Sunday, May 29, 2011

Review Filem Nur Kasih The Movie

filem nur kasih, nur kasih the movie, review filem, review filem nur kasih the movie, kaki wayang, filem malaysia, filem melayu, tizz zaqyah, fizz fairuz, remy ishak, gambar nur kasih, mia sara, gambar filem nur kasih, komen filem nur kasih, tizz zaqyah gaduh dengan blogger, tiztiztiz, admiralhafiz. reviewfilem.com, kakiwayang.com, cerita nur kasih, preview nur kasih, nur kasih best , tikat nur kasih, waktu tayangan nur kasih, gambar watak nur kasihNur Kasih The Movie

Rasanya, masih belum terlewat untuk aku review filem Nur Kasih The Movie (NKTM) yang masih hangat ditayangkan di pawagam.
Sebenarnya aku tidak pernah mengikuti perkembangan siri drama Nur Kasih sebelum ini, dan tidak pernah terfikir untuk pergi menonton NKTM ini.
Tapi bila ada orang ajak, so layan sajalah kan?
Walaupun sudah lebih seminggu filem ini ditayangkan, namun panggung wayang masih lagi penuh dengan penonton, terutamanya daripada golongan 'makcik-makcik'. Haha

filem nur kasih, nur kasih the movie, review filem, review filem nur kasih the movie, kaki wayang, filem malaysia, filem melayu, tizz zaqyah, fizz fairuz, remy ishak, gambar nur kasih, mia sara, gambar filem nur kasih, komen filem nur kasih, tizz zaqyah gaduh dengan blogger, tiztiztiz, admiralhafiz. reviewfilem.com, kakiwayang.com, cerita nur kasih, preview nur kasih, nur kasih best , tikat nur kasih, waktu tayangan nur kasih, gambar watak nur kasihJangan tanya berapa harga tiket Nur Kasih The Movie aku

Berikut adalah sinopsis Nur Kasih The Movie ini:

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam (Remy Ishak) tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur (Tiz Zaqyah) meninggal akibat keguguran.

Manakala Aidil (Fizz Fairuz) pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.


Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Itulah yang bakal terungkap dalam Nur Kasih The Movie.

Secara jujur, filem arahan Kabir Bhatia ini memang cukup berbaloi untuk ditonton.
Sinematografinya sangat menakjubkan dan secara jujur, bermula saja filem NKTM ini, aku sudah mula tergamam.
Cukup terpukau dengan permandangan kawasan kampung dan Jordan yang menjadi lokasi pengambaran utama filem NKTM.
Musik latar dalam filem ini juga harus diberi pujian. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang menitiskan air mata sepanjang menonton filem ini.


filem nur kasih, nur kasih the movie, review filem, review filem nur kasih the movie, kaki wayang, filem malaysia, filem melayu, tizz zaqyah, fizz fairuz, remy ishak, gambar nur kasih, mia sara, gambar filem nur kasih, komen filem nur kasih, tizz zaqyah gaduh dengan blogger, tiztiztiz, admiralhafiz. reviewfilem.com, kakiwayang.com, cerita nur kasih, preview nur kasih, nur kasih best , tikat nur kasih, waktu tayangan nur kasih, gambar watak nur kasihMia Sara - Antara penyeri filem Nur Kasih The Movie ini

Namun, ada juga kekurangan mengenai filem NKTM ini.

CGI Effect sewaktu kemalangan kereta api
Secara jujur, CGI effect dalam filem NKTM ini biasa-biasa saja. Paling ketara semasa babak lelaki yang terbakar selepas kemalangan tersebut. Tapi takperlah kot. Bukan filem aksi yang dicari. Tapi kalau ditiadakan babak lelaki terbakar tu lagi bagus.

Jalan cerita yang agak tergesa-gesa
Mungkin, tempoh dek kerana tempohnya filem 1 jam setengah, belum cukup untuk menceritakan cerita hidup Adam, Aidil & Nur.

Babak yang agak tidak kena (bagi aku)
Seperti ketika ibu Adam melawatnya yang sedang tenat di hospital.
Dialog yang diungkapkan oleh ibunya kepada Adam seolah-olah beliau tahu anaknya akan mati.
Rasanya jarang bila melawat orang sedang sakit, berkata sedemikian rupa kepada pesakit walaupun jika terlalu sedih sekalipun.
Selain itu, watak isteri Aidil yang dimatikan begitu sahaja kerana dilanggar kereta apabila teruja melihat layang-layang. Haha...yang ni pun macam kelakar je.

Ending yang kurang menarik.
Entahlah. Mungkin dek kerana terlalu banyak flashback (imbas kembali), ending filem ini agak mengelirukan.
Aku rasa dalam banyak-banyak scene dalam filem ni, scene ketika Adam, Aidil & Nur bila dah tua la scene yang aku paling rasa tak best.
Mungkin, memang pengarah taknak ada sambungan NKTM 2 kot, jadi dia terus 'tua'kan diorang. Kan?

Ini cuma pandangan peribadi aku sahaja. Lain orang, lain pendapat kan?
Apa-apapun, tidak aku nafikan NKTM adalah sebuah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton.
Rasanya apa yang aku fikirkan tentang filem Nur Kasih ini sebelum menontonnya (seperti ia filem jiwang yang membosankan) adalah meleset sama sekali.
Tak kiralah sama ada kita pernah mengikuti drama Nur Kasih sebelum ini, ataupun tidak.
Kerana jalan ceritanya yang cukup mudah untuk difahami, terutamanya kepada yang baru pertama kali mengenal watak-watak pelakon drama Nur Kasih.
Banyak nilai-nilai dan pengajaran yang baik yang boleh diambil daripada filem ini.
Jadi, bawalah keluarga menonton. InsyaAllah berbaloi.


Rating: 4 / 5 Bintang.



p/s: Mesti ramai yang dah tengok filem ni kan? Amacam?

46 comments!:

J said... BALAS


tgok x ajak!!! hahahaa

Entri Terbaruu : Orang cakap aku hensem? errr!!

Anonymous said... BALAS

setuju2!!Nur Amina bila dah tua tak best langsung..kitorg ramai prefer kalau Nur Amina,Aidil ngan Adam yang sebenar di"tua"kan..bukan amek pelakon tua..weee..

love peace no war..(^__~)V

bidadariMu said... BALAS

yang pastinyeee nur kasih the movie bessssss, sy balik je terus download lagu die hehe

Areyoudys said... BALAS

as salam..


▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄

betul. masih klise bagi pakcik. apa2 pun, tahniah buat mereka yang telah menjayakan pengambaran filem ni. =)

cuma nak tanya..

apa yang menyebabkan perempuan menangis? perlukan bantuan~

terima kasih..huhu~ =)

kechixx said... BALAS

nak tengok tapi tak sempat lagi...;)

ameer said... BALAS

weyh asal tiket ko RM 0.00?? haha

~syue syada~ said... BALAS

kalau org yg dah slalu tgk siri sebelumnya, mula2 tgk je dah feelng tau.. sbb da tau jalan crita sblum ni..

tp utk org yg x penah tgk, mmg bole keliru dgn jalan cite..sbg contoh, kwn lai saye bole tido lah pulak msa awl2 cte..hampeh betol.hehehe

watak tua tu, memg x kena lgsung.. nur tu dah nyanyuk ke mcm x knal anak sedara sndiri ? hehehe

kuyam said... BALAS

ha ah..setuju dgn semua komen di ats..lg2 part yg jln crita yg agak tgesa2...xsempat nk kuar air mata utk 1 scene,dh msk scene sedih yg len..adehhh

illianiAriffin said... BALAS

walaupun terlibat, still awak dapat bagi review yang baik ttg filem NKTM kan?

Pastu bile die tunjuk 7 wonders of the world mmg membuatkan kita rasa nak melancong kan? nak tgk keindahan negara luar tu.

saya terpikat dgn NKTM sjak drama lg sebab die nye cinematography yg ditonjolkan tu.

NuruL SyuhadaH said... BALAS

da tgk da jugak.. bese2 je kn..cmpare wif the drama..drama ag best..huhu

suha said... BALAS

cik suha pon bukan kaki nurkasih (^_^)

dulu tngok de series 2 pon sbb gambar die cntik hehehe

hamzah ian said... BALAS

xtau nape.. tp aku rase kurang best ah.. hehe

maybe sbb aku laki kot..

Nazrul Ashraff said... BALAS

x tengok pun agy.. aiyaaa..

Yaya Azura said... BALAS

4/5 bintang..ok la tu..hikhik..yaya sendiri pun tak tengok lagi..


follow sini .. 2061

syakay said... BALAS

dah tengok.bes tapi mungkin terlebih sedih sikit cerita ni.tahla

capt. keon alhan said... BALAS

mmg trngin nk tgk cter ni...tp wktu yg crta ni kluar kat pawagam turn boys outing...kalau tak dah g tgk dah...boys yg kluar sume kata nak gi tgk cter ni...rsenye akn ada kot dvd even dlm iklan ckp hnya di pawagam...~hoping~

chck out my new entry:
yupp...aku budak choral

blog-tips-kurus said... BALAS

elok la tak de part 2 sebab kalau ada pon selalunya mengecewakan..

Admiral Hafiz said... BALAS

@jackieKOHjom2

Admiral Hafiz said... BALAS

@sawangpinkymmg betul2 spoil la part 2

Admiral Hafiz said... BALAS

@hani raihansemangat!!!
haha

Admiral Hafiz said... BALAS

@... haha
thanks

Admiral Hafiz said... BALAS

@kechixx rugi woo klu x tgk

Admiral Hafiz said... BALAS

@ameer kan aku ckp
jgn tnye
haha

Admiral Hafiz said... BALAS

@~syue~yeke? sy tgk ok je
mmg part last tu pelik skit
xbest

Admiral Hafiz said... BALAS

@~kuyam~wah
cik kuyam pn layan jugak eh

Admiral Hafiz said... BALAS

@illianiAriffinhehe
taw xper
mmg cantik2 tempat dia 2

Admiral Hafiz said... BALAS

@NuruL SyuhadaHxpnh tgk drama
so xtaw mcm mne

Admiral Hafiz said... BALAS

@suha ok la
drpd sy xpnh tgk pn drama dia

Admiral Hafiz said... BALAS

@hamzah ianataupun sbb ada norman hakim kot?haha

Admiral Hafiz said... BALAS

@YAYA AZURA hehe try la g tgk
berbaloi

Admiral Hafiz said... BALAS

@nazrugi woo x tgk lg

Admiral Hafiz said... BALAS

@syakayagakla..mmg sedeh sgt

Admiral Hafiz said... BALAS

@khairunnisa ar alhan yeke
ciannye
xper2
t tryla tgk k
rugi sgt klu x tgk

Admiral Hafiz said... BALAS

@blog-tips-kurushaha
betul 2

Fariehan Ibrahim said... BALAS

4/5? not bad. :D

Anonymous said... BALAS

lagi Melayu yang suka guna short form. Perkataan yang sudah pun pendek, dipendekkan lagi. Misalnya perkataan TAK kepada X. Apala nak jadi dengan bangsa melayu ni. Tak serius! Tulis pun nak main2, dan bercakap pun nak main2. Buat suara cute la apa la. Mentaliti perlu ubah! Aku penggemar blog bahasa Mat Salleh dan tak pernah satu pun aku lihat dia orang suka buat short form ayat mereka. Jadi kita kena belajar cara penyampaian yang lebih baik. Ini membuktikan tahap intelek orang Melayu kita.

Sekadar hadir untuk buat survey bagi blog aku. Terima kasih kerana tak benarkan comment aku disiarkan :-) Aku faham.

Bagi komen film Nur Kasih ni. Aku belum tengok. Tapi aku tak suka pelakon yang aku sebelum ni tengok dia tak pakai tudung, tiba2 pakai tudung. Macam munafik saja, walaupun sekadar berlakon. Kita ni Melayu nak ikut sangat drama2 dari Indonesia yang banyak mengisarkan keagamaan. Tapi hingga ke hari ini, masih TIDAK mampu mencapai tahap keberkesanan drama/filem mereka.

Kita tak kreatif dan ketandusan ide. Sekian, wassalaam.

ariz said... BALAS

scene yang pasal mak dia tu, kena tgk drama. sebab katsitu baru faham naper mak diacakap macam tu...

Yatie Musa said... BALAS

boleh tahan la best.. tp tula bnyk sngt flashback kan. hehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@Anonymous haha
siapa cakap komen ni tak disiarkan?

thanks anon
betul juga apa yang dikatakan tu
tambah2 part shortform

sekali lagi, thanks ya

Admiral Hafiz said... BALAS

@ariz owh yeke?
baru tahu..

Admiral Hafiz said... BALAS

@FariehanIbrahim [LBC] sangat berbaloi

Admiral Hafiz said... BALAS

@Pinky Pixie aah
tapi still seronok untuk tengok filem ni

TuTi Tweet said... BALAS

sebelum aku p tgk cite ni,kwn aku ckp cite ni best giler...sempat suh aku bawa tisu lagi,katanya sedih..k\aku punya la pujuk my hubby p tgk sekali...konon2 nk layan la feeling, sekali tgk aduiysss x best pun...x sedih langsung..huhu..tu yg mngecewakan aku...smpat lgi my hubby ketawakan aku...adusyyyhhh!!!

Admiral Hafiz said... BALAS

@HATIKU CUN hehe
lain org lain taste

reezluv said... BALAS

@jackieKOH

die tengok dengan kekasih hati,mana nak ajak orang lain

Shamsul Amin said... BALAS

Jemput baca my review:

http://shamsulamin.blogspot.com/2011/06/nur-kasih-dan-rakyat-malaysia-yang.html