubaan untuk mencipta rekod baru dalam 'The Malaysian Book of Records'.
Rekod yang ingin dicipta oleh mereka adalah dalam kategori "Rombongan Jelajah Paling Jauh Oleh Sebuah Stesen Radio".


Seperti yang kita sedia maklum, Riuh Raya ERAthon, salah satu program daripada radio ERA sempena hari raya aidilfitri bagi tahun ini.
Sehingga kini, mereka sudah berkunjung ke lebih 18 buah rumah pendengar ERA yang bertuah pada minggu lepas.
Memang cukup menarik bila melihat gambar penyampai-penyampai radio ERA sepanjang program Riuh Raya ERAthon ketika mereka berkunjung ke rumah-rumah pendengar yang bertuah.


Kredit gambar: Fanpage rasmi ERA 

  • Dan pada hari Sabtu dan Ahad ini pula,  mereka akan mencipta rekod baru bagi Riuh Raya ERAthon sebagai  "Rombongan Jelajah Paling Jauh Oleh Sebuah Stesen Radio".
  • Bagi mencipta rekod ini, mereka akan menjelajah ke 11 buah negeri, termasuklah 2 buah wilayah persekutuan dan berkunjung ke seberapa banyak rumah yang boleh.

Wah...memang cukup menarik dan menyeronokkan!
Bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang program Riuh Raya ERAthon ini, bolehlah klik sini: Riuh Raya ERAthon.
Semoga berjaya, krew Riuh Raya ERAthon!



p/s: Menarik bukan Riuh Raya ERAthon ni?

0 comments!: