Thursday, August 5, 2010

EPISOD 12 ATS: ESQ MCB TEENS SELANGOR ANGKATAN 1



Lokasi: SACC, Shah Alam, Selangor
Tarikh: 31 Julai & 1 Ogos 2010

Trainer: Bang Ridhuan Mukhri, Bang Putra & Bang Fahrul


Alhamdulillah, setelah lama menjadi alumni ESQ MCB,
kini aku berpeluang menjadi ATS bagi training MCB
bagi mereka yang tidak faham, MCB ( Mission & Character Building)
adalah training lanjutan setelah training ESQ Basic..



"Maaf, anda tidak terpilih untuk menjadi ATS pada kali ini"

Begitulah mesej yang kuterima daripada Kak Ramlah, coordinator ATS Malaysia
Secara jujur, memang agak kecewa sebab memang terining sangat2 nak jadi ATS MCB
Tapi tidak mengapa, kerana bilangan peserta pun kurang daripada 100 orang
jadi sudah tentulah ATS yang diperlukan tidak ramai...
Tapi alhamdulillah, mendapat offer ATS MCB semula untuk menggantikan seorang ATS yang menarik diri pada saat akhir...
Biarpun agak last minute offer itu diterima, tapi cukup bermakna.


Perjalanan bermula pada jam 12.00 tengah hari jumaat bersama Zuhair dan Amy
Memang benar, perjalanan kali ini sanagt mencabar
Tup3...baru je nak mulakan perjalanan, kereta kancil Zuhair rosak di tengah highway di kawasan Bidor pada jam 3 petang
Overheat punya pasal...
Nak x nak, terpaksalah tarik ke workshop yang berdekatan...
RM1500++!!! Mahal woo!!!
Then terpaksa pulang semula ke UTP untuk mengambil kereta Amy pula untuk ke Shah Alam
Perjalanan bermula sekali lagi pada jam 6.30 pm daripada UTP
dan dek kerana jalan sesak di highway, tiba di Quality Hotel pada jam 12.00 am

UTP (12 pm) -> Shah Alam (12am)
Lama x???

Zuhair bersama kereta berenjin turbonya

Syukur, para ATS semuanya ATS2 yang sudah berpengalaman menjadi ATS
jadi tiada masalah dalam bekerjasama dalam menjalankan tugas
Agak banyak juga perbezaan antara MCB Teens dengan MCB 2G (Teens & Mahasiswa) yang pernah aku sertai dulu
Modul2 training tidak begitu berat dan sesuai dengan naluri seorang remaja
Namun, aku agak kecewa dengan reaksi peserta lelaki sepanjang training
kebanyakkannya pasif & banyak bermain2 jika dibandingkan dengan peserta perempuan...
Mungkin ini adalah sebab kenapa lebih ramai pelajar perempuan di IPT berbanding pelajar lelaki? fikirkan...

Antara para peserta



Apa2pun, syabas kepada para ATS!
Capoera anda semua memang mantap dan hebat!!!
Sampai sakit2 badan aku menari...best sgt! haha




p/s: ESQ Parenting di Malaysia pada 10.10.10... Adakah sudah tiba masa yang sesuai untuk aku belajar selok belok rumahtangga dan kekeluargaan??? haha...






4 comments!:

bidadariMu said... BALAS

hehe, pemgalaman kali kedua bersama kereta rosak ye pak cik?
hehe :)

Neyra Shazeyra said... BALAS

padan muka. gyahahahha last2 i yg sampai dlu kan shah alam? bluek

Admiral Hafiz said... BALAS

@hani raihanhaha
2 la pasal
dugaan...

Admiral Hafiz said... BALAS

@neyra shazeyraeleh
last2 i pun smpi gak