Widget-1 title

Saturday, August 25, 2012

Aidilfitri 2012



Ramadhan sudahpun melabuhkan tirainya bagi tahun 2012.
Dan pastinya, ramai yang ternanti-nantikan hari raya aidilfitri.
Setelah hampir 2 tahun tidak pulang ke kampung halaman di Kedah, alhamdulillah tahun ini berpeluang juga beraya bersama saudara-mara di Anak Bukit & juga Kuala Kedah.
Oh ya, ini adalah entry raya 2 tahun lepas : Aidilfitri 2010


Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, setiap tahun akan ada warna tema tersendiri bagi setiap keluarga.
Dan bagi keluarga aku, warna biru menjadi pilihan pada tahun ini. 
Berikut adalah antara gambar-gambar yang dirakam pada 1 Syawal:

Serba biru


 Bersama adik-adik

Faiz Izzariel & Manja



Sawah padi

Dan pastinya jika pulang ke Kedah, kiri kanan jalan semestinya dipenuhi dengan sawah padi.
Memang sesuai dengan jolokan 'Negeri Jelapang Padi', sawah-sawah padi di sini cantik-cantik semuanya.


 The Family

 The Siblings



Komen tentang Raya Aidilfitri 2012?
Entah kenapa rasa sambutan raya kali ini sedikit hambar.
Macam ada yang kurang. Tak pasti mungkin sebab faktor meningkatnya usia atau kemajuan teknologi yang membuatkan orang lagi suka 'beraya' bersama gadget daripada manusia.

Jumlah duit raya yang terkumpul pun amat mendukacitakan.
Umur 21 tahun masih dikira muda lagi untuk dapat duit raya kan?

Dapat duit raya RM1 pun dah eksited dah.




p/s: Bagaimana sambutan Aidilfitri 2012 anda pula? Meriah?

5 comments!:

babycomel said... BALAS

sgt excitec bila tengok kaler blue biru ni ;) huhu, dah lama xdpt duit raya.. ~slmt hari raya,

Jackie KoH said... BALAS

biru sangat... hahaa

Joe_Hans said... BALAS

salam aidilfitri...nice blue.. :)

Cik Bulat said... BALAS

hi amira hafizah

sakuraspicelife said... BALAS

nice:)