Pada minggu yang lepas, aku berkesempatan untuk mengikuti 2 buah majlis perkahwinan warga Blogger Perak.
Ya, rasanya cukup lama aku tidak mengaktifkan diri bersama dengan Blogger Perak.
Alhamdulillah, untuk event mereka yang kali ini dapat juga aku turut serta.
1) Majlis Perkahwinan Touya Karuma & Hanis Aleeya
Majlis yang pertama adalah milik kepada 2 orang blogger ini di Batu Kurau, Perak pada 7 April 2012.
Bagi yang tidak tahu, 2 orang blogger ini dipertemukan jodoh mereka di group Blogger Perak.
Alhamdulillah, seronok melihat mereka akhirnya bersatu sebagai suami isteri.
Oh ya, pengantin perempuan tersebut, Hanis Aleeya adalah anak kepada salah seorang ustaz di UTP.
Amboi...dah tak sabar nampak?
Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak
Setelah kenyang perut, maka perjalanan kami diteruskan ke sebuah tempat yang diberi nama Ban Pecah.
Ini adalah kali pertama aku menjejakkan di sini.
Permandangan sini sangat menarik, sangat sesuai untuk aktiviti memancing dan juga dating.
Menurut lagenda, tempat ini dahulunya adalah sebuah ladang, tetapi dek kerana tuannya telah memakan harta anak yatim, maka tempat ini telah sumpah menjadi sebuah laut.
Wallahu'alam.
Char Kuew Teaw Udang.. Om Nom Nom
2) Majlis Perkahwinan Ummu Khaulah Hasan
Pada keesokkan harinya pula (8 April 2012), adalah majlis perkahwinan Ummu Khaulah Hasan di Manjung, Perak.
Makanan di sini sangat sedap, dan pertama kali rasanya aku jumpa kenduri kahwin yang menghidangkan lauk lala.
Dan kek-kek yang dihidangkan juga cukup sedap. Al maklumlah, tauke kek.
Bersama para pengantin
Silalah menjamu mata
Alhamdulillah...selesai lagi satu event Blogger Perak.
InsyaAllah dalam masa terdekat, akan ada seorang lagi ahli Blogger Perak yang bakal menamatkan zaman bujang beliau.
Siapa? Sama-samalah kita nantikan...
Dah macam Happy Tree Friends
p/s: Siapa kat sini yang akan berkahwin? Silalah jemput k. Nak makan free..
7 comments!:
memang sesuai ruzz dan fadil
Seronoknyerrrr.......
wah.. kawen dgn blogger jugak ye^^
touya & hanis sepadan. suka pandangan & hujah depa yang bernas
tahniahh ye semua... sy pun asal perak jugok :p
bestnya g kenduri blogger..
selamat berpuasa semua rakan2
Post a Comment