Sunday, August 21, 2011

Bazar Ramadan Seri Iskandar Dilanda Hujan Ribut

Bazar Ramadan Seri Iskandar. Kredit: Marzuki Kamal

Dek kerana kebuntuan untuk mencari juadah berbuka untuk hari ini, maka aku pun bergeraklah ke Bazar Ramadan Seri Iskandar yang berhampiran dengan UTP.
Memandangkan hujan ribut yang berlaku di kawasan sini, aku terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang untuk ke bazar setelah hujan reda.
Setibanya di sana, terkejut bila lihat kebanyakkan khemah-khemah rosak & roboh dan hanya sedikit sahaja gerai yang beroperasi.
Kasihan sungguh melihat peniaga yang berniaga, terutamanya yang berniaga lauk-pauk kerana semua makanan yang dijual rosak setelah khemah mereka terbalik.


Pastinya apa yang berlaku ini mengingatkan aku pada tragedi Bazar Ramadan Jasin, Melaka pada 3 Ramadan tahun lepas.
Hujan dan ribut yang melanda telah mengorbankan 3 nyawa.
Berikut adalah video semasa ribut di Bazar Ramadan Jasin pada tahun lepas.



Walaupun apa yang berlaku di Bazar Ramadan Seri Iskandar tidaklah seteruk apa yang berlaku dalam video ini, tetapi ianya tetap menyedihkan, terutamanya kepada para peniaga.
Anggap sahaja ini adalah ujian Allah di bulan Ramadan.
InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi di masa hadapan.


Oh ya, memandangkan tidak sampai 20 gerai sahaja yang beroperasi,  apa pula menu berbuka aku hari ini?
Aku hanya membeli Air Laici Kang sahaja sewaktu ke bazar tadi.
Dan selebihnya hanya berbuka dengan kuih raya Batang Buruk yang baru sahaja dibeli semalam.
Alhamdulillah, walaupun tidak kenyang, tapi bersyukur...

Batang Buruk & Laici Kang




p/s: Apa pula juadah berbuka anda hari ni? Mesti sedap-sedap kan?

18 comments!:

Marzuki Kamal said... BALAS

pizza semalam dengan dadih je

nadiah said... BALAS

ujian buat mereka yg berniaga..

Neyra Shazeyra said... BALAS

batang buruk!!

Admiral Hafiz said... BALAS

@Marzuki Kamal untunglaaa ada DOMINO

J said... BALAS

batang buruk FTW! haha

Farhani Mazlan said... BALAS

batang buruk sangat sedap!!yum yum..walaupun berbatang buruk dan laici kang,masih ada rezeki utk berbuka kan??huhuhu

hari nie juadah berbuka hanya cap tunjuk gak :)

arima said... BALAS

gerai tebu tu still standing.. hee... kasihan mereke yg berniage.. kwn2 aku ade cite pengalaman...

resam org niage.. panas ujan tu mknn die org jerk....

penaberkala said... BALAS

biskut batang buruk ak belum tuntut lg nih
best gak dapat kunyah malam-malam ni

Marzuki Kamal said... BALAS

@Admiral Hafizhamboi.. siap bold lg.. ak xckp pn dominos -.-

rayne rawt rawt said... BALAS

maybe Allah bagi ujian tu sebab tanak bagi peniaga tu kusyuk sangat dengan harta dunia . :)

Zinedine Zaiddin said... BALAS

Kaw2 jugak rupanya..sampai roboh2

Leen said... BALAS

Ok la tu, ada jugak rezeki boleh dimakan..

AZRI said... BALAS

musim hujan lah sekarang ni

Penyu said... BALAS

aku tadi makan siakap bakar. jeles tak?

Namee Roslan said... BALAS

dasyatnya, :( kesian diorang :(

Fatin Farhana Binti Ramli said... BALAS

ade hikmah disebaliknye..

bidadariMu said... BALAS

amboi, ade org tu reply komen sorg je ea hehe
harinie buka sgt2 bess =)

Anonymous said... BALAS

kalau hujan lebat mesti skali ngn angin kuat... sabo2 jela kpd mereka yg trlibat tu..

aku prnh pg juga bazar ni time diploma dulu..heh