Tiket Konsert Akhir Euphonious 2011 UTP
Semalam, (17 Jun 2011) telah berlangsungnya Konsert Akhir Euphonious 2011 di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Konsert Euphonious adalah salah satu acara tahunan di UTP untuk mengetengahkan lagi bakat-bakat baru dalam bidang muzik tidak hanya dalam kalangan pelajar UTP, malah terbuka juga kepada IPT luar.
Dan pada tahun ini, sebanyak 24 buah kumpulan telah berentap, dan hanya 6 kumpulan sahaja yang berjaya masuk ke final.
Senarai finalist bagi Konsert Akhir Euphonious 2011 UTP
Boleh dikatakan penuh seluruh ruang Chancellor Hall, UTP dengan para penonton, yang bukan sahaja terdiri daripada pelajar UTP sendiri, tetapi juga pelajar-pelajar daripada UiTM Seri Iskandar, UniKL dan ramai lagi.
Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang konsert tersebut.
Kumpulan Stereopop - membawa konsep 60-an
Satu-satunya band luar UTP yang berjaya ke final
UiTM Vocstic, daripada UiTM Seri Iskandar
Kumpulan Morven - Tema perjuangan Palestine dan Gaza
Kumpulan Voodoo Child - Paling menyerlah!
Dah macam filem SAW
Walaupun tidak menyanyikan lagu kegemaran aku, Mirage, tapi masih terhibur dengan persembahan mereka pada malam itu.
Persembahan daripada Kumpulan Pesawat
Berikut adalah senarai pemenang bagi Konsert Euphonious 2011 UTP
Tempat Pertama : Voodoo Child
Tempat Kedua : Morven
Tempat Ketiga : 30 Days
Best Supporter Award : Voodoo Child
People's Choice Award : Voodoo Child
Memang seperti yang dijangka, kumpulan Voodoo Child merangkul gelaran juara bagi tahun 2011.
Persembahan mereka ketika menyampaikan lagi Guns N' Roses (Sweet Child O' Mine) dan juga lagu daripada kumpulan Queen (Medley lagu-lagu Queen) memang mantap!
Apa-apapun, tahniah kepada semua! Korang semua memang HEBAT!!!
Dan terima kasih kepada Jackie Koh kerana belanja tiket Konsert Akhir Euphonious 2011 UTP ini.
Jimat RM 6 aku...haha
p/s: Ada yang cakap, UTP ni banyak sangat konsert (rujuk sini), yeke?
22 comments!:
kawan kte kat utp pon ada juga join. sibuk kemain~~~
dye jadi gitaris :)
hai jackie #retis hahah
owh taktau pulak kat utp ada konsert camni, patu aku tgk ada hashtag pelik semalam
Voodoo Child tahniah.. tiket rm6 je studen la kan ;)
@Affan
haha...ko salah blog ne.. haha
perghh..semangat nak hupdate.. haha.. tetiba malas lak nak hupdate..
nakkkkkkk gambar
syok ouh , syok ouh :D
weh ! aku ingatkan kumpulan Morven, yang baju hijau tuh ko. HAHAHA. nasiblah aku baca butol2 dlu. HAHAHA. cayalah =DD
haha mnarik tp ak x g :P
Kalau dikira dari prelim round, mmg banyak..keh3
Benda nie ke yang diperbincangkan kat wordless wenesday haritu ?
haha setuju ngan cik bulat kumpulan morven pny vokalis ade iras2 admiral hafiz..haha
yes....uitm sri iskndar terbaek....hahahah....tiba2...
gamba yg last sekali tu adalah real artis UTP
hohoh
Aku demand 10 lagi, tapi dorang bagi 3 je. hahaha. xD
Entri terkini: Pesawat Live di Euphonious 2011 UTP
two words. TAK AJAK! haha..
zaman muda ku dah berlalu pergi..hehehe..lama tak pegi konsert2 ni..sebab tak suka sesak2...:D
tapi best gak untuk kaki...tuttttt
x sesak pun reez. memang sedang-sedang je. xD
Entri terkini: Pesawat Live di Euphonious 2011 UTP
lols... ak da chow da time pesawat perform.. tak sangka plak threnody tak menang.. ak rase mantap je performance diorg...
kempen dad's are dunk dah abis tak silap aku..
Sila lawat: Kaoshilogy
errr, setuju ngn cik bulat, mybe tuela gaye awk atas pentas kot hehe
puas hati :) pergi jugak mlm tuu :) rm6 is so worth it
Post a Comment