Thursday, July 14, 2011

Iklan TV Kit Kat Persenda Pahlawan Hang Tuah?

Iklan TV Kit Kat - M.Nasir sebagai Hang Tuah

Agak kelakar bila baca blog Sembang Bincang ini.
Mengenai satu aduan seseorang tentang iklan komersial Kit Kat di televisyen yang tersiar dalam ruangan Surat pada Berita Harian Online hari ini (14 Julai 2011) .
Beliau mendakwa, iklan komersial yang sedang ditayangkan di televisyen mempersendakan Pahlwan Hang Tuah, yang cukup sinonim dengan kehebatan orang Melayu.

Beikut adalah iklan Kit Kat tersebut, yang dilakonkan oleh M. Nasir.



Dan ini pula adalah sebahagian daripada kandungan surat aduan tersebut:
SEDIH IKLAN PERSENDA KEHEBATAN PAHLAWAN HANG TUAH

SAYA berasa sedih dan terkilan dengan iklan komersial di televisyen yang memaparkan pahlawan Melayu 'Hang Tuah' tiba-tiba menjelma di dalam kedai serbaneka lalu menunjukkan kehandalan beliau bersilat dengan menghulurkan keris.
Namun, gerak silatnya terhenti apabila pembantu kedai menghulurkan cokelat kepada 'Hang Tuah' dan beliau lalu beredar dari situ.

Walaupun ia hanya iklan promosi produk makanan berkenaan, tetapi kita harus ingat pada sejarah Panglima Melaka yang bernama Laksamana Hang Tuah yang menjadi kemegahan dan kepahlawanan Melayu.

Tanpa kita sedari walaupun iklan itu dipaparkannya dalam kelucuan namun ia menonjolkan seolah-olah orang Melayu mudah digula-gulakan. Justeru, sebagai orang Melayu kita perlu prihatin dan sensitif dengan iklan mempersendakan maruah bangsa kita.
Ok..secara jujur aku memang dah lama tak tengok televisyen.
Walaupun iklan ni dah lama, tapi baru sekarang aku tahu. Yela, dah lama sangat tak tengok TV.
Dan bila dapat tahu tentang aduan ini, aku pun tertanya-tanya bagaimanalah iklan yang dimaksudkan itu.
Lepas tengok di Youtube, reaksi aku:
"Alaaa.....iklan macam ni pun nak jadi isu ke?"


Mungkin lain orang, lain pendapat.
Tak tahulah apa pula pendapat pembaca yang lain tentang iklan TV yang dimaksudkan ini kan?



p/s: Apa pula pendapat anda mengenai iklan ini?

26 comments!:

ADLIL RAJIAH said... BALAS

bukan persenda kot.. cuma nak buat kelainan supaya lekat kat hati pengguna.. :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Dhiya Fariza said... BALAS

hehehe. lain org lain perception hehehehe tak ley benti gelak.

J said... BALAS

biasa je iklan tu.. haha.. sj nak kontroversikn~

Blog rasmi : ini jacksky.punya! Blog

Test said... BALAS

itu pun nak jadi isu..apa yang kitkat cuba sampaikan, produk mereka best..tu je..

kalo itu jadi isu, sampai bila pun Melayu takkan berjaya..asyik bangga dengan kehebatan yang telah lama ditinggalkan..

Halusinasi said... BALAS

iklan ni menghiburkan...tak perlu untuk dikontroversikan...

pelik dengan orang zaman sekarang, mudah sangat nk tuding jari menyalahkan orang lain...

Hasrol Nizam said... BALAS

semua benda nak butthurt, payah la.

Unknown said... BALAS

tak rasa langsung yang iklan ni mempersendakan..
takde hal la beb..bukannye ape pun..
inilah orang melayu kadang2 terlalu sibuk sensitifkan benda yang tak patut~

Unknown said... BALAS

xstuju dgn surat tu. at least org ramai esp budak2 akan kenal siapa hang tuah. klu terkesan di hati maka mmg hang tuah xkn hilang di dunia :)

emanthehalia said... BALAS

aip tak faham aku dari sudut mane die tgk. serius sangat.

Anonymous said... BALAS

aku tak taw sama ada pengadu itu berfikiran cetek atau tidak berfikir outside of de box.. aku tak rasa iklan itu menghina langsung....sikit pn xmemperlekehkan hang tuah.. kalu mcm tu diperkatakan mempersendakan hang tuah.. knapalaa dia xkondem semua pelakon yg bnyk bt lawak2 poyo pasal hang tuah sblm ni... *sumpah! aku geleng kepala kat si pengadu..


= Mr.QatakQuru

alien said... BALAS

bagi aku iklan tu menunjukkan hang tuah masih releven ke masakini.. buktinya budak2 kecil pun tahu sapa hang tuah.. dia hero yg xdilupa..

come on~
isu kecik je pun
hang tuah muncul pada zaman kini
handal beb

BloG ImbA - Memang ImbA said... BALAS

dlm banyak2 bende nak dijadikan isu... ni gak ke yang dia jumpa.. lol... mmg ImbA

touya said... BALAS

Bersih 2.0 dah habis , jadi takder idea nak tulis tentang apa .

juleha.aripen said... BALAS

aku punya reaksi pun macam reaksi kau :)

nik said... BALAS

boleh undang darah tinggi kalau iklan camni pun nak amik serius..cool ya :)

Amirah Jafri said... BALAS

Lol..biasa je kot iklan ni.hehe

feyza said... BALAS

lohhh~~

shazzy :) said... BALAS

orang melayu ni kan, ape org buat semua salah. saba jelah


encik admiral hafiz, jom ah join http://senozea.blogspot.com/2011/07/shes-no-you-giveaway.html :D

Sky0ne said... BALAS

thanks backlink ke blog aku :D

Huda Luna said... BALAS

org yg duk komplen tu ade masalah otak kot

iklan tu xde langsung nak persenda aku rasa

haihh

safwan seth said... BALAS

betullah...iklan je pon,,,pon nak jadi isu

Adam Idris said... BALAS

saya rasa iklan tu sikit pun tak menghina melayu and hang tuah,
'mudah digula-gulakan'?
bukannya cashier tu musuh pun, sesama Melayu beb
tolonglah cari isu lain nak buat kontroversi
just my 2 cents

ohcikgu said... BALAS

bergantung pada penerimaan orang. Ada yang tak leh terima, ada yang leh terima.

Penyu said... BALAS

aku nak komen no komen la. aci tak?

Anonymous said... BALAS

Mula2 tengok iklan ni, tak rasa apa2. Tapi bila di akhir iklan, ditunjukkan 'Hang Tuah' terbang, kepalanya terhantuk kat logo Kit Kat.

Pada detik itu juga saya dapat agak iklan ni akan menimbulkan kontroversi, kerana Hang Tuah telah digambarkan sebagai seorang badut.

Saya rasa kalau adegan terhantuk tu dibuang, tak ada timbul isu menghina.

Bergantung pada perspektif anda, iklan ini juga boleh ditafsirkan sebagai Hang Tuah (hero Melayu) seorang yang clumsy dan mudah digula2kan.

jalan terbaik dalam hal ni, janga cari pasal :)

saya rasa lega bila melihat beberapa hari kemudian, cuma M Nasir sahaja yang terhantuk.

Anonymous said... BALAS

Saya nak tambah sikit. Pihak2 yang terasa dengan iklan ni, mungkin mereka tak mahu Hang Tuah dihina, kerana Hang Tuah bukan sekadar watak cerita dongeng. Saya rasa ramai di luar sana yang memandang Hang Tuah sebagai suatu simbol atau perlambangan orang Melayu. Ini kerana Hang Tuah adalah seorang individu yang memang wujud dalam sejarah. Sesiapa yang mengkaji sejarah Hang Tuah tahu membezakan antara Hang Tuah yang historis, dengan kisah2 legenda Hang Tuah yang ditokok tambah. Kalau Hang Tuah cuma satu watak cerita rakyat, saya rasa tidak ada masalah sensitiviti yang timbul. Tapi kerana Hang Tuah adalah hero dan figura sejarah yang kuat peranannya dalam sejarah orang Melayu, saya rasa sensitiviti itu memang sepatutnya wujud.

Sedangkan orang British pun ada yang sensitif bila Ratu mereka dijadikan bahan lawak, jadi kena faham lah bab2 sensitiviti ni ye :)

Berseronok, berseronok juga.