Salam..pagi! Heboh sekarang bila dibicarakan tentang ESQ.
Ramai teman2ku, di Malaysia dan Indonesia yang bertanyakan tentang situasi terkini ESQ di Malaysia
bagi yang tidak tahu, ESQ (Emotional Spiritual Quotient) adalah Human Resource Training yang bertujuan membentuk karakter
melalui penggabungan IQ (intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan juga SQ (Spiritual Quotient)
yang berpandukan al-Quran & Hadis.
Sehingga kini, jumlah alumni di Malaysia sudah mencapai lebih daripada 850 ribu dan terus bertambah, Training ESQ juga semakin bekembang ke merata tempat seperti Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan banyak lagi tempat.
Berikut adalah sedikit kronologi berdasarkan Fatwa berkenaan
- Fatwa pengharaman ESQ dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
- Daripada 14 Mufti lain di Malaysia, hanya seorang sahaja Mufti yang menharamkan ESQ.
- Pada 14 April 2010, 1 muzakarah dengan seluruh Mufti diadakan yang dihadiri oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian ditemani oleh 5 panel syariah ESQ. Pak Ary sudah menjelaskan satu persatu perkara yang disampaikan dalam fatwa tersebut. Secara umum dapat disimpulakn bahawa mereka menerima dengan baik dan tidak ada penyelewengan di dalam ESQ.
- Namun, Mufti Wilayah Persekutuan tidak hadir dalam pertemuan tersebut, Bahkan sehingga Fatwa tersebut dikeluarkan, Mufti Wilayah Persekutuan tersebut tidak pernah bertemu dengan Pak Ary untuk mendapatkan penjelasan. Mufti Wilayah Persekutuan itu juga tidak pernah menhadiri ESQ Training.
- Untuk mendapatkan penilaian atas Training ESQ, 8 orang Mufti serta Timbalan (wakil) Mufti di Malaysia sudah mengikuti Training ESQ dan mereka memberikan reaksi positif akan ESQ Training dan berpendapat tidak ada penyelewengan di dalam ESQ Training.
- Mereka adalah:
- YBSS Tan Sri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria - Mufti Perak
- YBSS Dato' Hj. Hassan bin Hj. Ahmad -Mufti Pulau Pinang
- YBSS Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad - Mufti Negeri Sembilan
- YBSS Tuan Haji Kipli bin Haji Yasin - Mufti Sarawak
- YBSS Dato' Hj Mohd Tahrir bin Dato' Shamsudin - Mufti Johor
- YBSS Dato' Hj. Abd. Rahman bin Hj. Osman - Mufti Pahang
- YBhg Dato' Hj Che Mohd Rahim bin Hj. Jusoh - Timbalan Mufti Kelantan
- YBhg. Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyaudin - Timbalan Mufti Kedah
- ESQ juga mempunyai 5 orang Panel Syariah yang terdiri daripada para tokoh agama dan mantan Mufti di Malaysia bagi memantau perjalanan ESQ iaitu:
- Dato' Mustafa Abdul Rahman - Mantan Ketua Pengarah JAKIM
- Tan Sri Abdul Kader Talip - Mantan Mufti Wilayah Persekutuan
- Dato' Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim - Mantan Mufti Kedah dan Mantan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kedah
- Dato' Hj. Nooh Hj. Gadot -Mantan Mufti Johor
- Dr. Adnan Mohd Yusoff - Dekan Fakulti Qur'an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- NU, Muhammadiyah, ICMI, MUI, dan DDII sudah memberikan surat sokongan kepada JAKIM dan menyatakan bahawa tiada pelanggaran dalam akidah Islam terhadap ESQ Training. Untuk rujukan, sila klik link di bawah:
- Sehingga kini, ESQ Training berjalan seperti biasa di seluruh Malaysia kecuali di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sebagai rujukan, klik sini:
- Jawapan kepada isu-isu yang ditanyakan alumni ESQ
- Penyataan Rasmi Panel Syariah ESQ Leadership Centre
- Penjelasan ESQ Leadership Center
- Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan ESQ tidak bertentangan
- Bekas mufti Johor : Mufti Wilayah tidak wajar haramkan ESQ
- Website ESQ Malaysia
semoga apa yang tertulis ini dapat memberikan anda semua pandangan yang jelas akan apa yang berlaku....
Bagi para2 alumni ESQ, sila klik link ini ya...
Zahirkan sokongan anda dalam menegakkan 165....
p/s: Bukan ESQ yang diagungkan, namun nilai-nilai 165 (Ihsan, Iman & Islam) yang diterapkan dalam ESQ yang diperjuangkan...
6 comments!:
klo mufti pn ckp bkn btentangan dgn islam so kita pn xperlu bimbang..
Sukarnya Menolak Undangan Perkahwinan
@velasrizal
Yup...tapi setelah fatwa pengharaman ESQ oleh Mufti KL, sedikit sebanyak memberi tanggapan buruk kpd ESQ...
ESQ ni bagus untuk manusia yang perlukan sedikit peringatan.. yelah manusiakan mudah lalai..
tapi, kepada alumni ESQ, janganlah terlampau taksub dgn ESQ ni.
Sebab risau tersalah niat tu.
For me, yang dah banyak kali pergi ESQ ni as ATS and alumni rasa mcm ada part2 dalam training ni memang boleh dipersoalkan.. but depends on orang tu jugak lah. Sebab tu manusia diberi akal.
@Abir Abhar
haha
yup
betul 2
memang ada juga yang terlalu tabsub dengan ESQ ni
kata sikit pun melenting2
ye
ESQ memang x lari drpd kekurangn dan ksilapan
tapi klu mengharamkan terus ESQ mcm 1 tindakan yang x wajar la
subhanaAllah,
semoga kebenaran akan terbongkar jua..
=)
@hani raihan mohon doanya ya
Post a Comment