Pada cuti pertengahan semester yang lepas, aku telah mengikuti Konvensyen Matematik Malaysia di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sebenarnya, konvensyen selama 2 hari ini (16 & 17 Mac 2012) menumpukan aspek 'Matematik' dan telah mengumpulkan ramai peserta daripada IPT seluruh Malaysia.
Terdapat 3 acara yang dipertandingkan sempena KONMAT 2012, iaitu:
- Olimpiad
- Burumatik (Explorace)
- Sinematik (Persembahan pentas)
Sewaktu persembahan Sinematik
Bagi kontigen UTP, kami menghantar 2 pasukan, iaitu untuk Olimpiad dan juga Burukmatik.
Ya.. aku di dalam pasukan Olimpiad. Bagaimana soalan olimpiad?
Hanya Tuhan sahaja yang tahu.. Betapa 'blur'nya aku masa tu...
Hanya Tuhan sahaja yang tahu.. Betapa 'blur'nya aku masa tu...
Ditambah-tambah lagi apabila soalan semuanya dalam Bahasa Malaysia, jadi agak memeningkan bagi seorang yang dibesarkan dalam sewaktu PPSMI dilaksanakan dalam Matematik & Sains.
Di Tugu Pengakap Kem Telaga Batin
Penginapan kami adalah di Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.
Alhamdulillah, penginapan kali ini cukup selesa.
Ditambah lagi dengan lokasinya yang berhadapan dengan Pantai Teluk Ketapang.
Jadi, setiap petang memang kami turun pantai jela untuk cuci mata. Hahaha
Suasana Pantai Teluk Ketapang
Dah macam burung je kan?
Walaupun ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini, tapi ternyata trip kali ini memang cukup mengujakan.
Iyalah, kali terakhir aku sampai di sini pun sewaktu aku dibangku sekolah rendah.
Jadi, memang banyak sangat la perubahan di Terengganu ni.
Dan ya, Terengganu memang menyeronokkan sebab banyak makanan yang sedap-sedap dan pantai yang begitu cantik.
Di Pantai Batu Buruk
Membeli-belah di Pasar Payang
Namun, dek kerana masa yang tidak mengizinkan, banyak lagi tempat-tempat menarik di Terengganu yang tidak sempat kali lawati.
Secara peribadi aku rasa trip kali ini lebih kepada bercuti dan makan angin sahaja.
Terima kasih UTP kerana menaja kami. Hahahaha
Terima kasih UTP kerana menaja kami. Hahahaha
Dan tidak lupa juga kepada Jawatankuasa KONMAT'12 yang banyak menolong kami sepanjang berada di sana.
Ada masa, insyaAllah kita jumpa lagi.
Ada masa, insyaAllah kita jumpa lagi.
p/s: Siapa sini orang Terengganu?
6 comments!:
wow...macam menarik je ni :)
kawan ada masuk jugak ! hehehe :D
p/s : menang tak ? hihi
sya pun join gak konmat ari2...masuk senimatik..huhuhu
study terengganu! bekas..
sungguh gambar2 ni mengimbau kenangan masa kat sana.
semoga bertambah pengalaman hidup :)
adam jenguk-jenguk jer...
saya student umt!hehe..
mari la ke terengganu lagi..:)
Post a Comment