Thursday, May 19, 2011

Widget Followers Blogger Hilang - Kenapa Blogger Harus Mengeluh?


Mungkin sudah ramai yang perasan, tapi masih ada yang belum sedar akan hal ini.
Cuba perhatikan kepada widget followers blogger di semua blog.
Bukan sahaja bagi pengguna Blogspot, tapi begitu juga dengan pengguna Wordpress yang menggunakan Google Friend Connect.
Pasti anda perasan yang widget tersebut hilang dan mengalami sedikit masalah bukan?

Ramai yang mengeluh, cuak dan risau dengan hal ni.
Rasanya baru minggu lepas blogspot down dan mengalami masalah.
Kini muncul lagi satu masalah yang baru...

Tapi kenapa perlu mengeluh?

1) Bilangan followers ramai , tidak menjamin sesebuah blog itu bagus & banyak traffik.
Sekarang, ramai yang menilai populariti blog berdasarkan bilangan followers.
Masa awal-awal aku berblogging dulu pun, aku fikirkan perkara yang sama.
Memang tidak dinafikan peranan yang sangat penting followers terhadap blog kita.
Tapi andai followers 1000 pun, tak semestinya kita akan dapat 1000 traffik / pageview bagi setiap entry kita.
Banyak juga blog yang aku jumpa, followers kurang 1000, tapi traffik setiap hari lebih seribu.
Dan kalau dalam pengiklanan pun, pihak pengiklan lagi tertarik dengan jumlah traffik berbanding jumlah followers. Betul tak?


2) Cuba alternatif lain dalam mempromosi blog (Facebook, Twitter, Fanpage, SEO)
Cuba check status statistik blog anda semua.
Berapa banyak referrer yang datang daripada "Dashboard blogger' (melalui followers) ?
Jangan terlalu bergantung kepada followers semata-mata.
Update blog, terus senyap dan harap traffik beribu-ribu datang ke blog kita.
Teruskan promosi di Facebook, Twitter , blogwalking dan sebagainya.
Dan kalau malas sangat nak buat semua ni, buat je entry copy paste SEO. Goyang kaki pun dapat traffik beribu kan?


3) Cari pembaca setia, bukan followers semata-mata.
Followers dan pembaca setia adalah dua benda yang sangat berbeza.
Perlu diingatkan, setiap blog memerlukan pembaca setia masing-masing.
Jangan hanya bergantung 100% kepada followers.
Sekali lagi, tak semua followers akan baca entry blog kita.
Tapi percayalah, 99% daripada pembaca setia kita akan sentiasa menunggu update daripada kita.

Cuma andaikata anda terjumpa blog-blog yang menarik , tapi tidak boleh follow akibat masalah widget followers ni.
Cubalah bookmark dahulu blog tersebut.
Dan kemudian bila semuanya sudah ok, barulah follow.

Bersabarlah. Dah namanya pun blogspot ni FREE.
Jadi bila pakai benda free, janganlah harap 100% sempurna dan mengikut semua kehendak kita.
Sedangkan hosting yang berbayar pun selalu ada problem, inikan pula blogspot yang free.
Jadi, kena pandai tanggung risiko sendiri la bila guna benda free kan?

Tapi kan...
Cuba bayangkan kalau bangun-bangun esok pagi, check kat blog.
Bilangan followers kita hilang dan kembali ke angka 0.
Macam mana reaksi anda semua?
Masih teruskan blogging atau give up terus?



*UPDATE: Widget followers telah kembali kepada sedia kala.

p/s: Apa reaksi anda kalau benda ni betul-betul berlaku?

50 comments!:

J said... BALAS


yer???????? hahahahahaaa

Entri Terbaruu : Aksi hebat, fast 5 best!!

Abu Zafran said... BALAS

yer..saya sokong....apa yang dikatakan tu....

jom sertai
Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda"

Unknown said... BALAS

no hal tu , lepas ni aku tak letak widget , letak gambar je yang follower aku ada 20 000 ... tekan button follow tak berfungsi sbb tu cuma gmbr ... haha

Halusinasi said... BALAS

kalau dah jd macam tu, teruskan blogging... tak ada masalah, sbb Blogspot tu free. ^^

♥nyeto89♥ said... BALAS

tak da beza pun widget follower hilang atau x..kan ada alternatif lain. senyummmmmmmmm :D

suha said... BALAS

erk hilang sume sahabat cik suha?huhu sedih..tapi takpe,dorang leh cari cik suha di komen2 dorang hehe insyAllah ada (^_^)

erk nak x jd sahabat sy?kalo nak,terjahlah..tp cik suha ni tah pape sket hikhik
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/05/segmen-jom-jadi-loser-terhebat-bersama.html

Ask said... BALAS

Salam..
Aku pun perasan benda nie petang tadi..
Dah ramai2 blogger bising n kecoh pasal benda nie..
Tapi kena relaks la, mungkin blogspot ada masalah teknikal.. entah lah..
Kalau betol lah tiba2 follower jadi kosong.. Tdk kisah.. Haha~ Teruskan berblogging.. Ini semua dari usaha dan minat.. =)

Fea Sakura said... BALAS

Ta sure na kisah or not coz mcm rmai stalkers drpd followers..
U know what I mean..
Just back to the main point, blogging just to learn to share for me bkn na lwn followers sape plg ramai.. (=,=")

ZefFrost said... BALAS

Tips yang bagus bro admiral...

Ibu Ammar said... BALAS

tapi kat dashboard masih ada list blog yang difollow. so no hal kott

Awjan said... BALAS

teruskan je la berblogging kekekke :D followers tak penting mane.

Unknown said... BALAS

mmg la aku tak perasan
takde button followers pon
=.="

Anonymous said... BALAS

Great post.. Aku blogging pun ikut suka.. U really wake me up.. salute to you

Jom Masak Channel said... BALAS

apa yang hilang? aku tak pasan apa2 yg hilang pon.

Unknown said... BALAS

setuju sgt2 dgn pendapat bro. mmg follower ni xmenjamin trafik dtg sgt pon. cuma sdp mata memandang dan utk menampakkan blog tu mcm mendapat sambutan ramai je kalau follower byk.

shah mohamad said... BALAS

2-3 hari lepas mmg xde...
tp td tgk balik...ade plak...

tgk mule2 ade data follower lame...tp tgk balik lepas tu...as u said 0 followers...haha mcm2

pening2...name pun free~~~terbaik!!

misz aisya said... BALAS

benda ni jadi kat aku dah seminggu lebih kot..aku frust sbb bilangan followers aku statik je..ye, aku sedih sbb mcm xde lngsung harapan..haha ayat sadis

tapi, lama2 pikir, aku taknak give up. sbb, yg rajin komen aku bukanlah followers..aku yakin, kalau aku bgi yg terbaik, mesti ada yg nak follow.

rasa susah dulu barulah puas masa dah sng nanti kan..

FIFIEY LYCHEE MARATION said... BALAS

ohh, blog makin banyak mslh. apapun, enjoy writing je lah kn? as long as kita ikhlas menulis, pasti tetap ada pengunjungnya tersendiri:)

izwanyusof said... BALAS

dah tak pakai lama dah GFC lepas prob dulu.. pakai fan page FB je senang.. orang tekan LIKE sekali je..

Admiral Hafiz said... BALAS

@jackieKOH yerrrrrrrrrrr

Admiral Hafiz said... BALAS

@Chegu Zubir thanks

Admiral Hafiz said... BALAS

@!! Kodet !! haha
tu menipu diri sendiri namanya

Admiral Hafiz said... BALAS

@Halusinasi taw pn
nk best2
tukarla hosting yg berbayar

Admiral Hafiz said... BALAS

@♥yaya budak suka embun♥ bykkn promot blog
insyaAllah ramai yg dtg

Admiral Hafiz said... BALAS

@suha hehe
insyaAllah
thanks singgah

Admiral Hafiz said... BALAS

@Ask niat berblogging tu penting
klu mmg buat blog semata2 nk cri followers
xtaw nk ckp pe dah

Admiral Hafiz said... BALAS

@Sakura~chan niat tu yg penting

Admiral Hafiz said... BALAS

@ZefFrost thanks ZefFrost

Admiral Hafiz said... BALAS

@Alexandriana Alia sbb 2 xyah risau

Admiral Hafiz said... BALAS

@akuNAJWA xyah kejar sgt followers ni
klu blog best
diorg yg akan dtg sndiri kt kita

Admiral Hafiz said... BALAS

@Ery Farieha ko dh femes dh ery
xyah pakai button followers pn xper
guna twitter je

Admiral Hafiz said... BALAS

@Anonymous thanks anon

Admiral Hafiz said... BALAS

@nur hidayah isa hari ni dh ok dh

Admiral Hafiz said... BALAS

@Dawa x semestinya followers byk, traffik pn byk

Admiral Hafiz said... BALAS

@shah mohamad nk yg best
pakaila hosting berbayar

Admiral Hafiz said... BALAS

@misz aisya jgn cedih2
terus tingkatkan kualiti blog
insyaAllah t ramaila yg dtg follow

Admiral Hafiz said... BALAS

@FIFIEY LYCHEE MARATION yg penting, carilah pembaca setia
tu yg terbaik

Admiral Hafiz said... BALAS

@izwanyusof btul 2
fanpage sgt penting

restu resort said... BALAS

jgn risau2..

Mek Onie said... BALAS

good point hafiz ! meaw sokong tu, followers ramai pon bukan pageview boleh naik mendadak macam tu je, dia kena pandai menambat hati pembaca, kreatif cara kita sampaikan sesuatu bahan tu, maka ramai jugak lah yang tersangkut dengan kita..so, blogging bukan sebab follower tapi kita cuba sedaya upaya macam mana nak tarik pembaca untuk membaca hasil kita....memang susah tapi yang susah tu la kita mesti cuba ...

happy blogging ^_^

Admiral Hafiz said... BALAS

@restu resort relax2 sudah

Admiral Hafiz said... BALAS

@meaw betul 2
jadi sentiasalah tingkatkn lg mutu penulisan kita di blog

Ain Zulaikha said... BALAS

haaa tau takpe, bising kemain lagi follower hilang ya,

haha kalau orang follow pun, macam lah dia betul2 follow.. hahaha

titan said... BALAS

patutla ramai bising sangat..

Unknown said... BALAS

baru kena semalam dengan arini :/

cik azeya said... BALAS

terjun bangunan kalau jadi 0 follower. kahkah.

tade maknenye tu semua. angka semata mata. -_-

Admiral Hafiz said... BALAS

@Ain Zulaikhahehe
followers org 2 dh byk
xyah risau psl ni pn xper

Admiral Hafiz said... BALAS

@Mr Syafiqhari ni dh ok kan?

Admiral Hafiz said... BALAS

@cik azeyaamboi
smpi mcm 2 skali

Admiral Hafiz said... BALAS

@titanbiasela 2
sumer duk pakat2 kejar followers je