Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2011
Alhamdulillah...selesai juga menulis kad raya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun bagi tahun 2011.
Pada awalnya, aku memperuntukkan hanya 20 keping sahaja kad raya untuk dihantar pada tahun ini.
Khas kepada para blogger dan juga tweeple, iaitu mereka yang mengguna Twitter.
Tapi, tak sangka ramai yang perasan akan tweet aku dan kemudiannya memberi alamat mereka.
Alhamdulillah...semua kad sudah siap ditulis dan sedang menunggu masa untuk diposkan sahaja.
Membazir? Tidak sama sekali.
Bagi aku, nilai yang dibawa oleh sekeping kad raya ini jauh lebih mahal daripada RM 10 wang ringgit kita.
Mungkin ada yang menganggap, tradisi menghantar kad raya ini kolot dan sudah ketinggalan zaman.
Ya, memang benar, zaman sudah maju.
SMS, MMS, Facebook, Kad Raya Online,dan sebagainya sudah mula menggantikan tradisi ini.
Tapi percayalah, semua itu tidak akan boleh menggantikan 'nilai sentimental' yang dibawa oleh kad raya yang sudah dianggap 'kolot' ini...
p/s: Ada sesiapa yang nak hantar kad raya dekat aku tak? Nak bagi alamat ni...serius.
24 comments!:
"sekeping kad raya ini jauh lebih mahal daripada wang ringgit kita."
sy setuju dgn ayat awak yg ni.
aku mesti x dpt... sob3
wah! sapa yang dapat ni..bertuahnya ^^
heeh akk tak igt akk mintak tak dari kamu, tp yg pasti akk kad akk tuk kamu ada hehe tp tak kesah la...
yg penting hubungan sesama kita tu kan ngeeee~
agk2 utk aku ade x?heeee
wah.. sangat tak kolot :)
kad raya tak tulis lagi...next week baru nak pos...
aku dah PM alamat kat kau. pastikan smpai kat kg aku wey ! hahaha
macam mana boleh tak perasan ni-___-dah terlepas kad raya:(
oit..raya jemput datang rumah
alamak...termiss pulak
Tak sempat nak bagi Alamat :(
Kenapa Pelaburan Emas Lumayan?
SMS, MMS, Facebook???
Kad raya bole simpan lame2, tampal kat dinding rumah saje show off org dtg beraye..
haha..^^
wah, bak sini alamat na bg kad raye ngan duit raye sekali..
ok la xsempat bagi duit raya pon, bagi duit spuloh ringgit pon ok. nak no acc? hehe
joegrimjow malas nak log in
@Anonymous amboiiii
tokey herbalife pn nk mintak aku rm10 ke...hehe
Demm.. terlepas kad raya Bang Hafiz retis... #terjunKBMall
alaaaaaaaaaaa hmm terlepas :(
alamak terlepas ler gua...
nak kad raya boleh? hehe.. :)
ingat deal kita ciponggggg! ngeh3
@Anonymous err
sapa lak ni?
wah cantiknya setem. tentu sekali xde card untuk saya. udah lambat. haha. btw selamat hari raya in advanced :)
hoho.. sape kate kolot.. cik rimau pon buat ag tau.. tp cik rimau kasi kat kwn kelas skola mngah dulu, kwn baik, and member kolej.. xkisah la byk kuar duit pon.. jnj ade nilai sentimental skit.. ade la kenangan skit kan.. bole simpan2.. hehehe
@Cik Rimau betul 2
tahun depan buat lagi ye mcm ni
Post a Comment