Thursday, April 22, 2010

Pendekatan Islam ESQ lebih berkesan: Mufti Perak,Tan Sri Dr Harussani Zakaria...


IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengakui penerapa:n Islam yang dimuatkan menerusi Seminar ESQ adalah lebih berkesan berbanding pendekatan dakwah yang dilakukan oleh sesetengah ulama kita se:lama ini.

:Menurutnya, pengisian keagamaan yang disampaikan dalam seminar kerjaya dan bina insan itu lebih mudah difahami dan cepat meresap di jiwa peserta.

“Seminar ini memperlihatkan kepada kita kebesaran Allah, (dan) membina kerajaan Islam dalam setiap tubuh kita,” katanya ketika merasmikan seminar ESQ di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.

Seminar tersebut dihadiri oleh 450 peserta Puspanita Negeri Perak.
Beliau yang telah mengikuti seminar berkenaan sebelum ini terkesan dengan apa yang disampai oleh penceramah sepanjang dua hari.

Dalam nada sedih Harussani memberitahu peserta: “Selama ini, ketika saya bersyarah, ia menjerit dengan suara tapi jasad tidak mendekati. Setelah ESQ, baru saya faham apa yang saya syarahkan sebelum ini.

“Hampir tiga perempat nyawa saya, saya bersyarah, tapi tidak sampai seperti mana yang dibawa oleh ESQ, kerana itu saya menyokong penuh ESQ,” katanya.


sumber: Kosmo Online


alhamdulillah...
ESQ semakin hari semakin berkembang ke seluruh pelusuk dunia
Ramai orang2 ternama (public figure) di Malaysia yang dah join ESQ
dan salah sorangnya adalah Mufti Perak sendiri

Saya akui, yang beliau memang menyokong penuh program ESQ ni
pernah jumpa beliau semasa menjadi ATS di Mahasiswa training Penang angkatan 5
beliau sanggup turun ke dewan training
n sharing sedikit mengenai ESQ
alhamdulillah...


Mungkin ramai yang masih tertanya2

Apa ESQ ni sebenarnya?
Hebat dan best sangatkah program ini?
Apa bezanya ESQ dengan program2 motivasi yang lain?
Kenapa perlu saya join ESQ?

InsyaAllah semua itu akan saya kongsi dalam post yang akan datang..


ESQ best!!!
~percayalah!!!


3 comments!:

Nur Suaidah Bachok said... BALAS

terbaik!!! :)

J said... BALAS

di nanti kn..hahaha

bidadariMu said... BALAS

insyaAllah akan join dlm mase terdekat nie.. =)