Saturday, July 30, 2011

Konsert Kembara Sufi 2011 UTP - Memang Menghiburkan!

 Konsert Kembara Sufi ke-9 UTP 2011

Seperti yang diperkatakan dalam entry yang lepas: Akan Datang !Konsert Kembara Sufi 2011 UTP
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Secara jujur, memang aku agak excited nak pergi konsert ni.
Dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Konsert dimulakan agak lewat sedikit walaupun dijadualkan untuk bermula pada jam 8.30 malam.
Alhamdulillah, kedatangan peserta cukup memberansangkan.
Ramai juga pelajar sekolah-sekolah agama yang berdekataan hadir bagi memeriahkan konsert pada malam itu.

Imam Muda Asyraf

Pengacara konsert pada malam itu adalah saudara Imam Muda Asyraf.
Memang tidak dinafikan, beliau cukup bersahaja dan pandai mengambil hati penonton.
Memandangkan ini kali pertama aku berjumpa secara langsung dengannya, jadi memang aku tak sangka yang rupa-rupanya beliau sangat kelakar orangnya.
Maklumlah, dalam rancangan Imam Muda Musim 1 dulu, serius je nampak.
Apa-apapun, memang tak rugi jemput beliau sebagai pengacara konsert pada malam itu.

Kumpulan NowSeeHeart

Persembahan pertama dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan NowSeeHeart.
Walaupun seorang daripada mereka tidak dapat hadir atas kesibukkan kerja, tapi persembahan mereka memang tidak menghampakan.
Rasa macam 5 lagu yang dinyanyikan oleh mereka pada malam itu memang tidak cukup.
Berikut adalah video persembahan mereka ketika menyanyikan lagu Damai Yang Hilang.



Kumpulan Al Mawlid

Selepas itu, persembahan diteruskan oleh kumpulan Al Mawlid.
Bagi yang tidak tahu, Al Mawlid ini adalah sebuah kumpulan nasyid hasil gabungan daripada sebahagian anggota Ruffedge, VE, dan Innuendo.
Pada pendapat aku, banyak lagi yang mereka kena improve pada masa akan datang.
Tapi tidak mengapalah. Cuma harap mereka istiqamah untuk apa yang mereka dalam lakukan sekarang.

Ini adalah video Al Mawlid ketika menyanyikan lagu Keroncong Hybrid Untuk Bidadari:



Dan terakhir adalah tazkirah daripada Imam Muda Asyraf.
Membawa tema sempena kedatangan Ramadhan.
Dan apa yang aku suka dengan persembahan ini adalah muzik latarnya, iaitu lagu Koi - Kitaro.

Imam Muda Asyraf ketika menyampaikan tazkirah

Secara peribadi, aku memang terhibur dengan Konsert Kembara Sufi 2011 ini.
Cuma harap dapat dipertingkatkan lagi dan improve segala kekurangan dalam konsert ini pada masa yang akan datang.
Harap tahun depan, Kembara Sufi bawa kumpulan Mirwana pulak ke? 
Kalau dapat sekali dengan Faizal Tahir, lagi best!


Bersama Imam Muda Asyraf

Bersama sebahagian anggota Kumpulan NowSeeHeart



p/s: Amacam? Best tak persembahan mereka?

4 comments!:

Acap Razak said... BALAS

Terima Kasih kerana datang..harap dapat input berguna..hehe

Izyan Kaher said... BALAS

million thnx sebab willingly to come !!

new entry : http://supersapienstory.blogspot.com/2011/07/konsert-kembara-sufi-ix-ex-ruffedgeve.html

Ain Shdn said... BALAS

Terima kasih kerana upload gambar, video dan entry.. wehh! ustaz comel ! HAHAHA. suka2!!

Muhd Iqbal Samsudin said... BALAS

SMEI :)

Pergh, best tu!

SMEi : Saya Membaca Entri Ini !