Widget-1 title

Sunday, March 18, 2012

Seharian Di Bukit Merah Laketown Resort


Pada 2,3 minggu yang lepas, aku & rakan-rakan serumahku telah berpeluang untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.
Pada awalnya, kami merancang untuk ke Pulau Pangkor, tapi entah kenapa, Bukit Merah pula yang menjadi destinasi kami.
Bertolak daripada UTP hampir jam 10 pagi, dan pada pukul 12 tengah hari, tibalah kami di sana.

 

Di Bukit Merah, tidak hanya ada Waterpark sahaja, tetapi ada banyak lagi pakej yang ditawarkan.
Antaranya adalah Eco-Park, Orang Utan Island, dan juga Skycycle.
Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tiket PERCUMA untuk Waterpack Combo (Pakej Utama) kerana kenal dengan orang dalam di sana.
Jadi, jimatlah RM 68 kami...

 
Tiket PERCUMA

Aktiviti pertama kami adalah Skycycle, iaitu mengayuh basikal secara berpasangan dengan menggunakan tangan.
Kami berpeluang untuk mengelilingi hutan-hutan sambil menikmati permandangan yang terdapat di sana dari jarak atas.
Agak memenatkan juga aktiviti ini sebenarnya.



Seterusnya, kami melawat pula Taman Eco-Park yang terdapat di sana.
Banyak juga haiwan-haiwan yang ada, seperti ular, burung merak, monyet, dan banyak lagi.
Ada juga pertunjukkan binatang, tapi dek kerana kekangan masa, jadi tidak dapatlah kami luangkan masa yang lama di situ.

 
Semangat bagi arnab makan sayur

Semestinya, aktiviti utama kami di sini tidak lain tidak bukan adalah mandi mandi di Waterpark.
Memang diakui, agak menarik waterpark di Bukit Merah ini.
Banyak aktiviti-aktiviti air yang cukup menyeronokkan dan tidak kurang juga mendebarkan.
Dan paling best bila dapat mandi semasa di kolam yang ada ombak buatan tu.

 



Setelah puas mandi manda, maka tibalah masanya untuk aktiviti terakhir kami iaitu di Pulau Orang Utan.
Untuk ke sana, kami dibawa dengan menaiki bot khas yang telah disediakan.
Perjalanan dari jeti ke pulau tersebut mengambil masa hampir 10 minit.

 
Pulau Orang Utan

Pulau Orang Utan ini adalah satu tempat penjagaan dan juga penyelidikan khas untuk Orang Utan.
Oleh kerana bilangan Orang Utan yang hampir pupus, di negara kita khususnya, jadi kerajaan telah mengambil insentif untuk menubuhkan pusat penyelidikan ini.
Banyak info-info menarik yang aku peroleh ketika berkunjung di sini.
Antaranya adalah 98% daripada DNA orang utan adalah sama dengan manusia,
Jadi, orang utan juga mengalami masalah nyanyuk, selsema, dan juga seperti penyakit-penyakit manusia yang lain.
Malah, mereka juga turut mengalami 'Datang Bulan' (period).. Menarik bukan?

 



Dan hampir jam 6.30 petang, bertolaklah kami pulang ke UTP.
Tidak dinafikan, Bukit Merah Laketown Resort ini memang satu tempat percutian yang cukup menyeronokkan.
Jadi, tidak rugi jika sekali sekala anda meluangkan masa di sini bersama keluarga tersayang.

 





p/s: Ada sesiapa yang pernah ke Bukit Merah Laketown Resort? Best kan?

2 comments!:

Cik Yatt said... BALAS

pling jeles bile bce entry org psal kuar jejalan

sakuraspicelife said... BALAS

xpernah.dh gi lost world of tambun?best