Saturday, August 27, 2011

Group Khas Untuk Klik Iklan Di Facebook - Kenapa Begitu Terdesak?


Memang tidak dinafikan, dunia maya boleh memberi pendapatan sampingan bagi kita.
Di Malaysia, antara syarikat pengiklanan online yang terkenal adalah ChurpChurp dan juga Says.my.
Caranya cukup mudah. Hanya mempromosi setiap produk terbaru di pasaran di Facebook dan Twitter, dan kita boleh mendapat komisyen daripada setiap iklan yang diklik.


Tetapi semalam, aku ternampak sebuah group di Facebook, 'Geng Klik2 Iklan' yang diwujudkan khas untuk klik iklan-iklan online ahli groupnya.
Setiap iklan dikongsi secara pukal dan semua ahli group tersebut dirayu untuk klik iklan-iklan yang dikongsi.
Bagi yang tidak tahu, inilah yang disebut dengan istilah 'Click Fraud', iaitu satu jenayah siber yang menggunakan cara salah untuk mempromosi dan klik iklan PPC (Pay Per Click).

Antara wall post di group berkenaan


Sebenarnya, Click Fraud ataupun Klik Palsu ini bukalah satu kes yang remeh-temeh, tetapi ianya dianggap sebagai satu jenayah siber.
Pernah dalam satu kes, Google (sebagai pengiklan dan rangkaian pengiklan) memenangi sebuah tuntutan mahkamah terhadap sebuah syarikat di Texas yang dipanggil Auction Experts. 
Mereka didakwa oleh Google kerana membayar sejumlah orang untuk klik pada iklan yang muncul di website Auction Experts yang berharga $50,000.
Terdapat ramai lagi yang pernah disaman oleh syarikat-syarikat pengiklanan kerana mengamalkan Click Fraud dalam menjana pendapatan yang cepat dan pantas.


*Don't ask other users to click your links
*Don't join secret groups or click-rings to click each other's links

Di website-wesiter seperti di Says.my dan ChurpChurp sendiri sudah diberitahu berkali-kali tentang perkara ini.
Tapi malangnya, masih ramai yang berpura-pura tidak tahu dan berteruskan menggunakan cara yang salah.
Mungkin dalam masa terdekat, semuanya cukup seronok dan mudah.
Tetapi jangan menyesal jika satu hari nanti, akaun anda disekat dan seluruh income anda hilang begitu saja.
Semuanya kerana mengamalkan Click Fraud ini.



Memang tidak dinafikan, iklan-iklan tersebut boleh memberi pulangan yang cukup lumayan.
Tetapi jangan kita lupa, jika kita tersilap langkah, ianya boleh jadi syubhah dan juga boleh jatuh kepada haram.
Janganlah terlalu tamak sehingga sanggup menggunakan jalan pintas dalam mendapat duit.
Kongsikanlah setiap iklan dengan jujur dan amanah, kerana dengan itulah akan timbul kepuasan kepada kita apabila ada yang betul-betul ikhlas untuk klik iklan kita.
Ingat, tiada jalan mudah untuk berjaya dalam dunia ini.




p/s: Apa pendapat anda mengenai isu ini? 

28 comments!:

Unknown said... BALAS

halal ke klu buat mcm ni? adoi..

Admiral Hafiz said... BALAS

@Saiazuan 1 word : HARAM

Nurfarizan said... BALAS

pernah kne jugak.. tetibe kat chat box fb, ade kawan mintak tlg klik semua die punye iklan. terpksa klik.

Admiral Hafiz said... BALAS

@Nurfarizan macam2

Unknown said... BALAS

Xpenah klik.. Klu da tertipu org soh klik, da TERklik xley watpe da tp marah gk la..

Rase mcm "Dr mne dtgnye duit tu?"..
Xd yg penah terfikir ke ek..

Admiral Hafiz said... BALAS

@MissCt a.k.a MuqDeq biasalah..
nak cepat kaya dengan jalan pintas

Azah said... BALAS

kadang2, BBNU (blogger baru nak up) yang selalu terlibat dalam golongan yang macam ni. biasanya diorang tak sedar apa yang diorang buat tu salah, so tugas kita sebagai orang yang dah tahu untuk tegur apa yang patut. tapi ada juga sesetengah tu yg dah memang tahu, tapi masih sengaja terlibat dalam fraud ni. orang jenis macam ni memang jenis tak kisah makan duit haram la kot?

Admiral Hafiz said... BALAS

@Azah sangat setuju
rasanya kalau kes yang macam ni, memang diorang sengaja buat2 tak tahu la kot

Namee Roslan said... BALAS

em ni sbb nak duit cepat. desperate gila. em pernah satu kali tu ada budak baru, dia paksa saya register churp2 under nama dia. so sy pelik lah. saya kata takde hal lah nk register cuma saya busy smpai sy terlupa pasal churp2 tu. pastu dia maki2 saya kata saya minah sombong. bodoh gila. sbb kalau sy register under dia, dia dapat duit.

syafiq_lomotech said... BALAS

Nasihat aku kepada golongan ini
Ketahuilah kamu (golongan itu) sudah masuk ke golongan orang yang berjual beli dan dalam quran ada menyatakan, janganlah kamu mengurangkan berat timbangan kamu.

Maksud lain dalam hal ini adalah menipu dalam perniagaan untuk.mendapatkan untung dengan lebih mudah dan banyak.

Maka ketahuilah kamu setiap klik kepada iklan yang dilakukan secara penipuan itu pada pendapat iaitu di sisi aku adalah haram. Dan setiap harta yang haram itu adalah dosa yang membawa kepada azab Allah.

Moga kamu insaf dan diberi petunjuk oleh Allah.

Salam,
Syafiq_lomotech
Lomotech.com

Unknown said... BALAS

duit yg dpt tu kalau xberkat, xguna gk

EARNIC said... BALAS

dah kena ban baru padan muka

KBLOG said... BALAS

mereka2 yg buat fraud click tu..semoga cepat kena ban

Miss AZ said... BALAS

kalau ya pun nak duit tak perlulah kot guna cara murahan mcm ni.. desperate sangat ke.. adehlaa =_=

Admiral Hafiz said... BALAS

@Namee Roslan haha
sampai macam tu sekali pun ada

Admiral Hafiz said... BALAS

@syafiq_lomotech thanks utk komen tersebut
memang setuju dengan apa yang diperkatakan

Admiral Hafiz said... BALAS

@Dawa klu dah tamak sampai macam tu sekali, mana nak kira berkat ke tidak

Admiral Hafiz said... BALAS

@EARNIC memang aku tggu diorg kena ban pn

Admiral Hafiz said... BALAS

@KBLOG harap2 la macam 2

Admiral Hafiz said... BALAS

@Amirrah Zawani biasela
nak kaya cepat

The Sharkox said... BALAS

aku skg ni dah malas nk beriklan2 ni...

pasal kawan aku kata "Agak jengkel jugak la engko dok promote iklan2 tu semua.."

haha

Khidhir said... BALAS

wahhh. group camni pun ada ke. tp nmpak cam menarik je.. haha.
ala,ramai yg post je kot. yg klik nye xde la sgt

caliph shuriken said... BALAS

mana bole wt group cmtu.. kena ban a/c diorg nanti...

MalizaMah said... BALAS

kalau sebar kat kengkawan yang sama jer setiap kali boleh ker?
hmmm.. apa2pun... klik2 utk jana dana.. jgn tersilap langkah ...

Admiral Hafiz said... BALAS

@The Sharkox tau xper
aku pn kadang2 pikir 2 ,3 kali nak promot ke tak certain iklan

Admiral Hafiz said... BALAS

@Khidhir haha
nk join jugak ke?

Admiral Hafiz said... BALAS

@caliph shuriken harap2 kena la
biar jadi pengajaran sikit

Admiral Hafiz said... BALAS

@NormaLiza Mah boleh je
tp kenalah dengan cara yg betul