Credit: Reezluv
Seperti yang telah aku perkatakan dalam entry yang lepas;
rujuk sini : Blogger Perak Outdoor Activities di Teluk Batik
Maka, semalam telah berlangsungnya gathering keempat Blogger Perak.
Kali ini, Blogger Perak mencari sedikit kelainan dimana gathering diadakan di luar Ipoh dan juga tidak di Shopping Complex.
Oleh sebab itu, Teluk Batik menjadi tempat pilihan kami.
Seperti yang dijangka, Teluk Batik pasti akan penuh dan sesak dengan pengunjung.
Mungkin kerana faktor cuti sekolah dan cuti umum, maka orang ramai mengambil peluang ini untuk bersantai bersama keluarga di pantai.
Tapi alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan ruang tempat berkumpul, khas untuk Blogger Perak.
Lebih 20 orang blogger juga yang hadir pada gathering kali ini.
Antara blogger-blogger yang hadir:
http://www.admiralhafiz.com
http://penyuagar.blogspot.com
http://reezluv.com/
http://dunia.pisyek.com
http://mohamadfaiz.com/
http://adiredadib.blogspot.com
http://www.tsubasa826.blogspot.com/
http://blogmirul.blogspot.com/
http://syakirrahman.blogspot.com
http://biru-malam.blogspot.com
http://daridirinisa.blogspot.com
http://tebakoo.blogspot.com
http://mynameblackpanther.blogspot.com/
http://fahmimahat.blogspot.com
http://fieza9.blogspot.com
http://munalifestory.blogspot.com
http://syukchen.blogspot.com
http://justanimefreak.blogspot.com/
http://sil3ntdragon.blogspot.com/
http://kasihnuraziemah.blogspot.com/
http://ruzzezanie.blogspot.com/
*Jika ada nama yang tertinggal, sila beritahu ya.
Saudara Penyu sedang diinterview
aktiviti pagi hari dimulakan dengan sesi interview bersama saudara Adib dan Reezluv.
InsyaAllah, video ini akan diupload pada entry yang akan datang.
Selepas itu, kejutan sambutan hari jadi, khas kepada salah seorang blogger yang hadir, iaitu Nisa Suyatim.
Biarpun hari jadinya jatuh pada 27 May, tapi masih belum terlambat untuk menyambutnya bukan?
Oh ya, bagi yang tidak tahu, Nisa Suyatim ini adalah bakal guru yang sedang menuntut di Institut Perguruan Guru Ipoh.
Selamat Hari Jadi, Cikgu!
Alhamdulillah..makan tengah hari kami juga cukup sedap dan lazat.
Berlaukkan ayam BBQ dan sosej, memang sangat puas.
Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan makanan kami.
Dan selepas itu, bermulalah sesi mandi-manda di pantai Teluk Batik.
Dan aktiviti kemuncak gathering blogger kali ini adalah sesi fotografi bersama Abang Reezluv.
Seperti yang ramai sedia maklum, Reezluv adalah seorang photographer yang cukup berpengalaman dalam selok belok dunia fotografi.
Dan sesi fotografi pada gathering kali ini adalah PERCUMA!
Belum pernah lagi aku jumpa gathering blogger yang siap ada pakej fotografi percuma ni kan?
InsyaAllah, gambar-gambar fotografi daripada Reezluv akan diupload pada entry yang akan datang kerana menunggu kerja-kerja mengedit selesai.
Berikut adalah gambar di belakang tabir sewaktu sesi fotografi dijalankan.
Oh ya, antara props yang digunakan adalah Payung Pelangi dan juga Bola Gergasi.
Secara jujur, gathering ke-4 Blogger Perak yang diadakan di Teluk Batik adalah gathering yang paling seronok dan happening yang pernah aku pergi.
Selain dapat kenal dengan muka-muka baru, hubungan sesama blogger juga menjadi lebih akrab.
Pemilihan tempat dan aktiviti pun sangat bagus.
Semoga lebih banyak lagi gathering seperti ini pada masa akan datang. InsyaAllah.
p/s: Amacam? Jeles tak bagi yang tak dapat pergi gathering blogger ni? Hehehttp://fotocinta.com/
36 comments!:
wah dah gathering ke empat.aku name je duduk perak tp x merasa nak join. kikiki
tinggal 5 orang je blogger permpuan sbb yang 2 lagi dah balik...apa2 pun thankz join..memg paling meriah la katakan kali ni^^
like sebab ada gambar nisa potong kek.hahaha
pergi tak ajak!!!!!! fine!!!! hahahaha
Entri Terbaruu : Orang cakap aku hensem? errr!!
ok...tak jeles....takjeles..tak jeles...tak jeles... demmmmmm..lala~
seronok tgk yg dpt join tuh kan ,rugi giler asyik tak dpt join gath BP je ..huwaaa~
teman lahir kat perak, lenggong, perak. tapi dibesarkan kat melaka, kampung kat perak. buleh join? hehe
haha nice pics~
hahaha... sangat best!!! ++ teruja!! sbb syk artis..:P entri terbaru tentang gathering gak :P
perg.. best gler..
TUTORIAL : openGL
serius jeles :(
waaaaaa~
untunggglaaaa. tahniah Blogger Perak!
ok fine , mmg jeles ! haha
cis ! best gila. cis. nice gila gambar2. cis cis cis.
pergh, retis main bola siot! :P
Entri terkini: Contest komen terbanyak di blog Reezluv
bestnyer..dah gathering yg ke-4 tu..x dpt nk pi sbb jauh..huhu..maybe next time..=)
Awwwwwwwwwwww. *speechless*
#kthxbai
pergh..siap puji aku tu...hahaha..link aku tu tukar ke fotocinta.com boleh?hehehe..
gambar kat sini pun dah ada orang jeles.tunggu le gambar yang super meletup nanti..hahaha
hai, saya mirul. kenal tak kenal tak. wakakaa
ok, aku pun dah update jugak. :D
Entri terkini: Blogger Perak di Teluk Batik
sekali semua dah ko tukar..hahaha..aku kata satu je cukup le..hahaa..
terkejut plak tetibe ada link kt ujung..hahaha
tengs..
saya tak baca entry ini. sekian! :P
Yeay! nak gambar! Nak gambar! xD
Entri terkini: Blogger Perak di Teluk Batik
aku nak join next time!!! aku dok teluk intan... tapi umur aku dah lanjut, boleh join ke???
nampak terbaik d stu bro..nice2..
jeles nye..=)..nak pegi tapi jauh..
gile ah ramai nye yg join.. xdpt join jugak gathering nie..
payung pelangi tu sangat cantik la..hihi.. n nice shoot terbang a.k.a lompat tu.. meriah
nice.
:)
Terima kasih untuk promosi dan untuk entri ni.
Lepas ni, siapa yang agaknya berminat nak handle event?
Hehehe
like sebab ada pic den kat sini..haha..korang sangat best!!
chop, nape nama ak takde? lol
ok, fine
ramai gak rupanya yg join, meriah sakan korang
igt ke smua dk utp, ada gak eh student lain?
next please,gua nk join
orang perak.. tapi jauh dari perak,,,, tgk kawan2 dari jauh jela... huhuhu
nice2... just found out that there is a group of Perak bloggers, kitorg baru je join dunia blogging nie.. sile beri tunjuk ajar sume...
langsung tak jeles. sikit pun takkkkkkkkk !
okayy tipu. sangat jeles la weyh ! pehh.
okayybye
aku stuju...ni yg terbaek aku penah pegi...hahahah
Post a Comment