Saturday, August 25, 2012

Aidilfitri 2012



Ramadhan sudahpun melabuhkan tirainya bagi tahun 2012.
Dan pastinya, ramai yang ternanti-nantikan hari raya aidilfitri.
Setelah hampir 2 tahun tidak pulang ke kampung halaman di Kedah, alhamdulillah tahun ini berpeluang juga beraya bersama saudara-mara di Anak Bukit & juga Kuala Kedah.
Oh ya, ini adalah entry raya 2 tahun lepas : Aidilfitri 2010

Monday, August 13, 2012

#TwtupBerbukaUTP


Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi diadakan majlis #TwtupBerbukaUTP seperti pada tahun yang sebelumnya.
Perancangan asalnya adalah hanya ingin mengumpulkan para tweeps tegar UTP dalam skala yang kecil (10-15 orang),
Tapi akhirnya, program kali ini mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 60++ orang tweeps yang hadir.
Tahniah kepada organisers, Neyra Shazeyra & BlogIMBA.

Friday, April 13, 2012

Majlis Perkahwinan Ahli Blogger Perak


Pada minggu yang lepas, aku berkesempatan untuk mengikuti 2 buah majlis perkahwinan warga Blogger Perak.
Ya, rasanya cukup lama aku tidak mengaktifkan diri bersama dengan Blogger Perak.
Alhamdulillah, untuk event mereka yang kali ini dapat juga aku turut serta.

Friday, March 23, 2012

Konvensyen Matematik Malaysia 2012 (KONMAT'12) - UMT

 

Pada cuti pertengahan semester yang lepas, aku telah mengikuti Konvensyen Matematik Malaysia di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sebenarnya, konvensyen selama 2 hari ini (16 & 17 Mac 2012) menumpukan aspek 'Matematik' dan telah mengumpulkan ramai peserta daripada IPT seluruh Malaysia.

Terdapat 3 acara yang dipertandingkan sempena KONMAT 2012, iaitu:
  • Olimpiad 
  • Burumatik (Explorace)
  • Sinematik (Persembahan pentas)

Sunday, March 18, 2012

Seharian Di Bukit Merah Laketown Resort


Pada 2,3 minggu yang lepas, aku & rakan-rakan serumahku telah berpeluang untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.
Pada awalnya, kami merancang untuk ke Pulau Pangkor, tapi entah kenapa, Bukit Merah pula yang menjadi destinasi kami.
Bertolak daripada UTP hampir jam 10 pagi, dan pada pukul 12 tengah hari, tibalah kami di sana.