Tarikh: 12 Jun 2011Sejak jam 11 pagi lagi, aku dah si Fadil a.k.a Penyu, iaitu orang kuat Blogger Perak sudah sampai di Jaya Jusco, Ipoh daripada Manjung dan UTP.
Tempat: Jaya Jusco, Kinta City
Jam: 11 pagi - 6 petang
Memang pada waktu itu, masih awal.
Tapi tidak mengapa, sudah menjadi lumrah penganjur untuk datang awal daripada yang lain bukan?
Oh ya! Terima kasih kepada Atiqa, tokey Kek Lapis Sarawak kerana membelanja kami Big Apple sementara menunggu kehadiran blogger-blogger lain.
Sebenarnya, ini bukannya gathering blogger pun, cuma untuk lepak-lepak antara Blogger Perak.
Jangkaan awal mungkin kurang daripada 10 orang yang akan datang, kerana plan ni pun pada saat-saat akhir, sehari sebelum event.
Tapi tak sangka, ramai juga yang datang.
Hampir 20 orang blogger juga yang hadir untuk event Blogger Perak pada hari ini.
Antara blogger yang hadir:
http://www.admiralhafiz.com
http://penyuagar.blogspot.com
http://reezluv.com/
http://daridirinisa.blogspot.com
http://tebakoo.blogspot.com
http://munalifestory.blogspot.com
http://ruzzezanie.blogspot.com/
http://eyyahazel.blogspot.com/
http://www.ieyra.com/
http://www.akufakhrul.com/
http://master-lock94.blogspot.com/
http://hanya-ilusi-tinta.blogspot.com/
* Banyak lagi yang aku tak sempat nak tulis.
Jadi, bagi yang tidak tersenarai, silalah beritahu eh.
Aktiviti yang berikutnya adalah perlawanan bowling antara blogger.
Rasanya, ini boleh jadi 'Aktiviti Wajib' para blogger setiap kali berkumpul di shopping2 complex kan?
Tapi macam biasalah. Setiap kali lawan, mesti akan ada Juara Longkang bukan?
Selepas penat bermain bowling, maka masuklah waktu untuk makan.
Alhamdulillah...walaupun agak ramai pelanggan di KFC, tapi kami berjaya juga mendapatkan meja untuk semua blogger yang hadir.
Dan sewaktu sesi makan-makan inilah juga diadakan sesi pengenalan sesama blogger.
Setelah selesai makan, memandangkan hari masih awal, jadi aktiviti kami yang seterusnya adalah karaoke.
Rasanya ini adalah aktiviti paling seronok untuk perjumpaan kali ini.
Tak kisah suara sedap ke tidak, yang penting puas. Yeah!
Oh ya. Terima kasih kepada Ruzz Ezanie kerana belanja kami karaoke di Bilik VIP. Haha
Aku & Faiz sedang menyanyikan lagu Exist (Masih Terserlah Ayumu)
"....Sayang, bukannya sehari dua,
percintaan kita ini,
janji pun sudah dipatri...."
*Cis, macam gay pulak duet lagu ni.
Setelah sejam berkaraoke, memandangkan hari sudah lewat, maka bersurailah event Lepak-lepak Bersama Blogger Perak pada kali ini.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir.
Ada yang sanggup datang daripada jauh, Taiping semata-mata untuk event ini.
Semoga ikatan persahabatan antara kita dalam Blogger Perak sentiasa kukuh dan berkekalan.
InsyaAllah..amin...
Update: InsyaAllah selepas ini akan diadakan pula gathering Blogger Perak di Taiping.
Masa & Tempat akan diberitahu kelak.
*Klik sini untuk sertai Group Blogger Perak.
p/s: Sapa nak join pergi Gathering Blogger Perak di Taiping? Jommmmmm!!!
21 comments!:
kalaulah dapat join korang...waaa
woaahhh,cam best jekk
nama ai salah sepeling ye you. HAHA
bagus la #retis ni update pasal ni...
retis dah update dah pasal mende ni...
weyhh
salah kan si pemilih lagu
hahahahahahah :)
donut big apple..sodap nye...
kenapa tak kata nak karaoke?
mesti akak turun punya..
:D
maaf yer.. esok dah nak mula sekolah.. kaum ibu mulalah menyibukkan diri..
kalau ada kelapangan len kali kita bertemu lagi..
Jusco ni byk kenangan. tmpt kantoi ngan warden time fly tgk wayang X-Men 1st2 dulu. huhu
syook laaaa kome =='
Bab-bab ade gambar ni, yang paling aku malas update tau. Hahaha.
ohya, upload video memalukan ice breaking kita pulak. Kahkahkah!
aku nmpk aku cntik bertudg merah! leh x aku komen yg tu je?hahaha
:: xrugi pun blanje pasal sesame njoy kn..
Taiping? Bila T_T
bestnyer..next time nak joinla...info me yer? hehe..
Memang best pun , berbaloi datang dari Taiping .
waah....cm mnarik..pasni nk join lah..:P
naseb takde gambar gua. :)
wahh !! blogger perak.. blh join nanti ..
ceh, time aku x datang la penyu nak blanja makan. aku lempang gak karang sekor2. :P
Entri terkini: Comodo Dragon lebih privasi!
jeles ^^
saya nak join bagaimana caranya:))
Post a Comment