Sunday, November 28, 2010

Review Ngangkung - Filem Seram Yang Penuh Dengan Lawak!


Penat giler!
Seharian berjalan di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan bersama Hani Raihan dan Kak Aisyah.
Diorang nak tengok Harry Potter, aku tengok filem Melayu. haha
Ngangkung...iaitu filem terbaru lakonan Shaheizy Sam (Adnan Sempit).
Kepada yang duk pelik tu, 'Ngangkung' tu adalah perbuatan duduk di antara dua pelipat kaki (mencangkung) sambil melakukan pemujaan.

Bukti aku support filem Melayu.

Ok... sinopsisnya adalah begini:
Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik, Azim (Shaheizy Sam), Taznim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) yang sangat suka memuja nombor ekor.
Azim adalah seorang ayah yang baik dan bekerja sebagai pemandu lori. Beliau mempunyai isteri bernama Suri (Eira Syazira) dan seorang anak perempuan yang bernama Wahida (Farisha Fatin).
Taznim dan Wan telah mengajak Azim yang dahulunya tidak pernah membeli nombor ekor untuk pergi 'mengangkung'.
Walaupun isteri-isteri mereka melarang mereka untuk memuja nombor ekor, namun mereka masih tetap dengan pekerjaan haram itu sehinggalah banyak kejadian-kejadian pelik berlaku kepada mereka dan keluarga mereka.
Secara keseluruhan, cerita ni memang best dan sangat terhibur!
Watak Azad Jazmin sangat kelakar dan lakonannya memang best. Ada potensi jugak nak berjaya dalam bidang lakonan.
Dialog2nya juga sangat kelakar. "Biskut bertemu Marrie?" haha...
Walaupun filem lawak, tapi kadang2 boleh gak terkejut dengan hantu2nya. Menjerit2 awek kat belakang aku ni.

Tapi, bagi aku ada sikit yang kurengnya jugak filem ni.
Watak Shaheizy Sam kurang menonjol la dalam filem ni. Rasanya, watak Azad Jazmin lagi best kot.
Lagi satu, kenapa suara Shaheizy Sam dalam filem ni besar semacam je eh?
Lakonan Eira Syazira macam tak feel sangat la pulak.
Jalan cerita yang terlalu simple dan singkat.
Senang sangat nak teka ending dia.

Tapi, nak kata teruk dan tak best, tak jugak.
Citer ni memang kelakar giler! Seyes!
Berbaloi jugak la klu korang tengok.
Syabas diucapkan kepada pengarahnya, Ismail Bob Hasim atas filem pertamanya yang agak memuaskan.
Rating aku: 3.5 / 5 Bintang.


Admiral, Micheal, Fuad, Tom

Selepas itu, temankan member2 Australia Kak Aisyah yang baru saja sampai ke Melaka untuk bercuti.
Micheal dan Tom. Kedua2nya adalah coursemate Kak Aisyah di University of New South Wales, Australia. Diorang sumernya ambil jurusan Medic di sana.
Selepas bercuti di Kuala Lumpur, dan kini di Melaka. Dan insyaAllah selepas ini mereka akan ke Singapora pula.

Hani Raihan & Kak Aisyah

Lapar perut, singgah makan di Kenny Rogers, Mahkota Parade
Adeh, tak sedap la pulak makan kat sini...
Bukan selera aku kot...

Tom & Micheal

Sungguh tidak mengeyangkan...


Last2, sampai rumah pukul 12 tengah malam..
Melantak maggie...
Lapar punya pasal.. haha



p/s: Excited nak tunggu filem Hantu Kak Limah Balik Rumah minggu depan... Jom, sapa2 yang ada kat area Melaka, kita turun tengok movie ni jom!


68 comments!:

SweetyMui2 said... BALAS

haha..ada tengok the making semalam..memang best,nak p tengok gak lah. :D

Admiral Hafiz said... BALAS

@SweetyMui2 Best
kelakar la citer ni

Cik Nathrah said... BALAS

apakan dayaku..cinema tiada di cameron cuma ladang teh je yg ada..haha..tggu raya taon depan la baru tgk kat tv3 ;p

Admiral Hafiz said... BALAS

@Cik Nathrah ciannye...
hehe
sabar jela yer

adrinaqamarina said... BALAS

entah tahun bila la pulak nak dapat tengok cerita ne, sabar je la.

tapi tengok pon cam best je jugak!

Admiral Hafiz said... BALAS

@adrinaqamarina rugi woo x tgk..
ni mesti nk tggu masuk TV la 2

ladymiss said... BALAS

mak aih, cemane boleh tak kenyang makan kenny ni. huhu :D

Admiral Hafiz said... BALAS

@Bazilah haha
lapar sgt
so x puas mkn

nurmisnan said... BALAS

salam.. mesti nak tengok juga filem
NGANGKUNG..

finaly balik rumah makan mggie yer dik..
takpe.. alhamdulillah.. ada juga makanan... =)

Admiral Hafiz said... BALAS

@Nur Misnan nak wat mcm ne
dah xkenyang..

Unknown said... BALAS

haha leh gak g layan ari rabu t.. hoho

Admiral Hafiz said... BALAS

@saiazuan haha
mentang2 la ari rabu murah...

KE said... BALAS

tak tengok lagi filem ni. tengok trailer pun memang klakar. harap betul apa yang ko review ni sebelum aku g tengok :)

Admiral Hafiz said... BALAS

@Adam haha
yang ni ikut pendapat aku la
xtaw la pendapat orang lain mcm ne

Ain Zulaikha said... BALAS

uwaaa nak tgk gak.. nak tgk minggu depan.. sama dengan 2 alam.. tgk marathon.. klau 2 alam tak best, myb ngangkun boleh jadi pengubat tak best tu kot. ngee :D

ieda Qema said... BALAS

jommm! jom kita buat gathering sesama nakkkk?? hahaha.. tetiba xcited!

Admiral Hafiz said... BALAS

@Ain Zulaikha 2 Alam?
smlm ingt nk tgk 2 Alam
tp seyes
panggung mmg kosong
padahal hari sabtu..

nabByla said... BALAS

bella x tgk ag citer nie.. tiap kali nak pg asyik x jadi jew. huhu..

Cempakamelati said... BALAS

ngangkung tu mencangkung sambil mintak nombor kat kubur...memang kelakar cerita ni..ha ha

Admiral Hafiz said... BALAS

@g0m0k9enDek Blogger melaka ke?
ok jer

Admiral Hafiz said... BALAS

@ciknabil-a alolo...ciannye

Admiral Hafiz said... BALAS

@Cempakamelati dh tgk jugak eh?
hehe
sgt kelakar

Aida Azryn said... BALAS

haha... terbaek la cite tu.. kelakar.. :D

Admiral Hafiz said... BALAS

@AiDa AzRyN asyik tergelak2 je kan..

Jom Masak Channel said... BALAS

comell la tmpat komen ko ni..watkan aku mcm ni gak? hehehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@nur hidayah isa alamak
seyes aku dh lupa la
klu x salah
aku guna tutorial blog

http://www.liyanaa.com/

try la tgk sne

Kik0 ♥ QiLaH said... BALAS

x sempat tengok T_____T

Afizz said... BALAS

Bagusnya support filem melayu..:)
Rasanya yang buat filem ni pengarah baru...

Entri Terbaru:
Trillian 5 - Social Network Client dan IM Dalam Satu

bidadariMu said... BALAS

ehem2..hehe
they're really cute hehe
:)

eiela said... BALAS

tak tengok lagi cerita nih. rupanya pemujaan kubur utk dapat nombor ekor rupanya..

Latest Entri :
Tagline Blog? Perlu Ke?
Redah Aku dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari

adventure mama said... BALAS

tgk jugak cite ni semalam...haha..lame tak tgk cite melayu seh...klakar, seram n a bit sedey2 jugak..

Admiral Hafiz said... BALAS

@NuR 'aQiLaH haha
xper
still sempat lagi nak tgk

Admiral Hafiz said... BALAS

@Afizz yup
pengarah baru
ni filem pertama dye

Admiral Hafiz said... BALAS

@hani raihan haha
sape?
hantu dlm Ngangkung ke?

Admiral Hafiz said... BALAS

@eiela yup
citernye seram woo
hehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@iedchan
owh
citer Melayu pn byk jugak yg best2

Marhaen Kacak said... BALAS

aku supporter citer melayu tegar...haha.. ko nyer review ni buat aku nk gi tenguk jer...hahah..

aku tunggu citer 'kongsi'... shaheizy dgn bront bergabung.. mesti gempak...hoho...

Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata dan Peglihatan

Admiral Hafiz said... BALAS

@Marhaen Kacak g la tgk
best2

Kongsi?
urm, macam menarik jugak tgk trailer dye 2

Hasrol Nizam said... BALAS

cuti2 skolah ni byk pulak cerita2 lawak yg keluar

Admiral Hafiz said... BALAS

@Hasrol Nizam biasela
time2 mcm ni la laku citer2 mcm 2
sbb budak2 ngah cuti skolah

Anonymous said... BALAS

saya baru nak tgk cte ni... kat midvalley!!! jom tgk wayang! woah!

Admiral Hafiz said... BALAS

@sadieq jom2
kita tgk citer Hnatu Kak Limah pulak lepas ni

Unknown said... BALAS

macam menarik jer. tp td ms gi kat cathay di e-curve mcm xder plak citer nih

@fitridzulkifli said... BALAS

oh best2. xsabar nk pegi mgu depan!




http://fitridzulkifli.blogspot.com/2010/11/powerful-words-that-inspire.html

Admiral Hafiz said... BALAS

@Pirate yeke
xper2
try g tgk tmpat lain lak k

Admiral Hafiz said... BALAS

@fitri selamat menonton ye

darkbatman said... BALAS

haha.. aku bru tgk 2 hari lepas bro.. mmg best tp mcm ko ckp watak shaheizy sam 2 xbper menonjol.. kelakar mmg la tp mase last 2 ending dia mcm xbper complete..ape pun, cite ne mmg menghiburkan.

Admiral Hafiz said... BALAS

@darkbatman ending dye x best sgt kan?
tp ok la
lawak citer ni

Yann said... BALAS

ada yg cakap, citer nih macam kureng. huhu.
tapi kalo tengok iklan, macam kelakar jek. nk tengok jugak lah esok2 citer nih. hehe.

Admiral Hafiz said... BALAS

@Yann Mazian yeke?
xper2
tgk sendiri
n nilaikan sendiri k

Cahaya Kehidupan said... BALAS

owh,saya pun teringin nak nengok cerita tu...awk ni orang melaka ke?saya memang orang melaka,duk melaka,keja kat melaka pendek kata anak jati melaka la..hehehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@Cahaya Kehidupan yup
orang melaka..

hehe
melaka area mne ye?

Cahaya Kehidupan said... BALAS

sungai udang,awak plak area mana?sori...saya baru sempat balas kunjungan,thanks sudi singgah blog saya..^__^

Admiral Hafiz said... BALAS

@Cahaya Kehidupan owh xper
sy area alor gajah..

zool said... BALAS

ko melaka gak ek?? Aku turun mahkota parade gak tadi tgk ngangkung tapi tengok pukul 2.15..

MR. SYAH said... BALAS

xsempat lg nk tgk.. hrp2 ada masa nk tgk citer ni.. ramai ckp best..

Dauspozi said... BALAS

Tak sabar nak tgk citer ni kat Astro.. haha.. Maklum ler.. pawagam jauh... =)

Latest posts:
Blogger Kedekut Untuk Memberi Kredit & Backlink
Tercalon Sebagai Blog Personal Lelaki Pilihan
(Gambar) 5 Tahun Selepas Berlaku Tsunami

Admiral Hafiz said... BALAS

@zool yup
melaka
ko duk area Jasin kn?

Admiral Hafiz said... BALAS

@mR.sYaH hehe
try la curi masa utk tgk eh
mmg best

Admiral Hafiz said... BALAS

@Dauspozi amboi..
tggu raya nnti la klu mcm 2

Azyie said... BALAS

xada kesempatan nak tgk g....

Admiral Hafiz said... BALAS

@Azyie hehe
xper2
t tryla g tgk ble free k

zik said... BALAS

tak tengok lagi cerita nih... dengar cerita memang best... huhu..

Admiral Hafiz said... BALAS

@zik haha
sgt best

saidila said... BALAS

Jangan kata Ngangkung.....dah enam tahun tak pergi tengok wayang....!!!

Admiral Hafiz said... BALAS

@Deela Fuyooo!

Nurul Marikan said... BALAS

sok nak pi tngok ngangkung lah!!

Admiral Hafiz said... BALAS

@Lady Shana Sweet hehe
slamat menonton yer