Friday, June 24, 2011

ESQ Training Mahasiswa UTP : Kenapa Anda Perlu Menyertainya?


Secara jujur, tujuan utama aku tubuhkan blog ini adalah untuk berkongsi cerita dan pengalaman aku tentang ESQ Training sebenarnya.
Dan post pertama aku dalam blog ini pun tentang ESQ Training sahaja sebenarnya.

"Apa itu ESQ?"
"Best tak ESQ ni?
"Apa manfaatnya ESQ?"

Antara soalan-soalan yang kerap ditanya setiap kali aku menulis tentang ESQ Training di blog.
Dan insyaAllah kali ini aku akan terangkan secara lebih terperinci tentang ESQ Training ini, bersumberkan entry salah seorang Alumni ESQ UTP.


1) IQ vs EQ vs SQ

Sedar tak sedar, selama ini kita hanya ditekankan dengan kepentingan IQ (Intelligent Quotient) sahaja bukan? Siapa yang ada IQ tinggi, CGPA yang hebat pasti akan berjaya.
Begitu juga dengan kebanyakkan program-program motivasi sekarang pun hanya menumpukan pada EQ (Emotional Quoetien).
Mereka percaya sesiapa saja yang berjaga mengawal tingkah laku dan perasaan, pandan menjaga hubungan antara orang lain pasti akan berjaya.
Tapi tidak juga. Kerap kali kita mendengar kes-kes bunuh diri yang melibatkan individu yang hebat IQ dan juga EQ.
Sebab kerana apa? Kerana kurangnya SQ (Spiritual Quotient), iaitu nilai yang PALING PENTING dalam kehidupan kita.
Sebab itulah kita perlukan ESQ Training.

ESQ Model yang menggabungkan 1Q, EQ, SQ

Tetapi, ESQ bukannya sebuah program keagamaan seperti ceramah-ceramah agama yang hanya menumpukan SQ sahaja.
Tetapi ia adalah Human Resource Training untuk membangun karakter dalam diri kita dengan menggabungkan ketiga-tiga kecerdasan (IQ, EQ, SQ), kerana ketiga-tiga element itu sangat penting untuk berjaya di dunia dan di akhirat.


2) Peluang Kerjaya

Percaya ataupun tidak, sijil daripada ESQ Training ini memang sangat berguna dan sangat diiktiraf.
Syarikat-syarikat besar seperti PETRONAS, Sime Darby, UEM, Karangkraf, dan banyak lagi, semuanya mengiktiraf ESQ ini sebagai program motivasi yang terbaik.
Ada diantara mereka (CEO dan juga menteri-menteri) yang mewajibkan staff-staff mereka untuk mengikuti program ESQ Training ini selepas mereka menyertai sendiri program ESQ.

PETRONAS sendiri telah memberi ranking 4.5 / 5 bagi program ESQ Training ini, kerana mereka melihat pengaruh ESQ Training dalam melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan antara ketiga-tiga element (IQ, EQ,SQ) dan juga mempunyai sifat integriti yang tinggi.
Dan di UTP sendiri, sebahagian besar staff dan lecturer di sini kebanyakkannya sudah mengikuti ESQ Training yang sudah diadakan khas untuk staff dan lecturer UTP pada tahun lepas.

Klik sini : Senarai syarikat yang menyertai ESQ Training

Testimoni daripada salah seorang peserta non-Muslim : Jackie Koh
3) Pendekatan Motivasi Barat vs Pendekatan ESQ 165

Seperti yang kita telah ketahui, program-program motivasi yang ada sekarang kebanyakkan berasal daripada Barat dan juga Jepun.
Mereka hanya menggunakan hukum akal dan logik semata-mata.

Tetapi, pendekatan yang digunakan oleh ESQ 165 adalah bersumberkan al-Quran & Hadith dan berdasarkan kepada paksi-paksi Islam itu sendiri, iaitu Ehsan, Iman & Islam.
Makna 165 dalam ESQ 165 sendiri adalah 1 Ehsan, 6 Rukun Iman, dan 5 Rukun Islam yang kita pegang selama ini.

Tapi ini tidak bermakna ESQ Training hanya terbuka kepada orang Islam sahaja.
Ramai rakan-rakan non-Muslim telah menyertai ESQ Training ini dan alhamdulillah, mereka memberi reaksi yang cukup positif kerana ESQ Training ini bukannya berbentuk agama, tapi ianya adalah Human Resource Training.

ESQ Training yang dihadiri oleh lebih 1000 orang peserta

ESQ Training adalah sebuah 'Leadership Training' yang dilengkapi oleh:
  • Sistem Multimedia berkualiti tinggi
  • Teknologi 'sound system' yang sangat hebat
  • Skrin layar yang sangat besar
  • Tempat yang begitu selesa.

Keseluruhannya, ESQ Training adalah gabungan daripada 'modern management', 'spirituality' dan juga sains dan teknologi.

Kad Alumni ESQ 165
4) Faedah bergelar Alumni ESQ 165

Ini adalah sebab utama kenapa aku cukup tertarik dengan ESQ Training.
Dengan menyertai ESQ Training, kita akan mendapat Kad Alumni, dan dengan adanya Kad Alumni itu, kita boleh menyertai ESQ Training yang sama, di mana-mana juga, bila-bila masa, secara PERCUMA seumur hidup kita.
ESQ Training tidak hanya di Malaysia sahaja, tapi sudah tersebar ke seluruh pelusuk dunia seperti di Indonesia, Amerika, Australia, Madinah dan banyak lagi.


Jadi, dengan hanya sekali bayaran, kita boleh menyertai ESQ Training di seluruh dunia secara PERCUMA dengan adanya Kad Alumni ini, seumur hidup!
Menarik bukan?



InsyaAllah, pada 23 & 24 Julai 2011 nanti akan diadakan ESQ Training di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Perak.
Harga istimewa serendah RM 350 SAHAJA.
Ia adalah antara harga ESQ Training yang TERMURAH ditawarkan di Malaysia, khas untuk ESQ Training ni UTP.
Kerana harga asal Training ESQ di luar UTP adalah:
ESQ Executive Public : RM 1380
ESQ Mahasiswa Public: RM 550
ESQ Teens Public: RM 700
ESQ Kids Public : RM 650

*Tetapi di UTP, hanya RM 350 SAHAJA!

Jadi, amat rugi jika tidak join ESQ Training di UTP.
Oh ya, bayaran deposit sebelum 1 Julai 2011 akan mendapat HARGA ISTIMEWA: RM 330!
Bayaran boleh dibuat secara ansuran, sehinggalah ke tarikh training.
Dan insyaAllah, salah seorang trainer terbaik ESQ Training, saudara Firdaus Djamaris akan diterbangkan khas ke UTP bagi ESQ Training angkatan ke 5 UTP.

Siapa Firdaus Djamaris? Mesti ramai yang pernah melihat video ini bukan?


Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi saya secepat yang mungkin kerana tempat adalah TERHAD.
Klik sini: Facebook Admiral Hafiz
InsyaAllah, penyertaan daripada pelajar-pelajar IPT luar juga dialu-alukan.


Berikut adalah sharing & testimoni daripada para peserta para ESQ Training Angkatan 4 UTP pada tahun 2010 yang lalu:


Secara jujur, ESQ Training memang betul-betul memberi impak kepada kehidupan seharianku.
Memang bagi aku, menjadi sebahagian daripada Alumni ESQ Training adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup aku setakat ini.
Sertai dulu ESQ, kemudian barulah anda akan tahu betapa seronoknya ESQ Training.

p/s: Sila LIKE jika anda pernah mendengar tentang ESQ Training sebelum ni, Menarik bukan?

14 comments!:

mamawana said... BALAS

Saya dah attend ESQ Training.


http://lautkasih.blogspot.com

J said... BALAS


join jgn x join...

Wordless Wednesday #WW : Hanya [1] gambar - xkan tengok je, komen tak?

Muhammad Asyraf said... BALAS

alololo . femes habis . HAHA !

Neyra Shazeyra said... BALAS

retis

AZRI said... BALAS

wahhh.menarik tapi...


...mahal nye yuran





ni MLM ke?

Admiral Hafiz said... BALAS

@azrijohan haha
bukanla
ni bukan MLM la..bukan score A la, ape la...

reezluv said... BALAS

@neyra shazeyra

peewwiiitt..gile retis bai..masuk paper tu..lepas ni masuk Buletin Utama plak..:D

Penyu said... BALAS

R.E.T.I.S ! pergh !

Fea Sakura said... BALAS

err..
mahasiswa je ke?
bdk skola bole join ta?

Halusinasi said... BALAS

cool!

kehidupan said... BALAS

wah, aktif ea...nice2

Rtp Farra Arisha said... BALAS

hebattt laah! :)

hamzah ian said... BALAS

baru ku tau adanya mende ni.. pergh..

MalizaMah said... BALAS

drop by klik2... dan tgk2 entry...
sama2 kunjung2 n klik2..
tmbh tabung nffng masing2..
salam persinggahan.