Seperti yang telah kita ketahui, Transformers : Dark of the Moon adalah filem ketiga dan terakhir arahan Michael Bay selepas filem pertamanya, Transformers (2007) dan filemnya yang kedua, Transformers 2: Revenge of the Fallen (2009)
Memang tidak dinafikan, filem ketiga Transformers oleh Michael Bay ini antara filem yang ditunggu-tunggu pada tahun 2011 ini.
Maka, tidak hairanlah jika ada yang sanggup mengambil cuti awal semata-mata untuk menonton filem ini pada hari pertama tayangannya.
Dan sehingga kini, jualan tiket bagi filem Transformers 3 ini memang cukup hangat.
Tiket Transformers 3 untuk 11 orang
Sinopsis filem Transformers 3: Dark Of The Moon
Transformers: Dark Of The Moon mengisahkan tentang misi Decepticons untuk menghidupkan kembali planet Cybertron setelah lama musnah dalam peperangan.
Hanya terdapat satu cara untuk memastikan hasrat mereka itu tercapai iaitu membawa Cybertron ke bumi. Untuk membawa Cybertron ke bumi Decepticons perlu mendapat bantuan ‘orang dalam’ Autobots kerana hanya dia yang tahu cara untuk mengendalikan teknologi yang dicipta oleh Sentinel Prime.
Seperti biasa, Sam Witwicky dapat menghidu kejahatan Decepticons ini dan dia bersama-sama Autobots berusaha sedaya-upaya menghalang misi jahat Decepticons yang mahu menjajah bumi.
Sumber: Gua.com.my
Meskipun masih mengekalkan watak Sam Witwicky sebagai hero, namun bagi filem ketiga Transformers ini, watak kekasih Sam, iaitu Mikaela (Megan Fox) telah digantikan dengan watak Carley, lakonan Rosie Huntington.
Entah kenapa, aku rasa mcam kurang berminat dengan pengganti Megan Fox ini.
Kalau pada filem Transformers 1 & 2, aku sentiasa ternanti-nantikan babak Megan Fox, tapi bagi Transformers 3 ini, aku sedikit pun tak teruja nak tengok si Rosie Huntington ni berlakon, walaupun dia buat-buat jadi seksi dalam filem ni.
Dah la bibir dia pelik semacam, lakonan pun kaku je. Tak tergoda langsung.
Asyik nak berkepit je diorang ni
Dan paling aku menyampah bila terlalu banyak adegan-adegan cinta dan jiwang dalam filem ini.
Babak paling sengal bila Sam Witwicky yang bertungkus lumus menyelamatkan aweknya, walaupun pada waktu itu dunia dalam bahaya.
Cis... Optimus Prime tengah semangat nak selamatkan dunia, si hero boleh pulak tergedik-gedik nak selamatkan awek dia.
Nasib baik adegan pertarungan akhir antara Optimus Prime, Sentinel Prime & Megatron buat aku teruja sikit nak tengok, walaupun ada yang tak logik dengan ending dia.
Optimus Prime - Takda sebelah tangan pun boleh menang.
CGI Effect yang sangat real
Dan mungkin sebab inilah masih ramai yang menanti-nantikan sambungan filem Transformers daripada siri filem pertama pada tahun 2007 bukan?
Sekurang-kurangnya berbaloi la anda bayar RM10++ untuk tengok CGI effect macam ni kan?
Secara peribadi, walaupun kurang menyengat, tetapi filem Transformers 3: Dark of the Moon masih berbaloi untuk ditonton, itupun jika anda memang pengikut setia siri filem Transformers sebelum ini.
Tapi jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ini, kerana anda mungkin KECEWA jika filem ini tidak seperti yang anda harapkan.
Rating: 3.8/ 5 Bintang.
p/s: Ada yang dah tonton filem ini? Apa pandangan anda? Best?
25 comments!:
Tak Ajakkkk!!!!!! haha
Wordless Wednesday #WW : Hanya [1] gambar - xkan tengok je, komen tak?
sangat mantap dowh cg citer ni... aku sanggup amek midnight pnyer kot.. perrghhhhhhhhhhhhhh...
blog yg takkan update.. sila2 --> adired
TAK AJAKKK
aku baru nk tengok esok..hahaa
@reezluv la yeke?
ingatkan dah tgk
jeles weh...tak tgk lg...
hurm, kalau asyik babak cintan cintun, malas jugak nak tgk...
3/5 . no MEGAN MUSANG, no WIN!.
pada aku la.... kalau watak pompuan tu takde pun tak pe... watak sampah heroin pompuan tu memang buat menyakitkan hati aku je..
setuju ngan penulis blog ni, CGI movie Transformer 3, 2 dan 1 memang aku terpukau. Dengan 3D lagi la nampak real...
cuma kisah jiwang dan gedik tu je yg buatkan aku hilang stim skit...
jgn lupa plak propaganda US dalam movie tu.. haha. hebat tul US ni kan? abaikan je la... US memang perasan.
aku lupa nak masukkan pasal babak cinta cintun dalam review aku. bhahahah
adeh tak sempat lagi nk gi tengok...asal nk booking jew kat GSC Alamanda...penuh manjang ...huhu
saya dah tengok..bagi saya best sgt!
bab cintan cintun memang tak sukalah tapi yang lain best je...
babak cinta antra sam dan awek dia mmg spoil,sgt spoil,mcm tak sepatutnya babk cmtu diselitkan,tp nak wat cmne,michel bay nak jgk masukkan.bg aku klaau takde watak sam bercintan,eatak mak ayah dia dlm tu pun dh ok,dah buang byk masa kat situ.
satu lg plot cite y agak bertindan2,sampai kan cite jd tak xsusun dgn baik,
tp bab action takleh nafikn,mmg superb,dan ironhide mati!!!!!????wtf!
couldn't agree more on the comment u made on rosie huntington. she is, well, unattractive. dont know why but just not the right girl for this movie.
Dah tengok on 1st day lagi! Best dan mantop! hahahaha. tapi syg, ni yg terakhir michael bay as a director. Ouh..Optimus Prime sangat hencem,muahahha. Pasal Megan fox ngn rosie, depa dua2 tak payah ada dlm citer ni pun takpa. Tak rugi pun kalau diorg tak muncul, takda fungsi pun diorg,ngeh3
Babak paling sengal bila Sam Witwicky yang bertungkus lumus menyelamatkan aweknya, walaupun pada waktu itu dunia dalam bahaya.
setuju sangat! gedik seh!
p/s
pinjam pic, nak buat entry. thanks =)
jelessssss!!!!! kat sini tiket sold out!!!grrrrrr
Transformers nye tiket dah full booking weekend ni..tensen nyer..tp thanks bro coz bg summary sikit..hehe
Cerita yg bosan. Huhihi
ye aku pun setuju kalau watak pompuan tu xde.. bkn penting pun.. lagi pun seksi sgt.. xsesuai utk budak2
Transformers 3: Sisi gelap bulan - MANTAP!
tak best la.. down giler citer ni. trailer je best
tapi Shockwave still yang paling best. liat nak mampus
setuju... jangan letak harapan sangat pada filem ni...
: kecuaian dalam filem KARAK didedahkan, jangan baca kalau belum tonton!
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm
: TRANSFORMERS 3: FIRST HALF YANG BOSAN
: RAGINI MMS: ‘PARANORMAL ACTIVITY BOLLYWOOD
ppuan ni kureng cantik ar...boleh gitu? hehe
bagi aku, dah cukup berjaya tu. kira bagus tu..berbanding filem lain..
aku tengok kat utube je la
Post a Comment