Saturday, July 10, 2010

Kapoww tak laku : Pengarah Salahkan Penonton?


WALAUPUN diberikan ulasan yang baik oleh media, tetapi sambutan terhadap filem Kapoww sangat mengecewakan apabila kutipan kasarnya selepas dua minggu ditayangkan tidak seperti yang diharapkan oleh pengarahnya, Azizi Adnan.
Kapoww adalah filem terakhir kerana selepas ini saya akan beralih bidang. Mungkin menjadi pensyarah, siapa tahu mungkin juga menjual burger. Saya tidak mahu lagi ada kena mengena dengan dunia seni tanah air. Lebih baik jadi orang biasa, jiwa lebih tenang, katanya.
Azizi atau dikenali juga sebagai Azizi Chunk berkata demikian sebagai meluahkan rasa terlalu kecewa dengan kutipan filem bercorak adiwira itu yang hanya memperoleh kutipan kasar kira-kira RM240,000 sejak mula ditayangkan pada 17 Jun lalu.
Katanya, dia bersusah payah menghasilkan filem menggunakan teknologi dan animasi terkini bagi menyuntik kelainan kepada filem tempatan, tetapi sayangnya masyarakat tidak pandai menghargai kerana mereka belum bersedia dengan filem bercorak abstrak.
Sebaliknya penonton kita lebih menggemari filem yang cinta, seram dan rempit. Selain bersikap prejudis, penonton juga lebih cenderung memuja filem antarabangsa.



klik untuk lebih besar

Sudahkah anda semua menonton filem Kapoww?
Seriously, aku memang x amik kisah langsung pasal filem ni..xtahu kenapa
tapi semalam bukak forum ni (rujuk sini), baca pasal Kapoww
nampaknya ramai jugak yang bersependapat denganku...

Tema Superhero yang tidak memenuhi citarasa penonton tempatan
Seharusnya dalam menghasilkan sesuatu filem, seharusnya tidak perlu timbul isu menyalahkan penonton akan kegagalan sesuatu filem.
Pengarah dan producer seharusnya tahu akan citarasa semasa penonton tempatan supaya karya yang dihasilkan tidak dilabel sebagai karya yang hanya 'syok sendiri'
Malah, ada juga yang berpendapat filem Kapoww ni untuk budak2 je...fikirkanlah sendiri ya...

Strategi yang salah
Penerbitan Drama Kapoww di Astro Ria juga dianggap sebagai strategi yang salah.
Kerna pabila penonton tahu sedikit sebanyak tentang cerita Kapoww ni, maka tentu bagi mereka yang tidak menggemari tema filem yang dibawakan oleh Filem Kapoww, tidak berminat nak tengok..
Pendedahan awal yang terlalu banyak dibuat...
Contohi Adnan Sempit...setelah Filemnya meletup, barulah tema tersebut diangkat ke drama TV.

Kurangnya Publisiti?
Mungkin ada benarnya...kerna ramai teman2 di luar sana yang tidak tahu akan kewujudan filem ini..
Contohi Filem Dr. Rozmey : 2 Alam... publisiti meletup2, tapi filem? tarak..haha
20 Juta pecah panggung tu..jangan main2..hehe



Ramai yang masih tidak dapat melupakan filem Antoo Fighter.
Dengarnya ramai yang dah serik tengok cerita ni, sebab 2 la diorang x berani nak tengok filem Kapoww pulak
Siapa yang pernah tengok citer ni? komen sikit...




Walau apapun, pujian harus juga diberikan kepada Azizi Chunk Adnan,
kerana beliau berani mencuba dalam melakukan kelainan dalam industri perfileman negara
Jangan berputus asa...
Cubalah genre filem yang berbeza...mungkin 1 hari nanti anda akan menjadi pengarah yang tersohor jugak..
sapa tahu kan....






p/s: aku rasa yang bestnya filem Kapoww ni sebab ada Lisa Surihani kot..haha





38 comments!:

MR. SYAH said... BALAS

aku sokong yg terakhir 2 sbb ada lisa.. hhehheheh..

Unknown said... BALAS

hahahahahah...siannya...klo aku lg la tak tengok apa-apa..heheee
Latest post:Bahan mentah utk rujukan

Admiral Hafiz said... BALAS

@mR.sYaH
haha
betul 2
LIsa terbaek!

Admiral Hafiz said... BALAS

@iqbalsyarie
haha..xper2
apa salahnya kadang kala jadi budak2 sikit
haha

faiz said... BALAS

owh..aku xtau pn ada citer tu..adehh..

Scha Nazri said... BALAS

woo. yekeh? sian kapoww. mybe ramai tahu citer nie mcm mane kot. cam mengarut pon ade. huhu

syahrilhafiz said... BALAS

ahah..aku tahu..
cita dia ni org dah tahu serba sikit kat astro..
tu pasal ramai yg...ermm..


dan lisa tu pun penarik perhatian jugak..hehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@faiz
xtaw? la yeke?

Admiral Hafiz said... BALAS

@syAzAnA 2 la
orang pun dah taw citer ni jenis mcm ne ..
mngarut je

Admiral Hafiz said... BALAS

@syahrilhafiz Lisa la penyelamat...
oh lisaaaaaaa

Paddockbox said... BALAS

kurang imaginasi dan buat filem dalam kepala hanya pikir mau untung juta2 sebab dia pikir dia buboh lisa surihani ramai yang akan serbu panggung ...

diden said... BALAS

siapala yg btuah dpt Lisa Surihani ni hohoho.. adkah ak..

Admiral Hafiz said... BALAS

@Paddockbox kurang imiginasi or terlebeh imiginasi?
hehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@diden aku la 2 insan yang bertuah 2,,xcye tnye dye sediri...
haha

PMOfficial said... BALAS

sangat tidak minat muvee melayu

Admiral Hafiz said... BALAS

@Parkcheek Chun Li la yeke? xsemua movee mlayu x best
ade je yg best2

afro said... BALAS

kalo macam aku, jarang tgok movie melayu, tunggu raya je, kua kat astro.. haha

Admiral Hafiz said... BALAS

@paan sabri 2 la
citer melayu ni
kejap je masuk TV

bidadariMu said... BALAS

nak jadi analisis filem ea? hehehe

bidadariMu said... BALAS

nak jadi analisis filem ea? hehehe

Unknown said... BALAS

hahah..btol la suma yg tertulis..

saya pon xde hati nk tgk cite tu

Unknown said... BALAS

hahah..btol la suma yg tertulis..

saya pon xde hati nk tgk cite tu

Unknown said... BALAS

hahah..btol la suma yg tertulis..

saya pon xde hati nk tgk cite tu

Admiral Hafiz said... BALAS

@hani raihan
hehe....ape salahnya
skali skala

Admiral Hafiz said... BALAS

@alinac lover kita serupa
haha

mekchu said... BALAS

tak pernah tgk kapaw ni.. superhero malaysia tak bleh jual selain cicakman

Wawa~* said... BALAS

da buat citer tak berapa nak best, jangan le nak salahkan orang lain plak. cheh.

Admiral Hafiz said... BALAS

@Wawa~* betul 2
sokong2

Admiral Hafiz said... BALAS

@mekchu npela superhero msia supenya citer komedi je? xleh ke wat citer yg serious?

dak eina said... BALAS

cite kapo0w nie xbest~~ ntah pape..eh eh ade filem?? xtaw pon~~

mrs sweet lola said... BALAS

x suke cite cenggini.bgus lagi cite blues pasar tani...abg dodi...hoho
lwk tol la c joey tu blakun.sy n my busyuk ske tgok.

Admiral Hafiz said... BALAS

@dak eina (◕‿◕) xtaw? ha, kat sni la nk bgtaw
haha

Admiral Hafiz said... BALAS

@mrs sweet lola best ke? xpnh lak layan citer 2

Hariz said... BALAS

Lisa gila popular kebelakangan ini kan?



Remaja Dan Jerawat

Admiral Hafiz said... BALAS

@Hariz 2la pasal
bakal primadona melayu yang baru kot

Admiral Hafiz said... BALAS

@Hariz oren menang ke?
huhu

nadz ruslan said... BALAS

selalu nak wat crita superhero ke apa suka letak lawak2 yang tak perlu (cam cicak-man)

penat gak dgr lawak bodoh. hoho crita ni mang x pnah terdetik nak tgk.

Admiral Hafiz said... BALAS

@lilacfla 2la pasal nye
xde ke citer superhero mlayu yg serius skit...