Wednesday, July 6, 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 - Amaran PETRONAS Kepada Pemegang Biasiswa

Perhimpunan BERSIH 2.0

Antara isu semasa yang memang hangat diperkatakan pada masa sekarang adalah berkenaan Perhimpunan BERSIH 2.0
Perhimpunan (Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil ) BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada sabtu ini, 9 Julai 2011 bertujuan yang bertujuan untuk memperjuangkan pemulihan pilihan raya yang menyeluruh di Malaysia supaya lebih adil dan telus.

Tuntutan BERSIH terdiri daripada 8 perkara, iaitu:

1. Bersihkan Senarai Undi
2. Mereformasi Undi Pos
3. Guna Dakwat Kekal
4. Masa Kempen Minima 21 Hari
5. Akses Media Yang Bebas Dan Adil
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor.
Memang aku akui, apa yang diperjuangan oleh BERSIH 2.0 ini memang cukup bagus.
Malaysia memerlukan sistem pilihan raya yang lebih adil dan telus.
Tapi bila difikirkan sekali lagi, apa saja perhimpunan atau demontrasi jalanan dan pernah diadakan di Malaysia, kebanyakkannya hanya akan membawa lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif.
Tapi tidak bermakna aku membangkang apa yang diperjuangkan oleh BERSIH 2.0.
Errr... takperlah. Masih belum cukup umur lagi untuk aku sentuh tentang isu-isu politik.

Sewaktu Perhimpunan BERSIH pertama pada 2007

Dan memandangkan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sedang bercuti pertengahan semester, jadi atas langkah berjaga-jaga,
PETRONAS menghantar email kepada semua pemegang biasiswa PETRONAS,
melarang pelajar-pelajar di bawah tanggungan mereka untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0

Berikut adalah kandungan email tersebut:

Dear PETRONAS Sponsored Students,


PETRONAS is concerned about your safety and security, as our sponsored students. We are determined to safeguard our sponsored students from any untoward incidents. Demonstrations could cause difficulty and could bring negative consequences to your studies. It may also create anxiety for your family & friends.


In view of the recent developments and scenarios in Malaysia involving the organizing of demonstrations and rallies, we would like to gently remind you that PETRONAS sponsored students should not take part in any activities, associations, gatherings or rallies of any political in nature whatsoever, regardless legal or illegal.


This is pursuant to the terms and conditions of your Sponsorship Agreement.

Baguslah PETRONAS mengingatkan kembali kepada kami tentang syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian biasiswa.
Memang tidak dinafikan, pasti akan ada tercicir seorang dua pelajar UTP yang akan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada hujung minggu ini.
Maklumlah, waktu itu kan cuti pertengahan semester di UTP.
Jadi, bila baca email daripada PETRONAS ini, mungkin kita boleh berfikir dua kali samada nak pergi atau tidak ke BERSIH 2.0 bukan?





p/s: Pada pendapat anda, wajarkah Perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan? Kongsikan sedikit pandangan anda...

16 comments!:

Pisyek K said... BALAS

Berlawan amaran nampak nya. :P

Amaran dari PETRONAS kepada pemegang biasiswa!

Wadi AR said... BALAS

patot sbb boleh mmbersihkan hati yg kotor dibelenggu oleh gangguan munafik sekitarnye

Admin said... BALAS

budak2 baju merah buat havoc tak kene tangkap pon, fair ke?

E said... BALAS

tak sokong sesapa .
atas pagar :)

Farah Zawani said... BALAS

saya menyokong entry saudara. bagi saya, apa yang mereka perjuangkan adalah suatu perjuangan yang positif. tp bila dilihat dari aspek yang lain, ianya menjadi negatif kerana bagi saya perarakan sebegini, legal atau illegal ianya menyusahkan banyak pihak dan mereka seolah olah tidak menghargai kemerdekaan dan keharmonian Malaysia.

Hanim Mahali said... BALAS

ada buruk ada baik.... sama-sama je la kita tunggu apa hasilnya nanti...

nabebots said... BALAS

kalo itu yg dituntut okey...tp kalo mase perarakan tuh ader yg wat kacau,wat kerosakan harta awam..sape yg rugi kt situ..duit rakyat gak dowg kuarkn nti...mkin byk cmpur tgn ...ingat kuasa kter ape sbgai pengundi..dr situ leh ubahkan ape yg kiter rase patut ubah..gunakan sepenuhnya skarang..

Akim Iqbal said... BALAS

baik kau join BERISI ! Join jom..

http://makan-dalam.blogspot.com/2011/07/berisi-210-part-2.html

Pisyek K said... BALAS

UBAH SEKARANG! AWAS, PRU13 DI HADAPAN!

Amaran dari PETRONAS kepada pemegang biasiswa!

.:: Ibnu Fuad ::. said... BALAS

tapi kan, depa dah cncel perarakan? kan dh runding ngan sultan untuk buat dalam stadium ja? adoi..

Geng Borak said... BALAS

@.:: Ibnu Fuad ::.

runding dengan agong dah.. tunggu stadium mana aje.. baik dengar
Lagu BERSIH yang telah di BANNED!

Shahidah said... BALAS

haha . . lawak aja dgr pasal ni . tak habis2 . . yg BN dok larang . . ni semua sbb nk raih undi ni yob ! ndak ade sbb lain dah . masing2 nk burukkn masing2 ! apa kata tegakkan je sistem Islam . bereh ! :)

Mus said... BALAS

sebaiknya kita elakkan..

Jerry said... BALAS

ai..nk pergi ke xnk.. nk pergi ke xnk..


Informasi terkini dan sensasi

cik bihah said... BALAS

tuntutan tue mmglah baik tp perarakan, demostrasi semua nie tak elok.. alangkan kat sekolah pon anak murid yg bpe kerat pon cikgu kadang2 tak terkawal lgkan beribu cmnie mampu ke nak dikawal setiap manusia ada mcm2 perangai..semua nie merugikan je kalau cnth mcm nie byk kedai tutup peniagaa xdapat dijalankan, kalau ada kejadian x elok media luar sntiasa nak cr keburukan kite.. itulah pendapatnye.. apa pon kite semua kene bersatu amik yg jernih buang yg keruh..

letihlaa said... BALAS

Apakebendanya perjuangan Bersih ni perjuangan yang positif? Semua tuntutan oleh Bersih telah dijawab. Janganlah anda (terutamanya yang Melayu tuu) jadi pendek akal. Kepada yang nak pergi demo tu, sila jawab persoalan di bawah ni satu-persatu, lepas tu baru fikir balik, perlu ke tak perlu nak pergi demo yang takde faedah tu.


Tuntutan Bersih:

1 Bersihkan Senarai Undi


a Daftar pemilih dilakukan oleh pemilih
b Daftar pemilih dipamerkan di tempat umum, tiada bantahan baru diwartakan
c Sekiranya ada bantahan selepas pewartaan, diadakan perbicaraan terbuka, orang yang dituduh sebagai 'hantu' akan dipanggil membela-diri.


2 Mereformasi undi pos


Ayat standard Anwar Ibrahim. Rakaman CCTV pergerakan peti undi dilakukan dari awal sampai habis. Ada bantahan, boleh rujuk SPR lagi. Tak puas hati lagi? Boleh naik mahkamah.


3 Guna dakwat kekal


Ini idea pelik Tun Dol Badawi dulu yang di-recycle oleh Ambiga. Peruntukan undang-undang kata tidak boleh halang pengundi untuk mengundi. Katakan pengundi tangan dia tertumpah dakwat, tak sempat nak cuci, SPR nak halang kah?

Kalau ikut penjelasan seorang blogger, guna dakwat kekal ni hanya di negara-negara mundur seperti di Afghanistan dan Pakistan, di mana rakyatnya bukan semua ada IC. Kalau panggil sorang "Kadir!!!", 10 orang nama Kadir bangun. Jadi diorang pakai la dakwat kekal. Kita kat sini ada IC.

SPR pun dah buat cadangan nak guna sistem biometrik untuk buat pengesahan selain guna IC, ni untuk pilihanraya akan datang laa.


4 Minima kempen 21 hari


Ini kerja gila kempen 21 hari. Kat negara jiran siap ada cooling-off period lagi.

Apa nak cerita kempen lama-lama? Yang selama 5 tahun tu tak cukup lagi ka? Kempen dalam ertikata sebenar adalah bagi wakil rakyat tu buat kerja selama 5 tahun jadi wakil rakyat. Bukan dalam 21 hari boleh kawtim rakyat.


5 Akses media yang bebas dan adil


Malaysiakini, MalaysianInsider, SelangorKini, Harakah, selama ni ada bagi coverage baik kah untuk kem lawan? Cakap dulang paku sepih, mengata orang sendiri yang lebih.


6 Kukuhkan institusi awam


Apa benda ni? Kerja SPR ke? Setakat nak meramaikan senarai tuntutan sahaja kot?


7 Hentikan rasuah

Kerja SPR ke SPRM? Sah hanya nak bagi nampak tuntutan panjang sikit


8 Hentikan politik kotor


Kalau siapa makan cili, dia sendiri laa rasa pedas. Terfikir laa jugak saya, kalau lah UMNO tu benci sangat dengan Nik Aziz ke, Lim Kit Siang ke, kenapa diorang tak keluarkan video seks Nik Aziz atau Lim Kit Siang? Jawapan saya mudah saja - sebab memang diorang tak buat benda tak senonoh tu. Tu saja.