Pages

Sunday, November 28, 2010

Review Ngangkung - Filem Seram Yang Penuh Dengan Lawak!


Penat giler!
Seharian berjalan di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan bersama Hani Raihan dan Kak Aisyah.
Diorang nak tengok Harry Potter, aku tengok filem Melayu. haha
Ngangkung...iaitu filem terbaru lakonan Shaheizy Sam (Adnan Sempit).
Kepada yang duk pelik tu, 'Ngangkung' tu adalah perbuatan duduk di antara dua pelipat kaki (mencangkung) sambil melakukan pemujaan.

Bukti aku support filem Melayu.

Ok... sinopsisnya adalah begini:
Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik, Azim (Shaheizy Sam), Taznim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) yang sangat suka memuja nombor ekor.
Azim adalah seorang ayah yang baik dan bekerja sebagai pemandu lori. Beliau mempunyai isteri bernama Suri (Eira Syazira) dan seorang anak perempuan yang bernama Wahida (Farisha Fatin).
Taznim dan Wan telah mengajak Azim yang dahulunya tidak pernah membeli nombor ekor untuk pergi 'mengangkung'.
Walaupun isteri-isteri mereka melarang mereka untuk memuja nombor ekor, namun mereka masih tetap dengan pekerjaan haram itu sehinggalah banyak kejadian-kejadian pelik berlaku kepada mereka dan keluarga mereka.
Secara keseluruhan, cerita ni memang best dan sangat terhibur!
Watak Azad Jazmin sangat kelakar dan lakonannya memang best. Ada potensi jugak nak berjaya dalam bidang lakonan.
Dialog2nya juga sangat kelakar. "Biskut bertemu Marrie?" haha...
Walaupun filem lawak, tapi kadang2 boleh gak terkejut dengan hantu2nya. Menjerit2 awek kat belakang aku ni.

Tapi, bagi aku ada sikit yang kurengnya jugak filem ni.
Watak Shaheizy Sam kurang menonjol la dalam filem ni. Rasanya, watak Azad Jazmin lagi best kot.
Lagi satu, kenapa suara Shaheizy Sam dalam filem ni besar semacam je eh?
Lakonan Eira Syazira macam tak feel sangat la pulak.
Jalan cerita yang terlalu simple dan singkat.
Senang sangat nak teka ending dia.

Tapi, nak kata teruk dan tak best, tak jugak.
Citer ni memang kelakar giler! Seyes!
Berbaloi jugak la klu korang tengok.
Syabas diucapkan kepada pengarahnya, Ismail Bob Hasim atas filem pertamanya yang agak memuaskan.
Rating aku: 3.5 / 5 Bintang.


Admiral, Micheal, Fuad, Tom

Selepas itu, temankan member2 Australia Kak Aisyah yang baru saja sampai ke Melaka untuk bercuti.
Micheal dan Tom. Kedua2nya adalah coursemate Kak Aisyah di University of New South Wales, Australia. Diorang sumernya ambil jurusan Medic di sana.
Selepas bercuti di Kuala Lumpur, dan kini di Melaka. Dan insyaAllah selepas ini mereka akan ke Singapora pula.

Hani Raihan & Kak Aisyah

Lapar perut, singgah makan di Kenny Rogers, Mahkota Parade
Adeh, tak sedap la pulak makan kat sini...
Bukan selera aku kot...

Tom & Micheal

Sungguh tidak mengeyangkan...


Last2, sampai rumah pukul 12 tengah malam..
Melantak maggie...
Lapar punya pasal.. haha



p/s: Excited nak tunggu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah minggu depan... Jom, sapa2 yang ada kat area Melaka, kita turun tengok movie ni jom!


68 comments:

  1. haha..ada tengok the making semalam..memang best,nak p tengok gak lah. :D

    ReplyDelete
  2. apakan dayaku..cinema tiada di cameron cuma ladang teh je yg ada..haha..tggu raya taon depan la baru tgk kat tv3 ;p

    ReplyDelete
  3. entah tahun bila la pulak nak dapat tengok cerita ne, sabar je la.

    tapi tengok pon cam best je jugak!

    ReplyDelete
  4. @adrinaqamarina rugi woo x tgk..
    ni mesti nk tggu masuk TV la 2

    ReplyDelete
  5. mak aih, cemane boleh tak kenyang makan kenny ni. huhu :D

    ReplyDelete
  6. salam.. mesti nak tengok juga filem
    NGANGKUNG..

    finaly balik rumah makan mggie yer dik..
    takpe.. alhamdulillah.. ada juga makanan... =)

    ReplyDelete
  7. haha leh gak g layan ari rabu t.. hoho

    ReplyDelete
  8. tak tengok lagi filem ni. tengok trailer pun memang klakar. harap betul apa yang ko review ni sebelum aku g tengok :)

    ReplyDelete
  9. @Adam haha
    yang ni ikut pendapat aku la
    xtaw la pendapat orang lain mcm ne

    ReplyDelete
  10. uwaaa nak tgk gak.. nak tgk minggu depan.. sama dengan 2 alam.. tgk marathon.. klau 2 alam tak best, myb ngangkun boleh jadi pengubat tak best tu kot. ngee :D

    ReplyDelete
  11. jommm! jom kita buat gathering sesama nakkkk?? hahaha.. tetiba xcited!

    ReplyDelete
  12. @Ain Zulaikha 2 Alam?
    smlm ingt nk tgk 2 Alam
    tp seyes
    panggung mmg kosong
    padahal hari sabtu..

    ReplyDelete
  13. bella x tgk ag citer nie.. tiap kali nak pg asyik x jadi jew. huhu..

    ReplyDelete
  14. ngangkung tu mencangkung sambil mintak nombor kat kubur...memang kelakar cerita ni..ha ha

    ReplyDelete
  15. haha... terbaek la cite tu.. kelakar.. :D

    ReplyDelete
  16. comell la tmpat komen ko ni..watkan aku mcm ni gak? hehehe

    ReplyDelete
  17. @nur hidayah isa alamak
    seyes aku dh lupa la
    klu x salah
    aku guna tutorial blog

    http://www.liyanaa.com/

    try la tgk sne

    ReplyDelete
  18. Bagusnya support filem melayu..:)
    Rasanya yang buat filem ni pengarah baru...

    Entri Terbaru:
    Trillian 5 - Social Network Client dan IM Dalam Satu

    ReplyDelete
  19. ehem2..hehe
    they're really cute hehe
    :)

    ReplyDelete
  20. tak tengok lagi cerita nih. rupanya pemujaan kubur utk dapat nombor ekor rupanya..

    Latest Entri :
    Tagline Blog? Perlu Ke?
    Redah Aku dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari

    ReplyDelete
  21. tgk jugak cite ni semalam...haha..lame tak tgk cite melayu seh...klakar, seram n a bit sedey2 jugak..

    ReplyDelete
  22. aku supporter citer melayu tegar...haha.. ko nyer review ni buat aku nk gi tenguk jer...hahah..

    aku tunggu citer 'kongsi'... shaheizy dgn bront bergabung.. mesti gempak...hoho...

    Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata dan Peglihatan

    ReplyDelete
  23. @Marhaen Kacak g la tgk
    best2

    Kongsi?
    urm, macam menarik jugak tgk trailer dye 2

    ReplyDelete
  24. cuti2 skolah ni byk pulak cerita2 lawak yg keluar

    ReplyDelete
  25. @Hasrol Nizam biasela
    time2 mcm ni la laku citer2 mcm 2
    sbb budak2 ngah cuti skolah

    ReplyDelete
  26. saya baru nak tgk cte ni... kat midvalley!!! jom tgk wayang! woah!

    ReplyDelete
  27. @sadieq jom2
    kita tgk citer Hnatu Kak Limah pulak lepas ni

    ReplyDelete
  28. macam menarik jer. tp td ms gi kat cathay di e-curve mcm xder plak citer nih

    ReplyDelete
  29. oh best2. xsabar nk pegi mgu depan!




    http://fitridzulkifli.blogspot.com/2010/11/powerful-words-that-inspire.html

    ReplyDelete
  30. haha.. aku bru tgk 2 hari lepas bro.. mmg best tp mcm ko ckp watak shaheizy sam 2 xbper menonjol.. kelakar mmg la tp mase last 2 ending dia mcm xbper complete..ape pun, cite ne mmg menghiburkan.

    ReplyDelete
  31. @darkbatman ending dye x best sgt kan?
    tp ok la
    lawak citer ni

    ReplyDelete
  32. ada yg cakap, citer nih macam kureng. huhu.
    tapi kalo tengok iklan, macam kelakar jek. nk tengok jugak lah esok2 citer nih. hehe.

    ReplyDelete
  33. owh,saya pun teringin nak nengok cerita tu...awk ni orang melaka ke?saya memang orang melaka,duk melaka,keja kat melaka pendek kata anak jati melaka la..hehehe

    ReplyDelete
  34. sungai udang,awak plak area mana?sori...saya baru sempat balas kunjungan,thanks sudi singgah blog saya..^__^

    ReplyDelete
  35. ko melaka gak ek?? Aku turun mahkota parade gak tadi tgk ngangkung tapi tengok pukul 2.15..

    ReplyDelete
  36. xsempat lg nk tgk.. hrp2 ada masa nk tgk citer ni.. ramai ckp best..

    ReplyDelete
  37. tak tengok lagi cerita nih... dengar cerita memang best... huhu..

    ReplyDelete
  38. Jangan kata Ngangkung.....dah enam tahun tak pergi tengok wayang....!!!

    ReplyDelete

LIKE Fanpage Admiral'z Legacy Di Facebook untuk update terbaru blog ya!