Thursday, July 28, 2011

Imam Muda Asyraf, Nowseeheart & Al Mawlid di Konsert Kembara Sufi 2011 UTP !

Konsert Kembara Sufi 2011 UTP

Pertama sekali, aku ni bukanlah peminat tegar nasyid, terutamanya nasyid yang zaman-zaman sekarang.
Tapi bila nampak je poster Konsert Kembara Sufi (KS) 2011 UTP, terus semangat aku nak pergi.
Kenapa? Sebab artis jemputan bagi KS 2011 ni memang hebat-hebat belaka.

Bagi yang tidak tahu, Konsert Kembara Sufi adalah acara tahunan di UTP yang membariskan persembahan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal di tanah air.
Dan bagi tahun 2011, 3 orang ikon nasyid terkenal nasyid dijemput bagi memeriahkan lagi KS 2011.
Konsert Kembara Sufi 2011 UTP
29 Julai 2011 (Jumaat)

8.30 malam - 11 malam

Dewan Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS
Artis-artis jemputan bagi KS 2011 adalah:

1) Imam Muda Asyraf
Rasanya perlu lagi ke diperkenalkan pemenang rancangan Imam Muda musim pertama ni?
Mesti ramai yang sudah kenal dengan beliau bukan?


2) Nowseeheart
Sedar tak sedar, kumpulan nasyid yang cukup terkenal dengan irama nasyid ini sudah hampir 23 tahun ditubuhkan.
Sehingga kini, sudah 5 album diterbitkan oleh mereka.
Dan antara lagu mereka yang menjadi kegemaran aku tidak lain tidak bukan: Damai Yang Hilang


3) Al Mawlid
Mungkin nama Al Mawlid agak janggal bagi sebahagian daripada kita.
Bagaimana pula dengan nama RUFFEDGE, VE dan INNUENDO. Mesti semua kenal bukan?
Sebenarnya, kumpulan nasyid Al Mawlid adalah hasil gabungan daripada 3 kumpulan tersebut.
Dan ini adalah perubahan baru dalam kehidupan mereka. Alhamdulillah....

Berikut adalah video daripada kumpulan Al Mawlid:


Amacam? Menarik bukan?
Percaya atau tidak, semua ini hanya berharga RM 8 SAHAJA!
Murah je kan?
Jadi, kepada semua pelajar UTP dan juga bagi mereka yang berdekatan dengan UTP, anda semua dijemput hadir ke Konsert Kembara Sufi 2011 UTP.
Memang cukup berbaloi!
Untuk maklumat lanjut tentang Konsert Kembara Sufi 2011 UTP:
Thanks untuk tiket FREE...yeah!


p/s: Amacam? Menarik jugak kan Konsert Kembara Sufi ni? Jomla!

4 comments!:

J said... BALAS

wooo..ak bg tiket free x wat entri tuk eupho lak.......... haha..

Fira hilwa said... BALAS

yg paaaling hebat bg kau mestilah AlMawlid, kan? hehe.

Neyra Shazeyra said... BALAS

jum tgk esok!

Wadi AR said... BALAS

alaaa jauh la encik. mmg tingin nk p