Lagu yang mula diperdengarkan sempena hari kemerdekaan negara kita yang ke 54 ini memang cukup menarik.
Bagi yang belum pernah mendengar lagu Malaysian Boy, ini adalah video klip lagu tersebut:
Apa yang menjadi kontroversi adalah rentak lagu tersebut yang seperti lagu American Boy, nyanyian Estelle feat. Kanye West.
Berikut adalah lagu yang dimaksudkan:
Disebabkan itu, timbul pelbagai reaksi berkenaan lagu Malaysian Boy daripada peminat musik tanah air.
Meskipun, ramai yang menyukai lagu Malaysian Boy ini, ada juga yang kurang bersetuju kerana ia melibatkan hak cipta sesebuah karya.
Meskipun, ramai yang menyukai lagu Malaysian Boy ini, ada juga yang kurang bersetuju kerana ia melibatkan hak cipta sesebuah karya.
Berikut adalah antara penerangan daripada Altimet di laman web Twitter berkenaan kontroversi lagu Malaysian Boy:Secara konklusinya, lagu Malaysian Boy ini adalah projek daripada Astro sempena program Suara Kami 2011.
- Tengok video Malaysian Boy. Perasan tak kredit pada awal video tu? Apa dia kata? Tu tandanya dah ada izin.
- Projek Malaysian Boy ini ialah projek astro, syarikat yg bernilai jutaan ringgit. Ingat diorang nak main langgar je ke?
- Kalau langgar sekalipun, pasti ada rundingan dulu, kalau tak betul2 tak boleh settle, baru naik mahkamah.
- Kerajaan negara kita terlibat dlm projek @suarakami2011 ni. Sebahagiannya ialah lagu Malaysian Boy. Takkan label yg jaga lagu American Boy tak nak bagi kot....
- American Boy ni lagi dicipta oleh Will.I.Am & Estelle. Kanye West nasi tambah je. So dia boleh rilek one corner.
- Akhir sekali, nama dia KANYE, bukan KENYA. Tu nama negara afrika. Marah dia korang tak reti eja nama dia tau. Nak kena saman ke? trololool <- [Sangat LOL]
Dan pastinya, sebagai sebuah syarikat besar, mereka pasti tahu dengan lebih mendalam tentang isu ciplak-menciplak ini.
Jadi, tak perlulah fikirkan lagi tentang perkara ini. Harap semuanya ok sahaja.
p/s: Rasanya lagu Malaysian Boy ni lagi best daripada lagu American Boy tu kan?
33 comments!:
Suka sangat lagu tu..hehe
nice! penerangan yg menerangkan! :)
biasalah tipikal malaysian...kutuk dulu baru siasat...dah biasa dah..hehehehe..apa2 pun dua-dua pun best.
yeapp. lagu malaysian boy tuh lagi best dr american boy!
patut la mcm penah dgr je..rupenye lagu kanye west..huhuu..ala, okay la tu dah ade izin..
haah..aku patotla aku pon rse cm pnah dengar..
Mungkin sebab kita rakyat Malaysia, lagu ini kedengaran lunak sekali. :)
lol Kenya hahhahahhahahaha ini sangat LOL
@Nur Intan Syafinaz best kan...
@Saiazuan hehe thanks
@hud aikara hehe betul 2
tipikal malaysian...
@syAzAnA yeah geng!
@misyamissyou penah dengar eh sebelum ni?
hehe ok la...sy tak pernah tau pun pasal lagu american boy tu
@ked dah macam terjemahan drpd BI ke BM je lagu tu kan
@M. Faiz Syahmi yap setuju sangat
@ARC™ yang itu sangat lol
suka part kenya tu. heheh.
suka dua3. dua3 best~
suke glea nan lagu niey...
oowww...minx copy bole ^_____^''
walaupun sudah dapat izin.sy kurang bersetuju dari segi originality.
@adrinaqamarina haha yang tu mmg kelakar
@penat shorty !! hehe sila2
@madjo46 hehe ok
lain orang lain pendapat
walaupun tiru lagu luar tapi still sedap didengar. takde cacat cela pun :)saya suka altimate. rapping dia sedap. tapi tak handsome. keh keh
@Namee Roslan kecik hati altimet klu dgr
hehe
lagu nie ade hantu =)
@syrl hehe betul ke yang bab hantu tu?
klu ciplak izin ke x izin ke tetap ciplak nmenye...tgok siti nurhaliza at least lagu FALLING IN LOVE tu lagu dye sendiri...lepas ni boleh buat lagu lady gaga POKERFACE versi malaysia jadi PUAKEFACE
ciplak means lagu 2 di ambil tanpa izin...hey yg same dalam lagu niey just music ajea kan...it's not a big deal....still ade its own idea rite rite...okea hape..... best dengar lagu niey...MALAYSIAN BOY adea 3 bahase...AMERICAN BOY adea ?? ta de ade bukan ??
Lagu ni boleh jadi issue lak kan. Lagu korea tu xde lak issue. Ape nama tu...winter sonata?? heh...this aren't a 'ciplak' just cool and enjoy!
sokong :)
aku sokong ape yg ditulis kat "p/s" tu..hahaha...mungkin sbb aku org melayu kowt sbb tu i think malaysian boy lg best.. :)
tapi tetap ciplak..dah la buat lagu untuk merdeka theme, tapi ciplak lagu luar..ntah ape ntah..pastu nyanyi mcm nak beriye je..lagu org lak tu..xnak dengar pun..tapi selalu kuar tv..stop la copycat ni..
walaupun da ada izin tp masih...hai...xkn da xde da pencipta2 lagu kat malaysia ni sampai nk guna lagu org...adoi...setakat tuka lirik? hurm...pike2kn la... typical malaysia...bukn nak hina, tp banyak sgt tiru meniru...
Post a Comment