Adegan biadab pekerja KFC yang meletakkan ayam di tapak kakinya
"JIJIK!!!"
Itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut aku apabila melihat video ini.
Video yang berdurasikan selama 37 saat yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit ini memaparkan adegan seorang pekerja yang didakwa pekerja KFC (Kentucky Fried Chicken) yang meletakkan ayam di tapak kakinya ketika menyediakan makanan di sana.
Berikut adalah video yang dimaksudkan:
UPDATE, Pihak KFC Malaysia telah komen di blog ini berhubung dengan video tersebut
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.
Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.
KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.
Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Rujuk sini untuk ke Website KFC Malaysia
p/s: Apa pendapat anda mengenai video ini? Geram bukan?
18 comments!:
hilang selera nk mkn kfc lps ni..mcd jela lps ni..huhu
erkkkkkkkkkk! aduh, kenapa boleh jadi macam ni? dahh la aku ni selalu makan kfc.
mdc punnn sedap jugak bro! hhaa . big mac 1! bila mahu belanja?
giler r. mecd tetap best.hahaha
oke.
makan kat Paprika je la pasni
Keny rogers plez.. :P
Need a web developer?
boleh pi makan kat kepsi. tapi jangan makan ayam yang dia lap kat kasut tu. kita makan ayam yg dia belum buat lap kasut. haaa.. kan dah bersih...
# komen aku ni melampau sangat ke?
makan popeye la camni.
errr...~ aishhh~ terbantut selera =.=
yea.. mekdi paling best. paling best. babai kepsi
wek.. nila setitik je, rosak susu sebelanga...
: TRANSFORMERS 3: FIRST HALF YANG BOSAN
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm
Tuler ko minat sangat makan kat kefsi. Udahler ayam mati, buat lap kasut lak. Abis aku mmng xmakan dari lulu gi.
Moral ceritanya
1. Mamat ni jenis bangang, ikut cakap je cakap kawan walau tau itu salah.
2. Ini adalah contoh pekerja yang mengkhianati majikan, bagi madu tuba dibalas
3. Sekali lagi mamat ni bangang, dah tau periuk nasi gi tabur pasir wat apa?
4. Ini satu lagi kaedah kalau nak sabotaj kerajaan. KFC ni kan GLC. Yang punya Saham Besar Melayu, yang bekerja majoriti Melayu. Jadi kalau KFC lingkup sapa yang rugi?
Yang untung, lu pikir la sendiri!!!
Aku harap KFC ambil tindakan yang sangat tegas , kalau perlu saman budak ni biar sampai tak cukup tanah pesaka mak bapak dia digadai, buat pengajaran kepada pekerja yang nak sabotaj majikan
anon 11:25
lu makan ayam hidup ke? lagi dahsyat lu? kalah singa!!
Orang Asli lagi cerdik dari lu, alasan depa tak makan ayam sebab ayam makan tahi
kah kah kah kah kah kah
krn nila stitik abis rosak susu sblanga..kne bt spotcek kfc mna ni..x smua kfc mcm ni.
ini bukan bangang lagi nih..
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.
Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.
KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.
Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
erkk taknok mkn kepsi lah. *sambil melantak ayam kepsi lapan ketul*
my review about this issue :
http://www.gengblogger.com/v/521616
Post a Comment