Mungkin, selama ini kita tidak pernah ambil kisah tentang cara penyediaan makanan kita, seperti bagaimana sumber makanan tersebut diperoleh.
Asalkan nampak bersih, dan ada cop HALAL, ianya dah cukup.
Tapi percayalah. Video yang akan dipaparkan ini pasti akan membuka mata anda tentang betapa perlunya kita tahu dan waspada dengan makanan yang kita ambil.
Sebuah video dokumentari bertajuk Farm To Fridge, yang dihasilkan oleh Mercy For Animals (MFA) berdurasi selama 12 minit telah megupas tentang realiti di dalam proses penternakan dan penyediaan bahan mentah makanan yang sangat mengerikan.
Terima kasih kepada saudara Eman kerana berkongsi video ini di Facebook.
Berikut adalah video yang dimaksudkan.
Maaf jika kandungan video ini agak mengerikan dan mungkin memualkan.
Maaf jika kandungan video ini agak mengerikan dan mungkin memualkan.
Antara haiwan yang menjadi mangsa kekejaman manusia yang dipaparkan dalam video ini adalah:1) KhinzirAnak khinzir yang dihempas ke lantaiSejurus selepas dilahirkan, anak-anak khinzir dirobek testis mereka dan dipotong ekor mereka tanpa sebarang ubat bius.Khinzir yang sakit dan tidak membesar dengan sempurna akan dibunuh serta merta dengan cara melemaskan mereka dengan gas karbon dioksida.Ada juga anak-anak khinzir yang dihentak kepala mereka ke lantai semata-mata untuk membunuh mereka.Di pusat penyembelihan pula, khinzir dipukul dengan batang besi di kepala mereka, digantung secara terbalik dan dipotong leher mereka hidup-hidup.2) Pengeluaran Telur AyamParuh ayam betina yang dipotongSejurus dilahirkan, anak ayam jantan terus diasingkan daripada anak ayam betina kerana ayam jantan tidak mengeluarkan telur dan lambat untuk membesar.Anak ayam jantan tersebut terus dibunuh dengan mesin pengisar secara hidup-hidup.Ada juga yang dimatikan dengan cara dilemaskan di dalam beg plastik.Bagi anak ayam betina, untuk mengurangkan kepadatan tempat tinggal, paruh mereka dipotong sedikit dengan menggunakan besi panas ataupun laser.Ayam-ayam tersebut ditempatkan di tempat yang sangat kecil, dan mereka tidak pernah melihat sinaran matahari atau merasa udara yang segar langsung.Selepas 1 atau 2 tahun apabila pengeluaran telur ayam semakin menurun, ayam-ayam tersebut akan dilemaskan dengan gas karbon dioksida.3) Unggas (Ayam, Itik)Saiz badan ayam yang terlalu besar daripada saiz normalDengan menggunakan bahan-bahan kimia, ayam-ayam tersebut dibesarkan dengan saiz yang terlalu besar dan cepat, sehinggakan kaki mereka sendiri tidak dapat menampung berat badan mereka sendiri.Akibatnya, mereka menghidap banyak penyakit, antaranya sakit sendi yang kronik, kecacatan pada kaki, dan juga penyakit hati.Ayam-ayam yang sakit akan dipukul sehingga mati.Di pusat penyembelihan, ayam tersebut dikenakan tenaga elektik dan direndam dalam air yang sangat panas bagi melonggarkan bulu di badan.Selain itu, terdapat juga:4) Lembu & KambingAnak lembu ditumbuk-tumbuk5) Haiwan LautIkan dipukul dengan kejam secara hidup-hidup*Tontonlah video tu kalau nak tahu lebih lanjut. Tak rugi. Percayalah!
Memang agak terkejut dan sedih bila tengok haiwan-haiwan tersebut diperlakukan sedemikian rupa.
Tak dinafikan, aku hampir menitiskan air mata ketika menonton video ini.
Segala perlakuan kejam manusia dalam video ini memang tak dapat diterima langsung dek akal.
Manusia zaman sekarang semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan.
Sanggup buat apa saja demi duit.
Memang khinzir itu adalah haiwan yang haram dimakan bagi kita, tapi haram dimakan tak bermakna haram juga untuk diberikan haknya sebagai seekor binatang.
Tergamam juga bila tengok cara haiwan seperti ayam dan lembu diternak dalam video ini.
Dipisahkan dengan cahaya matahari, udara yang segar, dan pelbagai keperluan asas yang lain.
Cuba renungkan kembali, makanan daripada sumber seperti inikah yang kita pilih untuk makanan kita?
p/s: Dah tengok video ni? Ngeri kan? Apa pendapat anda?
56 comments!:
dah tgok masa Moral Studies!! hahaha
Entri Terbaru : Video Prince William mencium Kate Middleton! The Royal Wedding
Aku tak boleh tgk mende2 macam ni. nanti muntah..
dgr je pun dah muntah... hohoho...
Entri terkini: Grey Sky Morning - Hilang rasa cinta
aku tak sanggup tgk video2 gini. sbb aku rasa aku akan nangis. dulu2 ada tgk video anjing laut kena pukul berkali2 ngan manusia sbb nak dapatkan kulitnya ke ape entah, tu pun aku dah nangis.
ish...memg mengerikan..tiada ehsan langsung terhdp binatang,x sanggup nk nengok video ni smpi abis..beso je rs kpala eee....
eeeee mmg kejam!
Ya Allahhh! yuyu tak leh tengok! yuyu cepat maki :( macam nak nanges je!
dasyatnya seksa binatang cam2..dia makluk Allah jugak...dalam hukum penyembelihan pn disuruh pakai pisau yg tajam supaya x seksa binantang 2..neh pulak g seksa g2...napa la ada manusia camni...geram tgk video 2..:'(
izinkan untuk ku muntah...n nenagis
ya Allah..ksiannye...
~harap maap..x tgk vdeo tu smpai abih..huhu..seminit je snggup tgk T_T
Akak tak sanggup nak tengok sekalipun video tu tentang 'babi', sakit hati. Baca pun dah sedih...
@jackieKOH bukan yg moral studies punye video phase three ke?
@Pisyek jangan muntah depan blog aku wei
jijik tu...
@Ayeem Jemain sejak bila ko ada perasaan ni ayeem?
haha
@Al-Wardah ngeri sungguh kan?
@SaySay kalau nak taw, kaedah2 macam ni digunakan oleh hampir kesemua restoren makanan segera di US
kat malaysia xtaw lak mcm mana
@y u y u Z u l a i k h a lumrah sebagai manusia
kita masih ada sifat kasih sayang kepada makhluk lain
tp dlm video ni
manusia yg bertopengkan syaitan la 2
@murni diorg dah selalu sgt buat benda mcm 2
so diorg pun dah lali pukul2 binatang
@Taib T.I.M menangis xper
tp jangan muntah ye
ehehe
@aida xper
asalkn timbul rasa kesian dan marah terhadap pelakunya pun dh cukup
@~~zAnAfAhMi~~ even kalau babi sekalipun, diorang masih ada hak untuk hidup di bumi ni
siyes ngeri bro....!
@alif ibnu daud kongsikanla kepada teman2 yang lain eh
teringin nak tengok.. tapi xberani nak tgok. dgr pon mcm ngeri ja.. kejam betul ! haishhh -__-'
before ni pnah jgk tgk klip video lembu dimasukkan kedalm mesin kisar2 hidup2..huhu sgt zalim
xsggup dah nak tgk yg lain2..
@liya alia mmg kejam
xperla
klu x berani nk tgk
baca jela eh
@Mar yg ni lagi ngeri
sesetgh org perangai macam binatang, takde perasaan langsung. ishh geram
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
ya Allah...ape motif dieorgg nieee
kejamnyer mereka...lau binatang dah macam ni...manusia apatah lagi... =(
kenapa lah nak seksa binatang sampai macam tu. ish2. tak berperikemanusiaan langsung..
@asybedazzle 2 la
geram sgt tgk video ni
@hani raihan entahla
diorg ingt haiwan 2 xde perasaan kot
@Azimas Abdullah dunia akhir zaman
mcm2 boleh berlaku
@.m y z. entah
pelik je kan
huhuhu..cian binatg ni....klu ak la.ak wat tuan die mcm 2
pale hotak dialah.. memang takde simpati langsung.. ggrrr...
bengong orang cam ni....mental
CIK SCYa lemah ouh tgk video2 mcm ni , cyes ase nk pengsan sbb cyan sgt .
kejam sesetengah mnusia ni
ya allahh kejam gila manusia..~~!
='(
='(((
@kwn jackie haha
ape cer lubang pen kilometriko?
dh dpt jawapan?
@Khuzrin Kamarudin kejam je kan
@FIRDAUS HUSAIN ni bukan manusia
tp syaitan bertopengkan manusia
@Scya LollitA dunia akhir zaman
manusia semakin hilang sifat kemanusiaan
@Pijahh' de-Arr mmg kejam
tggula pembalasan di akhirat nnti
malas r nk tgk..ko cite pon aku dah rase lain mcm je..haha
** weyh aku bukan yg 'kwn jackie' tu la!!
errr.. takleh nak tengok.. grrrr
@ameer yeke ni bukan ko?
@cik pulau npe xleh tgk lak?
oh GOD..
siyesly sy xsuke tgok vdeo2 mcm ni..
xsnggup..
~smpai skrg i wondering, nape la ade manusia2 yg mcm ni..
huhu
@zt-zati diorg ni xlain xbukan
syaitan yang bertopengkan manusia
kejam sgt
ini keje manusia xde agama.tp last2 video ni promot jadi vege.deme xtau ke cara sembelih Islam yg paling kurang sakit+efektif utk bunuh binatang?
@Salman Hasamuddin betul 2
sembelih cara Islam jgk yang terbaik
x sanggup nk tgk sbb sure akn nangis..
@anne samalah
xsanggup nk tgk gak sbenarnya
tp terpaksa tgk
sbb nk tahu apa sbenarnya yg berlaku
tak sanggup tgk :(
@Alin cubalah tgk
menarik
Post a Comment