Sunday, September 18, 2011

Demo Boikot Filem Namewee - Nasi Lemak 2.0


Rasanya, Namewee bukanlah satu nama yang asing lagi bagi rakyat Malaysia.
Mesti ramai yang masih ingat akan isu lagu Negaraku yang diremixkan, dan banyak lagi kes-kes beliau yang pernah menggemparkan negara kita.
Dan terbaru, Namewee telah menghasilkan sebuah filem yang berkonsepkan 1 Malaysia, yang bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan penghasilan filem ini.
Dan terbaru, sebuah demo telah diadakan di Ipoh Parade, Perak membantah penayangan filem Nasi Lemak 2.0.


Antara sebab mereka menentang filem Nasi Lemak 2.0 adalah:

  • Mengapa Nasi Lemak 2.0 mempunyai background warna kuning?
  • Mengapa Nasi Lemak 2.0 mempunyai agenda seperti Perhimpunan BERSIH?

Dan aku hanya tergelak-gelak menonton video demo ini.
InsyaAllah, nanti kalau aku berkesempatan, aku akan tulis review untuk filem Nasi Lemak 2.0 ini.
Sebab sekarang agak sibuk, dan banyak juga filem-filem terbaru yang tidak sempat untuk aku tulis reviewnya dalam blog ini.
Dan secara jujur, filem Nasi Lemak 2.0 adalah satu filem yang cukup menarik dan harus ditonton oleh setiap rakyat Malaysia.




p/s: Sudah menonton Nasi Lemak 2.0? Apa pendapat anda mengenai filem ini?

29 comments!:

zool said... BALAS

Ha... sebab tu nak demo??? demokrasi le katakan

Namee Roslan said... BALAS

eh cepat buat review tau! nak tahu. hehe, nama namewee. sama macam nama saya ja. hahah. em org kata cite ni best. rse mcm nk tgk gak :)

ISZA said... BALAS

best ke tak best ke tapi sebab nameewee.. akak tak layan.. boleh gitu?

ieda Qema said... BALAS

macam best jerkan cite nih.. huhuhu~ macam2 lah sekarang nihhh.. =.=

Syamil said... BALAS

Ipod Parade pon bolehhhhhhhhh

Anonymous said... BALAS

dah tengok dah tadi.. besh giler.. keluaq air mata aku gelak tadi.. Aku recommend Malaysian utk pg tengok. Inila dia filem untuk Malaysia bukan untuk orang Melayu jer.. Lagi satu, penceritaan, jalan citer bg aku lagi best dari Hantu Bonceng n Raya Tak Jadi yg ntah hape2.. Good work Namewee.. lahirkan citer2 utk Malaysian lagi.. teringat Yasmin Ahmad huhu..

Ahmad Idham selepas Jangan Pandang Belakang yg best, kualiti filem dia terus merosot.. hantu bonceng nyer citer pun tah hape2.. hantu nyer sekejap jer, pastu da citer ke laut. hantu pon tak pernah bonceng motor org. Hantu bonceng ape cer..

Prof Madya pon hampeh gak.. merepek macam citer2 yg lepas2 gak.. menyesal aku tengok..citer perbodohkan org dgn lawak2 basi.. lepas ni, no way citer Prof ni aku tengok lagi.. tak kira la pelakon terkenal mana ko hambek..

Muhamad Syafiq b Zaini said... BALAS

dh la ucapan baur rasicm. nk kena sebut jgk ka anak cina?

kalau director Malaysia lain boleh buat better /setaraf dari Namewee aku sanggup tengok.

majority Director + producer melayu = camera malas+slapstik+ sumbat semua celebrity (bkn artis) + colour lg teruk dari drama + musik amik dari game jepun dan sumbat ikut suka + xda originality.

tp ada gk director yg bagus.

Izyan Kaher said... BALAS

hmmm .. ridikeles lah demo macam ni haihhh !!

btw, the demo so kelakar okay :P
*sory for being honest uncle in a black shirt^^,

alien said... BALAS

sebb berdemo ialah itu?
kelakar

Admiral Hafiz said... BALAS

@Syamil haha dah diperbetulkan dah

atreyu strange said... BALAS

First of all, it's Nasi Lemak 2.0, bukan Nasi Lemak KOPI O 2.0 - itu tajuk program TV9.

Secondly, nama ANAK CINA tu Namewee, bukan NAWAWI.

Thirdly, adoiiiii, kenapa kau rasa tergugat sangat oiiiiii!! Nama BERSIH 2.0 pun naik skali?? Gentar ke bang oiiiii

bidadariMu said... BALAS

aduhh, sy tgk ngn soleha terbahak2 gelak hehe,
tkde rse pun die diskriminasi ke ape ke..mcam2 hehe

Anonymous said... BALAS

Apabila melayu berada di bawah cina, melayu akan tergugat kerana seperti negara sendiri dijajah. Kdang2 btul jugak cakap dier tapi filem tuh bagus, cuma Namewee dulu pernah memperlekehkan lagu Negaraku.
Tetapi, lwaklah kenapa hendak dikaitkan dengan Bersih 2.0, dan Nasi Lemak 2.0 bukan Nasi Lemak Kopi-o ...
Hendakkah kita mahu 13 Mei 1969 berulang .. pertumpahan darah antara melayu dan cina ??

Anonymous said... BALAS

knapa bahasakan dia tu sbg anak cina???anak cina ka anak apa ka,dia anak malaysia jugak.....dasar racist la ko yang wat demo ni....memalukan bangsa melayu...ko dah menunjukkan yang ko tu racist...

Anonymous said... BALAS

bodoh betul sapa yang pegi tengok citer namewee bangsat ni. dah buat macam-macam tapi dok support jgk.

Anonymous said... BALAS

Film ni best sangat. K0nsep 1 malaysia. Mcm film Sepet,Gubra,Muaalaf arahan Yasmin Ahmad..sapa2 x suka Namewee x payah la buat kecoh nk ada kan demolah ape lah. Walaup0n Nameewee penah wat Kesalahan Trhadap negara kita,x kan kita x bg dia peluang ntok brubah?

Anonymous said... BALAS

dah hina malaysia pastu nak carik duit kat malaysia macam taik perangai

Neyra Shazeyra said... BALAS

love nasi lemak 2.0

Sayidah Nafisah Ruslan said... BALAS

tak tengok lagi.. dah lama tak tengok wayang.. buat la review cepat..

Duniakuabstrak said... BALAS

Layan beb filem ni.......sape duk bergaduh2 teruskan la..aku nak tengok filem ni dgn geng cina india kadazan iban melanau sigh india bugis jawa sambil rilek2 makan kopok lekor ganu kiter

keh keh keh

Anonymous said... BALAS

its a malaysian story....dgn budget yg tak seberapa..ako rasa patut beri tabik spring tuk citer nie....cuma kekadang terasa cam namawee ingin menterjemahkan ideologi nya di dlm citer nie...

officer said... BALAS

oii org melayu islam, korang support lagi ke orang yang menghina Islam dalam lagu negaraku tu? Aku setakat menghina negara tak per lagi, tapi menghina islam di negara sendiri, bangang la orang yang pegi tengok ni.

Bilal binti Robah said... BALAS

eh aku tgk cite ni kt ipoh parade kott
aman je
mana demonstrasinye yop?
fuckin' LOSER !

har har har

Bilal binti Robah said... BALAS

eh aku tgk kt ipoh parade cite namewee ni
mana demo nye?
letih nak maki ke yop?
bhahahahha

papamaricano90 said... BALAS

hahah...orang melayu...mende2 cmni pon xleh spakat...ini lah orang melayu...layan sangat you tube..fakta dan auta pon dah xtau nk beza!

papamaricano90 said... BALAS

cina sokong cina...malayu?? haha..dia kata melayu sakai...wlupun xda pktaan melayu dalam lagu dya..tapi paham2 lah sendiri..siapa racist dlm malaysia selama ni...dia sedap menghina yang kita p sokong wat apa!!

grazine said... BALAS

masa orang suruh boikot barang israel semua setuju boikot ramai2 walaupun sekejap, tapi bile orang suruh boikot namewee sebab die pernah hina azan subuh, wanita islam bertudung, orang melayu disruh jadi sakai di hutan kenapa korang taknak sokong. btul kata dr.m melayu mudah lupa. kalau sokong filemni samalah sokong menghina islam dan melayu.. tepuk dada tanyalah iman..

grazine said... BALAS

Tuan blog, kalau awak sayang kan bangsa melayu tolong jangan reject comment saya. untuk perhimpunan bersih bukan setakat perhimpunan marah dengan bn atau umno sebagai kerajaan semata2. ada misi lebih mendalam disebalik itu. akupun taksuka umno. tapi aku juga taksokong perhimpunan bersih. kenapa? beberapa tahun dlu barisan alternatif buat perhimpunan di kesas highway di laluan di klang. sape yang ramai sanggup berkorban? jwpn: orang melayu islam. sekarang bersih ditaja banyak ngo yang sebelumnya menghina islam dan melayu yang mengkristiankan islam sape yang sokong bersih? cina, india, melayu sama ramai. tahukah anda bersih bukan menumbangkan umno atau bn. tapi menumbangkan melayu dan islam. lihat saja penganjurnya. dan reaksi bersungguh semua rakyat cina dan india. mereka tersenyum je tengok melayu join sama..fikirkan2lah. benar kata dr.m melayu mudah lupa. yang psati aku tak suka umno dan bn dan aku juga taksuka negaraku diperbodohkan cina dan india.

grazine said... BALAS

dan sebagai tambahan. pendek kata filem nasi lemak 2.0 adalah filem pengenalan untuk memikat hati rakyat malaysia khusunya melayu. dan selepas ini misinya berbeza dan juga lebih dari apa yang semua orang melayu fikirkan..