Tuesday, July 5, 2011

Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) Musim Kedua - Saksikannya Di TV9!

halaqah sentuhan qalbu, tv9, esq, rancangan esq di tv, esq malaysia, sharing esq, Ahmad Noor Sulaiman, ary ginanjar agustian, firdaus djamaris, Azharidzuan Abu Bakar, pelajar uniten, gambar uniten bangi, esq di uniten, hsq, halaqah sentuhan qalbu musim 2, live streaming halaqah sentuhan qalbu, video halaqah sentuhan qalbu tv9
Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) - Musim Kedua

Malam ini, akan disiarkan sebuah rancangan yang amat menarik, iaitu Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) yang sudah masuk musim kedua.
Ianya akan disiarkan setiap Selasa menerusi TV9 mulai jam 10 malam sehingga 11 malam, bermula malam ini.


Bagi yang tidak tahu, rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu adalah sebuah rancangan hasil kerjasama antara ESQ Leadership Centre & Media Prima TV9.
Ianya berkonsepkan spiritual interaktif dan menyentuh permasalahan hidup dengan penyelesaian berasaskan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan.
Menerusi tema "Nota Kehidupan" bagi HSQ musim yang kedua ini, mereka telah menjemput 13 responden yang berani untuk berkongsi kisah silam mereka selama 13 episod.
  • Antaranya adalah kisah seorang suri rumahtangga yang bergelar ibu yang mempunyai 2 karakter.
  • Dek pernah didera ketika kecil oelh ibunya, maka beliau tidak pernah mengenali erti kasih sayang.
  • Sehinggakan apabila beliau sudah berkahwin dan mendapat anak, peristiwa silam itu terus membayanginya dan membuatkan dia melakukan perkara yang sama terhadap anaknya.
  • Sehingga merasakan dirinya wujud dua sifat yang berlainan iaitu sifat ibunya dan dirinya sehingga menimbulkan konflik jiwa yang sukar bagi dirinya untuk mencari jalan keluar.

  • Selain itu, ada juga kisah mengenai seorang pelajar IPTA yang bijak tetapi tidak mahu berkongsi kebijaksanaa yang diberi oleh Allah SWT kepada orang lain.
  • Sikapnya itu tidak disenangi oleh sahabat-sahabatnya yang lain.
  • Namun suatu hari, beliau tersedar dengan kesilapannya sendiri dan berasa amat bersalah.
  • Sejak mendapat hidayah untuk berkongsi segala kelebihan yang ada bersama orang lain, beliau kini menjadi seorang yang berjaya dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif diusia semuda 23 tahun.
  • Pelajar yang dimaksudkan adalah Mohd Nurul Imran Koyube, iaitu Presiden iLuvIslam sendiri.
Sumber: Budiey.com

halaqah sentuhan qalbu, tv9, esq, rancangan esq di tv, esq malaysia, sharing esq, Ahmad Noor Sulaiman, ary ginanjar agustian, firdaus djamaris, Azharidzuan Abu Bakar, pelajar uniten, gambar uniten bangi, esq di uniten, hsq, halaqah sentuhan qalbu musim 2, live streaming halaqah sentuhan qalbu, video halaqah sentuhan qalbu tv9

Bagi HSQ musim yang kedua ini, ia masih mengekalkan Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman selalu pengacara HSQ,
dan ia turut mengekalkan konsep menampilkan seorang ahli panel dan jurulatih kecerdasan emosi dan spiritual dari ESQ Leadership Training Centre.


Dan bagi episod malam ini (5 Julai 2011), HSQ akan membawa tajuk "Litar Taubatku".
Berikut adalah video promo HSQ-Litar Taubatku.


Lelaki dalam video ini adalah sahabatku sendiri, iaitu saudara Azharidzuan Abu Bakar, pelajar UNITEN.
Memang aku akui, beliau cukup banyak berubah.
Daripada awal-awal aku kenal dia, memang tidak sangka yang beliau adalah bekas Mat Rempit dulu.

halaqah sentuhan qalbu, tv9, esq, rancangan esq di tv, esq malaysia, sharing esq, Ahmad Noor Sulaiman, ary ginanjar agustian, firdaus djamaris, Azharidzuan Abu Bakar, pelajar uniten, gambar uniten bangi, esq di uniten, hsq, halaqah sentuhan qalbu musim 2, live streaming halaqah sentuhan qalbu, video halaqah sentuhan qalbu tv9, maulidur rasul ats esq, sambutan maulidur rasul esq


Jadi, jangan lupa untuk saksikan Halaqah Sentuhan Qalbu pada malam ini!
Memang sebuah rancangan yang pasti meruntun jiwa anda!

Untuk maklumat lanjut berkenaan HSQ, boleh klik sini:


p/s: Siapa sini dah tengok Halaqah Sentuhan Qalbu yang musim PERTAMA? Best kan?

2 comments!:

ProfHariz said... BALAS

Suka tengok halaqah sentuhan kalbu nie.. Dan tak sabar nak tengok kejap lagi :)

amiera said... BALAS

miera tengah tengok kat TV9 ni..