Rasanya minggu lepas, baru sahaja Blogger Perak mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama.
Rujuk sini : Berbuka Puasa Bersama Blogger Perak di Lanz Cafe
Semalam, 23 Ogos 2011, sekali lagi diadakan majlis berbuka puasa Blogger Perak di Seri Iskandar.
Dan pilihan tempat berbuka puasa kami kali ini adalah di Restoren Mek, yang berdekatan dengan UTP.
Tidak hanya terbuka kepada ahli Blogger Perak, tetapi para pelajar UTP yang lain turut sama hadir atas jemputan di laman web Twitter..
Tak disangka-sangka, daripada sebuah gathering blogger, menjadi sebuah Tweetup UTP (gathering tweetple UTP) yang tidak dirancang.
Biarpun satu kampus, ada juga yang baru pertama kali berjumpa dan bertegur sapa meskipun selalu berhubung di Twitter sahaja.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar sepanjang majlis iftar tersebut:
Menu: Ikan Kembung 3 Rasa, Sayur Kailan, Tomyam & Telur Dadar
Oh ya, apa yang menarik iftar kali ini adalah semua yang hadir akan mendapat kad raya.
Ya, kad raya istimewa daripada saudara Fadil Penyu.
Jimat sikit bila tak payah letak setem kan?
Khusyuk beliau menulis kad-kad raya
Apa-apapun, terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi untuk menyertai majlis berbuka puasa ini.
Meskipun hujan lebat, tapi ramai yang masih sudi untuk meluangkan masa.
Harap supaya kita boleh berbuka puasa lagi di tahun akan datang. InsyaAllah.
Bergambar dengan kad raya masing-masing
Credit gambar: Reezluv
p/s: Tertunggu-tunggu 'Rumah Terbuka Aidilfitri Blogger Perak' pula lepas ni... mesti seronok kan?
16 comments!:
hahaa..ikan? tomyam?
aduuhh..naseb bek ak x g..klu x mmg xmakan laa.. haha
Wordless Wednesday #WW : Jangan Buat2 tak paham.. ehehe
@jackieKOH ko mmg
fish and chips makan pulak
insyaAllah, sy nk join BP perak versi rayee hehe
abg fadil tulis kad raya pakai pembaris tak waktu tu???:P
@hani raihan hehe jom2
@Ros Anisza confirm la x
tu pun dia tulis cepat2
bestnya dapat kad raya..hmmmm..
@Acap Razak apsal lenmcm je ayat ni
ko xdpt ke wei?
pergh, aku x mrasa lg brbuka ngan blogger2..
@Saiazuan insyaAllah masanya akan tiba
@admiral hafiz ...semua orang dapatlah..hahaha
@Acap Razak ingatkan x dpt td
zzzz....ini semua saya plan sehari je =.=
@syahirah sabri kira ok la 2
wah seronoknya :D
@Namee Roslan mmg seronok
Post a Comment