Saturday, September 4, 2010

Anak Malaysia Memang Comey!

Rasanya masih belum terlambat untukku ucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53
biarpun jatuh pada bulan Ramadhan al Mubarak
namun sambutannya tidak kurang meriahnya juga seperti tahun2 yang sebelumnya

Namun, kemerdekaan tahun ini juga sedikit sebanyak terkesan oleh beberapa perkara


Selain itu, isu2 perkauman yang disuarakan oleh anak2 Malaysia sendiri
sebagai contoh: Namewee
jelas menunjukkan yang kita masih belum tahu apakah erti kemerdakaan

so, berbalik kepada Sambutan Kemerdekaan tahun ini
aku meraikan di UTP
alhamdulillah...sambutan yang sangat meriah di Chacellor Hall, UTP
tetamu VIP pada malam itu adalah Senator Tan Sri Jins Shamsuddin
seorang seniman, penggiat seni dan sentor di negara kita yang sangat mementingkan perasaan cinta akan tanah air



Tahun ini, aku juga berkesempatan untuk perform semasa sambutan itu
Pasukan Choir UTP telah menyanyikan 2 buah lagu
  1. Saya Anak Melaysia (DR Sam)
  2. Tanah Airku (lagu kebangsaan Indonesia)

Atas kerana UTP terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara
Maka lagu Tanah Airku dipilih untuk dinyanyikan pada malam sambutan tersebut
dan pasukan Choir UTP turut bergabung bersama sebahagian pelajar2 Indonesia untuk menyanyikan lagu ini
Rasa2nya, apa yang berlaku di Indonesia sekarang sedikitpun menggambarkan student2 Indonesia di UTP
Di sini, suasananya harmoni dan mereka, student2 Indonesia juga sangat baik...


Semoga kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi kini
akan berterusan dan berkekalan...
InsyaAllah...





p/s: Kan aku cakap, Anak Malaysia Memang Comey! haha..
Bangga menjadi rakyat Malaysia!