Wednesday, September 29, 2010

Main Duit Kutu Haram Hukumnya?



kutu, kut, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya
membawa makna yang sama...

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.

Sumber: Kosmo online


Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan
suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


No Caption

amacam? terkejut?
rasanya masyarakat kita sendiri pun dah terbiasa dengan permainan kutu ni
dan bagi mereka yang masih ragu2 lagi,
bolehlah rujuk Blog Ustaz Zaharuddin (klik sini)





p/s: Hmmm....Kepada mereka2 yang selalu main duit kutu tu, apa pandangan anda?



13 comments!:

eqbalzack said... BALAS

kat opis abg eq mmg ramai main kutu...
best arr kalau diaorg semua kena penjara...hehe

Admiral Hafiz said... BALAS

@eqbalzack amboiii..jahatnya Abg Eqball..ish2..hehe

♥Ismi Huda♥ said... BALAS

mmg xleh ek? kalo saje2 je men sesame jiran pn salah jgk ek? huhu..

Admiral Hafiz said... BALAS

@♥Ismi Huda♥entahlah..xberani nak komen pape...hehe

bidadariMu said... BALAS

alaa..main kutu bes :)

IKRAM said... BALAS

Aik, yeke.. Main senyap2 sudah le :P haha

Last post:
malu tak baca entry lama kamu?

RerameUngu said... BALAS

yeke? yang sipa buat perniagaan tu boleh la nak ikut akta tu..kita ni main kecil2an je..takkan salah gak pun..
sbbnya, kita bagi n dapat balik duit yg kita bagi tu..tak lebih dan tak kurang...umpama menyimpan kan...

Admiral Hafiz said... BALAS

@hani raihan ni mesti slalu men duit kutu masa skola ni...

Admiral Hafiz said... BALAS

@IKRAM haha...senyap2?...hmmm..

Admiral Hafiz said... BALAS

@Rama2Ungu

Pisyek K said... BALAS

ade ustaz kat perak cakap disisi ISLAM boleh, tapi undang2 negara cakap tak boleh...

aku dah kompius nih...

Admiral Hafiz said... BALAS

@Pisyek yup..macam yang Ustaz Zaharuddin cakapla...hukum disisi syariah adalah harus..cube check kat blog Ustaz Zaharuddin tu eh

Amy Amira said... BALAS

kalau duit kutu online tu mcm haram je seoalah2 berlaku penidasan dan riba,tp tu yg sy baca kat maybank duit kutu online lah,correct me if i'm wrong..tp masa sekolah dulu pon selalu jugak main duit kutu tu,hi3 x untung pon masing2 5 org bayar 50 sen jek :p