Monday, August 22, 2011

#DiAsramaSayaBelajar : Antara Kenangan Sewaktu Di Asrama

Vila Putera : Asramaku sewaktu di SBP Integrasi Selandar

Pastinya, kebanyakkan pembaca entry ini pernah ataupun sedang tinggal di asrama sewaktu zaman persekolahan.
Alhamdulillah, kini sudah lebih 2 tahun aku meninggalkan zaman asrama aku si SBP Integrasi Selandar, Melaka.
Namun, sehingga kini, setiap saat kenangan sewaktu di sekolah dan juga asrama masih lagi terpahat dalam ingatan.


Dalam jangkamasa 24 jam sehari, para pelajar di sekolah berasrama lebih meluangkan masa di asrama dan dorm berbanding di kelas.
Jadi, sudah tentu banyak cerita dan aktiviti menarik yang dibuat sepanjang berada di asrama.
Dan petang ini, dunia Twitter kembali meriah dengan adanya hashtag ##DiAsramaSayaBelajar , khas untuk mengimbau kembali zaman persekolahan sewaktu di asrama.

Berikut adalah sebahagian daripada tweet-tweet menarik ##DiAsramaSayaBelajar :

  • @sueannajoe : apa itu 'fly'. Yang pasti ia bukan lalat.
  • @ceeramoon :  berkongsi dr segi makanan. Tiap kali balik ke asrama semula. Mesti masing2 bawak mknn masing2. Then makan sama2.
  • @ciksenah :  apa erti persahabatan sebenar.
  • @comradenami : solidariti megi.member yg menghulurkan megi adalah sahabat sejati.
  • @mamasoup3 : panjat tanggi air isap rokok ramai ramai
  • @tokrimau : senior boleh turunkan nickname kpd junior.
  • @_siggplus : mencari waktu yg ideal menyidai baju di ampaian. Silap time, baju kau jd hak senior.
  • @bashrafi : Kalau nak femesdi kalangan senior, biar kakak yang cun dtg melawat weekend. Trus semua org nak baik ngan ko. #truestory
  • @AmyraAziz : senior boleh potong line nk ambil nasi.
  • @_nIkNuR_ : Lepak depan koperasi, pow bdk2 junior sposen dua.....da ckp, beli coklat.
  • @realahmadsyahmi : pengawas itu bukanlah pilihan kawan yg baik utk berkawan dgn murid biasa seperti kami
  • @T0KI0_nfaisolh : pnah tgok rakan batch sendiri kne pukul beramai2 sbb kes mencuri.
  • @adylaRower : simpan hp dlm tin biskut waktu spotcheck.
  • @anaraskaa : sorok handphone dalam bra
  • @Berto_mel : Mcm mana nak survives without girl. skola laki2 la katakan. alhamdulillah, saya masih straight
  • @AfinaKassim : baca Al-Mulk setiap malam. sampai saya pun dah hafaz surah tu.
  • @AdaApaDgnDauz : pkai hensem2 bila pergi cafe. mana tau bertemu jodoh di situ
  • @sheilalieya : kalau basuh bju lmbt nk kering cepat, gantung kt kipas pusing2 yg bulat confirm bgn esok dah kering :D
  • @_siggplus : Menjilat semua makanan saya kalau ada orang mintak pow.
  • @techsupremo : Cara yang betul memanjat tembok pagar. Prison Break tu ape la sangat.
  • @nuruz : tonyoh lilin kat tudung. Nnt muncung dia jd keras. Hahahha..!
  • @T0KI0_nfaisolh : sodom "solat dalam dorm".
  • @samjasrin : kalau mau dpt attention org cafe dpt mknn cpt panggil KAKAK biarpn kerepot2...
  • @QyunHuda : menyorok dlm locker time prep, tertidur sampai org balik prep...
  • @zxcvbnmran : seterika Milo paket.
  • @puteri_biru : kontrol perasaan time aspuri diserang pelajar histeria. katanya kalau lemah sangat boleh jangkit. huh. seram!
  • @highrule07 : time birthday sesape, mesti wajib baling tepung dan simbah air sbg meraikan birthday org itu..
  • @ZahirRidzuan : brader dobi ialah supplier rokok saat dan brader DM supplier rokok texas.
  • @khalees : bangun malam, bukan utk qiamullail, tp utk di ragging
  • @kutasia : masak megi dlm baldi
  • @k3me : segala kisah2 hantu skolah saya. Tapi rupenye sume skola pon hantu sama. "satuu dah bangun..."
*Dan banyak lagi di #DiAsramaSayaBelajar


Memang tidak dinafikan, zaman persekolahan adalah zaman yang terindah bagi kebanyakkan orang, termasuklah aku sendiri.
Tapi tidak akan sama kenangan yang dibawa oleh sekolah berasrama dengan sekolah tidak berasrama.
Mungkin ada juga yang berkata, hidup di asrama menakutkan, kena buli dengan senior, dan tidak menyeronokkan.
Tapi percayalah, bila kita sudah meninggalkan zaman persekolahan di asrama, pasti kita akan merindui kembali setiap saat sewaktu kita berada di asrama.


Tapi malangnya, gambar-gambar kenangan sewaktu di sekolah yang ada dalam simpanan kebanyakkannya sudah terpadam apabila laptop aku rosak dan terpaksa di-format tahun lepas.
Jadi, memang tak banyak gambar-gambar yang aku dapat simpan.
Berikut adalah gambar-gambar yang masih ada dalam simpanan:

Sewaktu sambutan hari jadiku yang ke-17




p/s: Apa pula kenangan zaman persekolahan anda sewaktu di asrama? Kongsikan...

20 comments!:

Dhiya Fariza said... BALAS

#DiAsramaSayaBelajar buli junior haha. nikmat :D

Neyra Shazeyra said... BALAS

tak pernah sekolah asrama

Anonymous said... BALAS

Diasrama kami belajar asmara...

Wadi AR said... BALAS

#diasrama saya belajar jadi exco sukan tahap dewa punye pemes

Syazwan said... BALAS

#DiAsramaSayaBelajar untuk bangun subuh setiap hari. kalau tak, makan 'rotan' la jawabnya

AZRI said... BALAS

asrama terbaru - V6

adrinaqamarina said... BALAS

frust juga sebab gambar time kat hostel dulu banyak dah hilang ;(

sokong sume yang kat atas tu!


best la dok kat asrama~ siapa cakap tak best mesti dye tak jumpa lagi benda best :P

atyn said... BALAS

life kt asrama mmg best. plg best bakar mercun bola belakang asrama time kakak2 form 5 nga sebok study utk spm..hahaha. kes sakit hati punya pasal dgn exco2 ;P

Namee Roslan said... BALAS

di asrama saya belajar makan belacan! gehehhe. dan juga belajar cuci baju ! agak mancabar! haha tp at least we learn smthing kan :)

Najib Daud said... BALAS

di asrama lah saya dapat kenal orang hebat macam amirul hafiz ni.


:)

gambar aku banyak hilang jugaakk.

T_T

Cimot said... BALAS

wow. aku suka gambar pertama.
:D

Admiral Hafiz said... BALAS

@Najib Daud. ahaha
apala yg ko merepek ni najib

Nurul Amira said... BALAS

tadi pon bertweet2 dgn hashtag tu..hoho kenangan suma :)

Ked said... BALAS

selandar?knl tice amy x?hehehe..kat asrama dulu sy ske paw mknn dak junior..hahahaha

Marzuki Kamal said... BALAS

#DiAsramaSayaBelajar duduk luar lagi best. Aku duk asrama 2 minggu je :p

zulaika.puad said... BALAS

nice entry..
buat saya gelak sorg2...
terkenang zaman dekat asrama..

cacamarba said... BALAS

pergh..mmg nostalgia..sy dr sbp pulau pinang..tun syed..sume yg di ats adalah benar belaka.steady..jemput singgah blog sy..

Unknown said... BALAS

orang melaka rupanya...

nina ibunga said... BALAS

pernah dibuang asrama gara-gara fly balik rumah awal..a week later masuk asrama balik..buat rayuan... :)

Syazwan Che Deraman said... BALAS

saya budak sesma.
hehhe.
best woo dok asrama ;)