Hari ini, agak kecoh seketika apabila akaun Twitter, Blog dan lain-lain milik pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) boleh diakses secara rawak oleh sesiapa sahaja.
Masalah ini berlaku hanya kepada mereka yang menggunakan talian internet LAN UTP untuk melayari Internet.
Aku juga turut terkena tempias daripada masalah ini.
Setiap kali hendak login akaun Blogger, pasti akan muncul akaun blogger-blogger lain secara rawak.
Semuanya akan login secara automatik ke dalam akaun tersebut.
Berikut adalah sebahagian daripada akaun blogger-blogger lain yang dapat aku akses SECARA TIDAK SENGAJA.
Masalah ini bertambah teruk apabila ada segelintir pelajar yang menulis perkara yang bukan-bukan di blog-blog yang mereka akses.
Tak pasal-pasak aku pulak yang kena..haha
Sehingga kini, masalah ini masih lagi berlarutan.
Akaun-akaun blogger pelajar UTP masih boleh diakses secara rawak setiap kali button refresh ditekan.
Oleh itu, disarankan kepada pelajar-pelajar UTP yang menggunakan Internet LAN UTP supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada perkara yang lebih teruk lagi berlaku.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil:
1) Tukarkan setting daripada HTTP kepada HTTPS.
2) Log out semua akaun google anda. Clearkan semua cache.
3) Online guna broadband.
Rasanya, pihak ITMS, iaitu pihak yang menguruskan sistem Internet UTP harus bertanggung jawab dengan apa yang berlaku ini.
Kerana bukan sahaja akaun Blogger yang boleh diceroboh, tetapi akaun Twitter, Gmail, Facebook dan lain-lain juga boleh diakses.
Paling penting, ini melihatkan privasi dan maklumat-maklumat peribadi pelajar UTP itu sendiri.
UPDATE:Masalah ini sudah selesai dan semuanya kembali kepada sedia kala.
p/s: Apa pendapat anda mengenai isu ini?
25 comments!:
aq dapat hack blog admiralhafiz~ blog artis~ HAHAHAHAHAH
sampai macam tuh sekali?
bahaya. mana tau blog pvt ke, perempuan pulak tu. abes ah.
T___T
ni betul ke tuan blog yang update?
hoho... kalau aku la.. dpt login blog2 yg femes mcam blog ni.. promote blog aku bebanyak..hahah #troll
Nasib baik aku bukan #UTPians hahaha
woah, mcm bahaye..facebook camne plak? LAN utp kacau jugak ke?
-kawan amiwul hafiz-
tuela, tak boleh la mcm nie..
tkde privasi, smpai acc twitter pun kena hack yg bukan2..
hope ade org amik tindakan..
Pendapat saya?
Ia amat memeritkan!!!
Fuh! Bahaya betul!
Perlu bertindak dengan pantas agar maklumat kita tidak dibolosi.
Sekian.
untung la pandai hack. :P
bukan blog je!!!! gmail, twitter dan fb juga! sila mention =.=
(mangsa hijacked blog dan twitter)
parah jugak guna LAN ni...
Latest entri:Corat Coret Kota Lama
#UTPbest :)
bagi aku isu ni sangat memalukan utp esp ITMS >__<
Agak-agak kalo aku offer jadi proxy, ada org nak pakai tak? xD
UTP dilanda Hackers!
ITMS UTP harus disaman!!!
Bahaya ni.. melibatkan privasi org..
haha..aku komen guna nama org laen.. demmit
#utpfail
haiyooo =.=
bahaya nyeee..
kekekekekekekeke :p
uishh , bahayo nih .
#UTPFail big time! LOL student UTP kena #troll secara berjemaah kahkah. dia suruh korang banyak beribadat bulan puasa ni, kurangkan online :p
kikiki gurau haa, jangan ada orang butthurt sudey
Apa lagi, serang ITMS la...
itu respon ITMS kepada #utpbest.
sebab yang jaga ITMS bukan utpians kot kehkehkeh
langsung ditukar jadi #utpfail
p.s selagi mana aku tak kene, aku tak kisah mana kehkehkeh
yg ade muka trol tu dats my blog.hampeh btol sape yg buat..da remove da
ak tak kene hack.. tapi ak just bley access orgnyer twitter je la.. ak tak buat ape2 pun... ka juz gune akaun diorg tul folo twitter ak balek.. hahaha... amacam.. imba tak..
Post a Comment