Monday, July 11, 2011

Pelajar UMT Didakwa Menghina Lagu Negaraku


Terkejut bila baca berita di akhbar online MyNewsHub pada petang ini.
Baca sini: Pelajar UMT Didakwa Hina Lagu Negaraku
Memang biadab dan cukup kurang ajar.
KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.
Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

Ini adalah print screen status pelajar berkenaan yang bernama Mohd Farizal , pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menghina lagu Negaraku


Ya Allah....memang biadab dan kurang ajar.
Tidak tahu apa sebenarnya motif dia menulis status yang seperti ini.
Tapi sehingga sanggup menghina lagu Negaraku dan  Raja Melayu dengan sebegitu rupa
Bagi aku ini adalah satu tindakan yang SANGAT KURANG AJAR.


Tapi siasatan masih lagi dibuat, sama ada adakah betul-betul beliau yang menulis status berkenaan.
Ataupun orang lain yang mengodam akaun Facebooknya.
Tapi yang pasti, tindakan seperti ini (menghina lagu Negaraku & Raja Melayu) pasti akan menimbulkan kemarahan banyak pihak.




p/s: Apa komen anda mengenai isu ini? 

18 comments!:

Anonymous said... BALAS

naseb aku tak kenal budak ni.. junior kot. buat malu kaum UMT je.. =.=

E said... BALAS

hmmmm -,- sangat kurang ajar !

ENTRI BARU : http://emmaakhma.blogspot.com/2011/07/negaraku-makin-musnah-aku-sungguh.html

Ermizi Muhamad said... BALAS

memalukan UMT saja

Pojiepooh Abdullah said... BALAS

Sangat kurang ajor!
Aku senior dia pun naik malu!
Dapat aku nak seret muka dia depan fakulti..

PojiePooh; Hanya Satu...

NadiRah said... BALAS

erk..kesian dia klo sebenarnya dia kne hack jer..
nasib bek umt..bukn utm..huhu

AZRI said... BALAS

erkkk,melampau

Mohamad Iskandar said... BALAS

erkkk..wujud lagi ke name UMT.. bukan sekarang dah tkar Unisza ke....

nadiah_abdllah said... BALAS

bersangka baik,
takut kena hack je tu. ahaha

Halusinasi said... BALAS

bahaya sgt...ada gak yg kna brainwash ni...

Antara said... BALAS

sedeyhnya. susah sangat ke kita nak bersyukur? nak berterima kasih?

memang tu lumrah manusia kot.. hanya menghargai bila sesuatu tu dah hilang... haih..

kita tolong doakan supaya Tuhan bagi petunjuk kat dia ye.

Hazwan said... BALAS

alahaiii..xreti hormat lagu kebangsaan ke hape ni.. b****

sound.of.my.heart. said... BALAS

lempang sampai koma.

izwannizam said... BALAS

UMT jugak naik nama.hadoi.buat malu negeri aku

Kekunci Merah said... BALAS

suh dia out dr kerakyatan malaysia la..nyemak je.. :)

scya lollita said... BALAS

hish , budak2 zaman skrang xde smangat patriotik hmm

touya said... BALAS

Mungkin akaun tu sajer dibuat untuk nie ?

Unknown said... BALAS

aihhhh..takkan la dia buh nama sebenar..kena buat siasatan lebih lanjut..

NHAR said... BALAS

budak ni tak hargai untung duk malaysia kot. buang negara kang baru tahu.