Benar kata orang, malang tidak berbau.
Dan pagi hari ini, 12 November 2011 berlaku 1 kejadian yang paling tidak disangka-sangka olehku.
Entah macam mana, tiba-tiba motosikal yang aku tunggangi terbabas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Paling menyedihkan, aku terpaksa menerima 3 jahitan di bahagian dagu, dek kerana terseret di jalan.
Perasann aku? Rasa nak nangis je masa kena jahit.
Bukan sebab sakit, tapi sedihla...Tak pasal-pasal dapat parut kat muka.
Dah tak hensem... sob3..
Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada mereka yang membantu aku sewaktu kemalangan.
Mengangkat aku yang terlantar di tengah jalan, dan membantu mengalihkan motorku yang sudah tersadai di tepi jalan.
Terima kasih juga kepada keluarga, dan sahabat-sahabat, terutamanya kepada semua rakan sekerja yang tidak putus-putus menelefon dan bertanyakan tentang keadaaku.
Fuh, susah juga bila menaip dengan sebelah tangan kan?
Maklumlah, tangan kiri banyak yang luka-luka. Nasib baik tangan kanan luka sikit je.p/s: Eh, sempat lagi aku update blog walaupun lepas eksiden kan? Hahaha
15 comments!:
aku nak tanya satu je, apa kata awek? awek masih setia tak bila dah tak hensem? hehehe...
@Pisyek cissss
soklan ni jugak yg ko tanye eh...
haha
fuuu,baca cam dahsyat je..
nasib baik tengah cuti..
err,betul kan tengah cuti?
weh. teruknya. -,-
baek2 bawak moto next time. ko tak trauma kan? haha
perghh..sakitnyaaa.....
sepatutnye luka kat dagu tu transfer kat kening or bawah mata ..
baru cool kotttt!
boleh boleh jadik johnny deep pasnih^^
#getwellsoon(:
dasyatnya !! :( teruk gila kot. :( take a good care of urself then. lemah kot tgk jahit2.
ngeee menakutkan je jahitan ni...semoga cepat sembuh bro!
#saya insaf kejap dari bwk moto laju2
Patutlah 2,3 hari ni rasa macam nak unfollow je kat tuiter. Slalu aku follow org2 ensem je. Keh keh keh.
semoga cepat sembuh kawan . lain kali lebih berhati hati . ok ?
ko kena baca doa insurans, barulah tak eksiden , dijamin
lama gak hang tak update blog.
get well soon ya bro!
p/s: aku pernah je jatuh motor, tapi tak sedasyat hang >_<
ngeri tgk...nsib sy tak prnh kne jahit kat mne2...
apakah kesudahannya?.... sihat?
semoga cepat sembuh ^^
Post a Comment