Thursday, June 16, 2011

Google Doodle 16 Jun 2011 : Gerhana Bulan Penuh (Total Lunar Eclipse)

Seperti yang telah kita ketahui, pada pagi hari ni, 16 Jun 2011, sebuah fenomena alam yang sangat menakjubkan telah berlaku, iaitu Gerhana Bulan Penuh.
Pastinya ramai yang cukup teruja untuk bangun awal pagi, semata-mata untuk melihat sendiri fenomena ini.



Fenomena gerhana bulan apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Ianya hanya boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.
Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

Bagi Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun 2011 pula, ianya adalah fenomena gerhana bulan pertama bagi dua gerhana bulan yang dikhabarkan akan berlaku pada tahun 2011.
Gerhana bulan kedua dijadualkan berlaku pada 10 Disember 2011 nanti.


*Bagi orang Islam, kita disunatkan untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sewaktu berlakunya fenomena gerhana bulan ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 :

Sumber: Wikipedia

Sumber: @KrissJenner


Jadi, khas kepada yang tidak berkesempatan untuk melihat berlakunya Gerhana Bulan Penuh pagi tadi,
anda boleh melihatnya di Google Doodle.
Comel saja kan?




p/s: Sila LIKE kalau anda suka dengan Google Doodle Gerhana Bulan hari ini.

6 comments!:

Eudora Priscilla said... BALAS

ooo... I slept all the way :p

Unknown said... BALAS

cantiknya bila bulan warna oren tu. subhanallah

ira mohd said... BALAS

kat google tu comel je kn. hehe ;)

Bayar Online said... BALAS

subahanallah.... kuasa Allah....

Pisyek K said... BALAS

tengok kat google pun ok gak ape. hahaha. xD

Entri terkini: Comodo Dragon lebih privasi!

bidadariMu said... BALAS

tgk keeee? tdo kan? hehe