Tuesday, June 1, 2010

Israel Dayus!


Pabila misi kemanusiaan bertukar menjadi misi berdarah...

Misi kemanusiaan yang membawa 5000 tan bahan2 bantuan (makanan, perubatan dan sbagainya) telah disertai oleh 600 aktivis hak asasi manusia dari 50 negara di selruh dunia.
Mereka menaiki 6 buah kapal menuju ke Gaza.
Dan Malaysia juga turut terlibat sama secara langsung dalam Misi ke gaza ini selain beberapa negara lain seperti Indonesia, UK, Ireland, US, Turki dan negara2 Arab yang lain.

Namun, berita2 terkini yang disiarkan di televisyen cukup menyakitkan
terbaru, sukurang2nya 15 orang terbunuh setelah rejin Zionis menyerang kapal Freedom Flotilla yang membawa bekalan misi kemanusiaan ke Gaza.
Berpuluh2 anak2 kapal dan aktivis yang terlibat juga turut cedera.
Dan sehingga kini, nasib seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani yang turut terlibat dalam misi tersebut masih belum diketahui.
Dan perbuatan dayus rejim Zionis ini yang terus2an menyerang anak2 kapal tanpa senjata dan melanggar peraturan perang antarabangsa memang tidak boleh dimaafkan!

Jadi, kepada semua manusia, atas prinsip kemanusiaan, marilah bersama2 kita mengutuk segala perbuatan rejim Zionis Laknatullah ini.
banyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah
selain itu, kita juga digalakkan untuk membaca Qunut Nazilah di dalam solat.

Muat turun Qunut Nazilah (PDF format)

Qunut Nazilah ini boleh dilakukan dalam rakaat terakhir selepas rukuk setiap kali solat...

bagi mengetahui perkembangan terbaru Misi Kemanusiaan ke Gaza
anda boleh melawati website tersebut:

p/s: Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka yang terlibat dalam menjayakan Misi ini khususnya, dan tidak lupa juga kepada saudara2 kita yang berada di Palestin.
Semoga Allah menghancurkan rejin Zionis ini!
Aminnn...

1 comments!:

kacang said... BALAS

sedih dengar berita nie.
same2 kita doakan.
aminn