Wednesday, March 2, 2011

EPISOD 14 ATS: ESQ MAHASISWA KL ANGKATAN 15

ATS Mahasiswa KL Angkatan 15


Lokasi: UEM Academy, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh: 26 & 27 Februari 2011
Trainer: Pak Firdaus Djamaris & Bang Zulhusni
Alhamdulillah...rasanya sudah lama aku tak update berkenaan ESQ Training
Walaupun sebab utama aku berblogging adalah untuk berkongsi dengan rakan2 semua tentang ESQ Training
Rasanya kali terakhir aku update semasa ESQ Training di UTP pada tahun lepas kot..
Dan alhamdulillah...kali ni aku berkesempatan untuk menjadi ATS (Alumni Training Series) untuk kali yang ke 14.

Para Trainer

Daripada UTP, ada 4 orang ATS. Iaitu aku, Nazrin, Izzah, dan Kak Syafriena
Walaupun jumlah peserta cuma 50++ orang sahaja, tapi memang seronok sangat2 training kali ni.
Banyak modul training yang telah ditambah dan ada juga yang dikurangkan.
Game2 baru pun banyak. Mesti korang tertanya2 macam mana modul yang baru ni kan?
Jadi, kepada alumni yang dah lama tak recharge tu, harap turunlah training ye.
Ala, free je pun kalau nak pergi ke mana2 ESQ Training di seluruh dunia bila dah ada Kad Alumni kan?

Dan alhamdulillah..dapat kenal ramai kenalan2 baru daripada kalangan ATS dan juga peserta.
Ada peserta yang datangnya daripada UiTM Shah Alam, UIA Gombak, UIA Kuantan, dan paling best, MPP Uniten pun ramai yang turun. Dalam 10++ orang.
InsyaAllah...rakan2 alumni di Uniten kini sedang merancang untuk mengadakan training ESQ di Uniten.
Mudah2an berjaya.

Big bos ESQ UTP sedang berkongsi pendapat dengan MPP Uniten

Mungkin ada yang masih ragu2 tentang ESQ Training..
Dan timbul banyak perspektif negatif bagi yang tidak pernah menyertainya lagi.
Terbaru, pada 21 Februari 2011 yang lepas, bertempat di Hotel Flamingo Ampang,
2 Badan Musyawarah Tertinggi di Indonesia dan Malaysia telah mengadakan sesi penerangan tentang ESQ
Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah bersepakat meberi pengiktirafan bahawa ESQ Training adalah selaras dengan syariah dan aqidah.


Dan jika ada yang masih ragu2 dan tertanya2 apakah sebenarnya ESQ Training,
Silalah sertainya terlebih dahulu..Baru anda akan dapat jawapan yang sebenarnya.
Alhamdulillah..sekrang sudah lebih 1 Juta Alumni ESQ di seluruh dunia, dan tak pernah pula dengar alumni yang rosak akidah selepas join ESQ.
Yang selalu dengar, rasa bertuhan dan cinta kepada Allah semakin menebal dalam diri selepas menjadi Alumni ESQ. InsyaAllah...
ESQ 165 bukanlah ajaran baru.
1= Ihsan
6= Rukun Iman
5= Rukun Islam
Modul training yang bersandarkan al Quran dan Hadis.
Jadi, tepuk dada, tanyalah iman.

Sejak beberapa hari ni, aku asyik terfikir untuk berhenti berblogging.
Tapi alhamdulillah...selepas balik daripada ESQ Training ahad lepas, aku rasa tak jadi pulak untuk tutup blog ni.
InsyaAllah..aku akan sentiasa ingat sebab dan untuk apa aku menulis blog.

Bersama Pak Firdaus Djamaris, Trainer ESQ



p/s: Tapi kalau betul2 aku tutup blog ni, ada ke yang nak ambik kisah? Haha

10 comments!:

Nur Hidayah said... BALAS

pagi!...
wah bergambar dengan pak fir..huhu

HAZRIL HAFIZ said... BALAS

pak firdaus memang terbaik la cakap....jadi ATS x time angkatan utara yang buat di UiTM Penang?

Admiral Hafiz said... BALAS

@CaHaYa PeTuNjUk hehe
jeles x?

Admiral Hafiz said... BALAS

@HafizRahman.com hehe
x jadi la
penah sekali je jd ATS kat penang

najwa's said... BALAS

wah, nak jugak gmbo ngn pak fir! :) salam 165

Admiral Hafiz said... BALAS

@najwa's hehe
alumni angkatan berapa?

bidadariMu said... BALAS

jelesnyerrrr, saye nk g jgak, klu lah bolehhh =)

Admiral Hafiz said... BALAS

@hani raihan rugi2

farasakura said... BALAS

wahhh bestnyerr..heee

p/s : saya kisah klu org tu nk ttp blog!

Admiral Hafiz said... BALAS

@farasakuranext sem jom join ESQ!