Thursday, July 7, 2011

Respon Pihak KFC Berkenaan Isu Video Kotor Pekerjanya

pekerja kfc kotor, ayam tapak kasut kfc, video pekerja kfc biadap, video tapak kasut pekerja kfc, pekerja kfc biadap, gambar kfc, kentucky fried chicken, kfc malaysia, kfc sedap, ayam kfc sedap, snack plate, kfc kotor, kfc haram, ayam kfc sembelih, kfc halal, video biadap pekerja kfc, pekerja kfc lawa, make up pekerja kfc, mekap pekerja kfc, iklan kfc, vouncher kfc, free print voucher kfc,kentang kfc, maskot kfc, ayam maskot kfc , muhammad alwi kfc, pengarah operasi kfc, bos kfc malaysia, video rasmi kfc, boikot kfc

Masih ingat tentang video biadab pekerja KFC pada entry yang lepas?
Rujuk sini: Video Panas Pekerja KFC Letak Ayam Di Tapak Kasut

Seperti yang dijangka, ramai yang marah dan bengang dengan isu tersebut.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila ada sebuah lagi video yang memaparkan pekerja KFC yang memerah air kotor ke dalam tempat menggoreng ayam tersebar.
Video asal yang telah diupload pada tahun 2009 ini sudah dipadam, namun sudah ramai yang copy video tersebut dan memuat naik di Youtube dan juga Facebook.
Berikut adalah video yang dimaksudkan.



Setelah pelbagai isu yang kurang enak yang tersebar berkenaan Restoren KFC,
Pengarah Operasi KFC Malaysia sendiri, En. Mohammad Alwi, telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.


Berikut adalah situasi sebenar berkenaan isu video tersebut:
Pada Oktober 2010, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut.

Pihak KFC telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Siasatan dalam juga dibuat bagi mengenal pasti individu yang terbabit.
Individu yang terdapat dalam video tersebut sudah tidak bekerja di KFC lagi.
Pada 25 Jun baru-baru ini, klip video tersebut telah dimuat naik di halaman Youtube.


Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh KFC selepas tersebarnya video tersebut pada Oktober 2010 adalah:
  • Memasang kamera CCTV di bahagian dapur KFC
  • Mengubah struktur organisasi di bahagian dapur
  • Sentiasa mengkaji semula pengambilan & struktur latihan pekerja KFC
*Maklumat lebih lanjut: Fanpage KFC di Facebook


Walaupun pihak KFC telah memohon maaf secara terbuka berkenaan isu video tersebut, namun masih ramai yang tidak berpuas hati.
Malah, ada yang mengambil keputusan untuk 'memboikot seketika' KFC.
Itulah padahnya. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Tetapi, jangan pula kita yakin restoran-restoran lain selain KFC semuanya selamat dan bersih.
Mungkin lebih teruk daripada ini, tetapi masih terselamat kerana tiada bahan bukti yang kukuh seperti gambar dan juga video.
Ala...senang cerita, restoran Mamak yang kita selalu lepak malam-malam, yakin ke bersih?
Jadi, tepuk dada, tanyalah selera.




p/s: Apa pendapat anda tentang isu video panas KFC ini? Masih berminat nak makan di sana?

18 comments!:

dak eina said... BALAS

entah la pasni buleh telan lagi ke tak kfc nie T__T

Pisyek K said... BALAS

Aku lagi suka Keny!!!!

Jom join Contest: Lompat-Lompatlah Hoi Pisyek!

Fira hilwa said... BALAS

tbe2 mcm xnk mkn KFC dh. tp korg yakin ke pekerja McD, Pizza Hut, Nando's & etc xbt cmni? haaa...

istikharah cinta

azwa amani said... BALAS

amani makan jer kfc aritu... huhuhu

mcm ni lah said... BALAS

euww goliden

Unknown said... BALAS

alamak..kat sni ade kfc je..cne ni..

Hikayat Lili Mati ketika Bersalin

Anonymous said... BALAS

betui punya barua ..parpu sunggu lah dapat kat aku mampoih aku ligan sekoq2

CeritaSekupang said... BALAS

asal nak kena kutuk kedai mamak?

Proud Mommy said... BALAS

hilang selera nak makan akt kfc lagik :(

sYafIk-wAy said... BALAS

apa pun tak bole

miss senyum said... BALAS

exactly! if bukan KFC and kedai mamak pun tmpt mkn kat luar sana pn belum tentu bersih lg. semoga rakyat Malaysia bersih sentiasa :)

Hudalatip said... BALAS

pokok pangkalnya diri sendiri, i mmg tak nengok video tu..doa yang baik2 saja, kalau nak betul2 bersih, makan kat umah je..:)

Elie Lily said... BALAS

masak sendiri di rumah lebih meyakinkan! :)

Solihin Zubir said... BALAS

rasa loya tekak nk mkn kfc pasni..
tp betul jugak..
itu yg kantoi dpt kita nmpk n dpt tau..
ntah restoran lain lg dahsyat pun kita xtau..
so, better mkn kt rumah je.. heheh..

Kekunci Merah said... BALAS

xper... xsuka mkn kepsi pun.huhu

eZmALiZa said... BALAS

sumpah geli gilaa!! masak sendiri lagi bagus kannn =D pengajarannn......

Cik Amni said... BALAS

kesian plak KFC.. dah lama kot.. rasanya mcm tak yah la ungkit lagi.. mesti dorg dah buat tindakan kat atas org tu,.. hemm... jangan kerana kita, periuk nasi orang tertutup.. huhu

safwan seth said... BALAS

Al-bayan ade lalat mati dlm makanan,,,geli dowhh