Sunday, July 31, 2011

Niat Puasa Ramadhan - Cara Mudah Ajar Anak-anak Ingat Niat Puasa


Alhamdulillah, masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.
Dan seperti biasa, bila tibanya bulan Ramdhan, ramai yang tercari-cari niat puasa Ramadhan
Maklumlah, setahun cuma sekali.
Jadi, di sini aku kongsikan niat puasa Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna bagi kita semua.


Niat puasa sebulan:
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala"


Niat puasa harian:
 "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala"



Dan bagi yang ingin mengajar anak-anak kecil untuk berpuasa, video ini amat sesuai untuk anda.
Mungkin ini boleh memudahkan lagi mereka menghafal niat puasa.
Memang secara jujur, setiap kali aku nak niat puasa, pasti akan bermain-main lirik lagu ini dalam kepada.


Selamat berpuasa kepada semua. Sempurnakan amalan-amalan fardhu, dan banyakkan amalan sunat.
Semoga kita beroleh sesuatu yang bermanfaat bagi Ramadhan kali ini.
InsyaAllah, amin.




p/s: Hari pertama puasa tahun ni sambut dengan siapa? Family? Ataupun dengan kawan-kawan bagi yang perantauan? 

5 comments!:

cik heroin said... BALAS

selamat berpuasa ;)

shamyheart said... BALAS

selamat berpuasa. semoga amalan kita diterima dan diberkati

Que said... BALAS

Raihan byk lagu yg mendidik anak2..syabas

Hot - Ramadhan Datang Lagi|Software Al-Quran dengan Tafsir

dela taufique said... BALAS

selamat berpuasa cik admiral =)

Anem Arnamee said... BALAS

salam ramadhan yoo encik!