Friday, November 19, 2010

P. Ramlee -Seniman Agung Sepanjang Zaman


Memang tidak dinafikan, kita semua kenal P. Ramlee...
Tak kira tua dan muda, sebut saja P. Ramlee, semua pasti akan teringat filem2nya seperti Bujang Lapok, Do Re Mi, dan bermacam2 lagi
Filem2nya, dan lagu2nya sentiasa kekal dan tersemat dalam ingatan kita...
Tapi, sejauh manakah kita tahu akan kisah hidupnya?

Mungkin, kalau dilihat pada pencapaian2 filemnya, kita akan terfikir
P. Ramlee adalah seorang yang kaya raya,
Tapi, tahukah kita bahawa di saat P. Ramlee hendak menghembuskan nafas2 terakhirnya,
Beliau adalah seorang yang miskin dan papa kedana?

Oleh itu, History Channel di Astro 555 telah menerbitkan 1 dokumentari khas
terbitan Shuhaimi Baba khusus bagi menyingkap perjalanan hidup insan seni bernama P. Ramlee...
Dan ia mengambil masa 12 tahun untuk disiapkan!
Berikut, adalah Episod 1 bibliografi tersebut:


Klik sini, untuk ke:
Sedih, sebak dan terharu bila tengok dokumentari ini...
Rupa2nya, perjalanan hidup P. Ramlee begitu banyak rintangan..
Berikut, adalah fakta2 menarik yang kita perlu tahu mengenai P. Ramlee :

1) Nama penuhnya ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dan dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929.

2) Mengekalkan huruf 'P' (bagi Puteh) di awal namanya setelah beliau menggunakannya dalam pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang dan menjuarainya.

3) Berkahwin sebanyal 3 kali.
  • Pertama: Dengan Junaidah Daeng Harris pada tahun 1950. Tetapi hanya kekal selama 4 tahun.
  • Kedua: Dengan Noorizan Mohd Noor, seorang kerabat negeri Perak pada 1955, tapi tidak bertahan lama.
  • Ketiga: Dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961 dan menjadi peneman hidup susah senang bersama P. Ramlee sehingga ke akhir hayatnya.
4) Kemuncak kejayaaannya adalah ketika beliau bernaung di bawah syarikat Shaw Brothers di Singapora. P. Ramlee banyak memenangi anugerah2 hebat di peringkat antarabangsa, seperti:
  • 1956 - Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong : Skor Terbaik
  • 1957 - Festival Filem Asia ke-4 Tokyo : Pelakon Lelaki Terbaik.
  • 1958 - Festival Filem Asia ke -5 Manila : Fotografi Hitam Putih Terbaik
  • 1959 - Festival Filem Asia ke -6 Kuala Lumpur : Filem Komedi Terbaik (Pendekar Bujang Lapok)
  • 1960 - Festival Filem Asia ke -7 Tokyo : Filem Komedi Terbaik (Nujum Pak Belalang)
  • 1963 - Festival Filem Asia ke -10 Tokyo: Bakat Paling Pelbagai
  • 1964 - Festival Filem Asia ke -11 Taipei : Filem Komedi Terbaik (Madu Tiga)
  • 1965 - Festival Filem Dunia Paris : Anugerah Khas (Ibu Mertuaku)
5) Namun Lee Kuan Yew, mengarahkan Shaw Brothers ditutup kerana tidak suka mogok pakatan pekrja filem yang dianggotai oleh ramai orang Melayu.

6) Popularitinya jatuh merundum setelah kembalinya beliau ke Kuala Lumpur dan bekerja di Studio Merdeka. Peralatan filem yang agak naif dan tenaga pekerja yang kurang mahir menggelapkan impiannya untuk mencapai kejayaan yang pernah beliau kecapi dulu.

7) Pernah di boo oleh rakyat Malaysia sendiri ketika hendak menyanyi kerana ketika itu, adalah zaman muzik The Beetle, Supreme, Rolling Stone.

8) Kontraknya bersama EMI dan Studio Merdeka juga ditamatkan kerana popularitinya yang jatuh merundum.

9) Saat2 akhir hidupnya melarat, beliau sanggup menjadi hakim pertandingan bakat untuk menyara keluarganya. Dan kehidupan miskinnya berterusan sehinggalah ke akhir hayatnya.

10) Dijadualkan untuk menjawap perintah mahkamah pada hari kematiannya kerana disaman setelah menjamin seoarang rakannya.

11) Menghembuskan nafas pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

12) Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dikurniakan Bintang Kebesaran Setia Mahkota oleh Seri Paduka Bagiinda Yang di- Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
Saloma & P. Ramlee.

Serius, lepas tengok bibilografi ni, memang rasa nak nangis...
Manusia...bila ada di depan mata, tidak dipandang, malah dicemuh dan dimaki..
Tapi, bila sudah tiada, barulah dihargai dan disanjung...

Memang beliau, seorang seniman yang tiada pengganti...
Sentiasa bersemangat untuk memartabatkan ciri2 kemelayuan dan budaya Malaysia dalam semua filemnya
Filem2 sekarang, Bosnia, KL Driff la, Remp-It la...
Lebih kepada cara hidup Barat dan tidak menggambarkan budaya hidup Malaysia..
Setakat ni, sorang saja pengarah yang aku tengok membawakan ciri2 1 Malaysia dalam filemnya
Biarpun tidak sehebat P. Ramlee, namun usahanya itu ada..
Mamat Khalid
Tengok saja filem Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Estet, dan macam2 lagi
Penuh dengan semangat 1 Malaysia bukan?



Dan lepas tengok bibiliografi ni, aku semangat nak tengok filem Melayu lak.
Bukti?


p/s: Kalau bukan kita yang support filem Melayu, siapa lagi??? Jom, pecah panggung RM 40 Juta! Hahaha





72 comments!:

Lyla Ibrahim said... BALAS

as the saying goes..
you don't know what you got till it's gone...
semua org ader masa turun n naik...

nie nak promosi dokumentari P.Ramlee ker filem 2Alam nih???
hikhik...

Admiral Hafiz said... BALAS

@-ROCKprincess- haha..
promot 2 Alam la
manalah taw, leh dpt Jusmate 5 free ke?

Unknown said... BALAS

waaa teruja nak tgk
dah la smlm baru layan lagu dimana kan ku cari ganti nyanyian ning,shahir,KRU,dayang dll~
best sgtttt version diorang.

Jejaka Terhangat said... BALAS

dia dah meninggal baru bagi pangkat ke..tah pape manusia ni..

dua alam tu cam harem jek..pasni target dr rozmey nak amik pamela anderson blakon..ape tah dlm otak dia..

p/s: skali skala lawat la blog JT plak yek.=p

J said... BALAS

Support lah industri perfileman negara~~~~~~tp yg best je..

nak tgok Talentime~~

Entri Terbaru [yerr?..] : Beraya di Toronto!

:)

bidadariMu said... BALAS

hehe..
tak habis2 ngan filem 2 alam die..
jom tgkk! :)

Admiral Hafiz said... BALAS

@tqaAwesome yeke?
best kn?
cedih wooo

Admiral Hafiz said... BALAS

@Jejaka Terhangat 2 la pasalnye
bile dye dh xde
bru org nak hargai dye...

Admiral Hafiz said... BALAS

@jackieKOH Talentime???
haha

Admiral Hafiz said... BALAS

@hani raihan haha...
jom2...
g MP!

Admin said... BALAS

Salam sejahtera...

Kalau dah pecah, siapa nak ganti..? Tengok baik2 dah la.. Filem skrg semata mata nak buat duit dan mengabaikan pengisian yang lebih mentarbiahkan masyarakat. Kononnya buat aku rempit, bohsia nak tunjuk pengajaran.. tapi akhirnya yang ditonjolkan adalah perkara yang memalukan bangsa, menunjukkan kerosakkan bangsa.

Bangsa lain buat filem tunjukkan kekuatan bangsa mereka, filem Melayu tunjukkan "kemaluan" mereka. Akhirnya filem2 yg ada unsur2 tak sihat ni jadi ikutan oleh rakyat, sikit sangat pengajaran yg diikuti.

Admiral Hafiz said... BALAS

@Ahmad Zaki setuju sgt 2 Zaki...
kononnya nak bagi pengajaran
tp berapa peratus sje pengajaran yg baik 2 dlm filem?
lebeh kpd nak tunjuk gegala2 sosial je

My MiRa said... BALAS

ececceech.......peminat setia p ramlee ke ni????hehe apepun citer melayu memang best..

Admiral Hafiz said... BALAS

@My MiRa hehe
xla
i peminat settia dr. Rozmey!
haha

maisyah said... BALAS

Salm..
sedihnya...sedih..namun Tuhan Maha Mengetahui dan Adil..

Admiral Hafiz said... BALAS

@maisyah sob2..
jangan nangis2...

Pinky Pixie said... BALAS

ramai boikot citer 2 alam tu. siap ade group anti dia kat fb. haha.



pehh, sedih ler citer pasal P. Ramlee. thanx 4 sharing. =)

Admiral Hafiz said... BALAS

@Pinky Pixie 2 la...
kejam betul
haha

Admiral Hafiz said... BALAS

@Pinky Pixie 2 la...
kejam betul
haha

Ain Zulaikha said... BALAS

hahaha.. pernah ajak kawan2 nak tgk 2 alam asal diorang tak nak?? :( ni tengah cari orang ni nak tengok cerita dia.. kekadang pada kita best, pada orang lain tak best. tapi pada saya, dia sangat kelakar.....

kacang cap tangan!!!

Admiral Hafiz said... BALAS

@AiN Z ciannye...
eh jap
kelakar?
sejak bile citer 2 Alam ni kelakar?
haha

Kik0 ♥ QiLaH said... BALAS

yang last tu ayat bodek dr rozmey ke ape?
kahKAHkah.

p/s: dapat jusmate5 nt derma sket.

Admiral Hafiz said... BALAS

@NuR 'aQiLaH mana ada bodek
itu tandanya memberi kata2 semangat!
yeah!

mien said... BALAS

PRamlee was the best ever!

Admiral Hafiz said... BALAS

@mien yup
setuju sgt!

Afzainizam said... BALAS

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞


Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

seniman P. Ramle meninggalkan nama meninggalkan jasa tanpa sempat di balas

Chim said... BALAS

nice entry....memang tiada gantinya...

yg last tu ko troll Dr. Romzey ke? terbaekkk

Admiral Hafiz said... BALAS

@Afzainizam thanks
Selamat Hari Raya juga...

Admiral Hafiz said... BALAS

@McFazo haha...
tp dye x respond pn...
penat tggu dye balas

Unknown said... BALAS

hhoohohk semangat kau xP

Unknown said... BALAS

hhoohohk semangat kau xP

Admiral Hafiz said... BALAS

@Ery Farieha ni namanya semangat nak majukan industri perfileman Msia
mcm Dr Rozmey
haha

Ainna Jalil said... BALAS

hahaha..yang last mmg taboleblah
awak nih cam mengampu dr.rozmey je kan. hahaha :P

Admiral Hafiz said... BALAS

@Enna Banana nak dpt Jusmate 5 percuma
so, ayat kena manis
haha

Cik Anis said... BALAS

tengok jugak dokumentari ni time rya haji hari tu..sedih la dgr cite sahabat2 p ramlee,,pasal die hidup susah...akhir hayat da dpt projek mengarah..tibe2 diserang sakit jantung pulak...bukan rezeki,ajal yang dtg terlebih dahulu...

yess..suke cite mamat khalid!!zombi kg pisang beshhh....

Admiral Hafiz said... BALAS

@Cik Anis zombi kampung pisang
tgk 10 kali pn still lawak
haha

YOUsoF said... BALAS

Tak sabar nak rasa 'teruja' bila dapat tengok filem 'superb' tu!! ;DD

*Filem Allahyarham senantiasa dalam ingatan~

Admiral Hafiz said... BALAS

@YOUsoF amboi...

Nazifa said... BALAS

klu filem2 p.ramlee mmg x penah jemu tgk..
tp cite 2 alam tuh dgr cite dia pn rasa mcm hmmmphhh... hehehe..

tp supportlah filem malaysia!

Admiral Hafiz said... BALAS

@~ceRRy beRRy~ jom la...
kita p serbu panggung
haha

Syahroyni said... BALAS

nice share . .
sukses selalu . .
salam hanta dari Oi-Oi . .

Admiral Hafiz said... BALAS

@Syahroyni Hehe
thanks

Ain Shdn said... BALAS

http://fairyofmylove.blogspot.com/2010/11/kena-tag-lagi.html

jawab tag T_T

darkbatman said... BALAS

bro,part bwh 2 paling x tahan skali.. pecah ker panggung 2?hehee..
btw, P Ramlee dh xde yg bleh ganti.. Seniman Agung 2.. Filem dia sampai skg pun aku follow..

Admiral Hafiz said... BALAS

@Cik Bulat haha
insyaAllah

Admiral Hafiz said... BALAS

@darkbatman pecah panggung ke x?
yang 2 aku x brani nak jawab...
hehe

Unknown said... BALAS

He3!!! P Romle cerita dia dh masuk History Channel...banyak gak info yg baru kita dapat...setakat ni x ada yg mampu manjadi penggantinya.

Admiral Hafiz said... BALAS

@yastro aah
byk gile ryg kita x taw psl dye
yg kita taw, cume gelak je tgk movie2 dye

Hizami Li said... BALAS

haha.
sokonglah dr rozmey !
tibe...
=.=

Admiral Hafiz said... BALAS

@..hizamirahim.. dh tgk lom 2 Alam?

hamzah ian said... BALAS

baru gua tahu pramlee bukan nama sebenar..

Admiral Hafiz said... BALAS

@hamzah ian byk lagi fakta yg kita x tahu sbenarnye
bkak a video2 tu
best

Unknown said... BALAS

jomlah kita pecahkan panggung jom!

Admiral Hafiz said... BALAS

@cik EPAL pecahkan panggung?
xnk
kang xpsl2 kne dakwa
haha

Ayin Sweet said... BALAS

layan P.ramlee ker??

Admiral Hafiz said... BALAS

@Ayin Sweet hehe
best ape

Unknown said... BALAS

tau takpe
sad gila life dia
but he dont have replacement
nobody can replace him

De'din said... BALAS

walaupon berulang kali menonton !
kita x pernah jemu untuk menonton nya lgi..
itu lah p ramlee..

ya mamat khalid antara pengarah zaman skrng yg mempunyai sifat 'pengarahan'
yg betema
tetapi kurang medapat sambutan

mOOn said... BALAS

erk.. 2 alam? xmoooo.. x sanggup.. hahaha

Admiral Hafiz said... BALAS

@akmalhilmi sob3...
jgnla nangis..
hehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@De'din xper
still ada lg masa utk Mamat Khalid nk improve

Admiral Hafiz said... BALAS

@mOOn amboi...
npe x sanggup?
kejammnye

Cik Aien said... BALAS

ain ade tgok dokumentari ni kat Astro. sampai jam 3 pagi, tp xsanggup habiskan sebab faktor mngantuk TAPI nak tahu jugak kisah dia... even tgok sampai jam 2 pagi je, dan xhabiskan cerita tu, still rase sangt2 sedih!

thanks kongsikan nie. nk sambung tgok!

Admiral Hafiz said... BALAS

@Cik Aien hehe
jom2
layannn

Cik Kira said... BALAS

owhh ada saya ada gak tgok dokumentari 2..sedihh siot..:'(

Admiral Hafiz said... BALAS

@Siti Syakirah Saidi sob3
sedih
eh jgnla nangis

Jue Nara said... BALAS

teringin nk tgk, tp smp skrg tak sanggup nk tgk documentary psl p.ramlee.. sbb mmg dh taw kesudahannye mmg sedey..

satu lg kisah sedey ttg pelakon ahmad nisfu, kwn baik p.ramlee.. lepas sy bc kisah arwah, smp skrg mcm xsanggup nk tgk filem lakonan arwah tu, terbyg2 kesusahan yg arwah hadapi ms hidup..

sy mmg sensitive.. huhu

p/s: sy setuju mamat khalid mmg best!!

Admiral Hafiz said... BALAS

@Jue aahla
bru bce kisah Ahmad Nisfu
sedehhh

atieaizam said... BALAS

al-fatihah buat allahyarham Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh

Admiral Hafiz said... BALAS

@atie aizam al Fatihah...

Drunbella Khoo said... BALAS

mamat khalid best.
suka filem rock.
dia punya lawak tak boley blah.
tengok banyak kali pun tak jemu.
(^___^)v

Admiral Hafiz said... BALAS

@Drunbella Khoo saya lak suke filem Zombie..
klakar giler wlupun byk kali tgk